Wednesday, June 1, 2011

Idris, Husam dan Nizar dijangka menang?

Haripun semakin mendekat, tetapi suasana seperti biasa bagi pemilihan Muktamar Pas hujung minggu ini. Memang panas.. tetapi itupun sekadar cuaca yang memanaskannya. Pada permukaannya seperti biasa sahaja rutinnya.

PAS sedang bersedia menghadapi pemilihan pada Muktamar, sedang PKR dipimpin DSAI menjelajahi negeri ke negeri memperkemas dan menyusun strategi pilihan raya yang dihidu seakan diadakan pada Julai.

Pemerhati politik pula mengambil pendirian mudah dalam pemilihan kerusi Naib Presiden PAS. Semuanya berasaskan logik. Bagi mereka salah seorang daripada dua calon berlatar belakang pendidikan agama dalam senarai calon yang bertanding jawatan itu.. Ustaz Idris Ahmad atau Datuk Nik Amar Nik Abdullah akan terpilih.


Dato Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob pula kini sedang dicongak jasabakti dan kerjabuat mereka sepanjang memegang jawatan Naib Presiden. Ada kerja dibuat atau sekadar impak buat bising di sana sini agar kendengaran sedang bekerja. Terserahlah pada perwakilan membuat ketentuan.


Pemerhati berkata Ustaz Idris Ahmad yang akan menang dalam persaingan untuk kouta calon agama itu. Bagaimanapun yang pasti ialah undi yang diterima setiap calon tak banyak beza kerana terpaksa berkongsi enam.


Setakat ini Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Amar menerima kredit hayat daripada TGNA. Husam dijangka menang bersama Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berdasarkan beberapa kriteria politik.

Husam yang telah bersama PAS sejak awal menamatkan pengajian ekonomi di Universiti Malaya pada 1983, dikatakan orang yang penting dalam membantu TG Nik Aziz di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain pencetus idea bernas dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan.


Husam ternyata sangat komited dan harta parti yang sangat tahan diuji.

Datuk Seri Muhammad Nizar pula pemimpin 'popular' yang diterima semua termasuk bukan Islam, selaras dengan motto PAS for All. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh di kalangan rakyat bukan Islam, meskipun nama beliau menjadi gah bermula 2008 apabila diangkat menjadi MB Perak.

No comments:

Followers