Friday, September 24, 2010

Doa Mahathir dan Utusan Malaysia

'Melayu Hilang Kuasa'. Itulah sahaja modal Mahathir dan juga akhbar Penyebar Fitnah Rakyat, Utusan Malaysia untuk mengetuk tempurung kepala orang-orang Melayu Umno agar terus menyokong dan menggendong sebuah parti perkauman tertua di Malaysia sebelum rebah menyembah ke bumi.

Sebenarnya, yang amat mereka takutkan bukanlah hilangnya kuasa Melayu itu tetapi hilangnya kuasa mereka sendiri untuk terus menerus mengaut keuntungan negara selagi hayat masih ada.

Adakah dengan kuasa pemerintahan ditangan PAS, Melayu akan kehilangan kuasa? Bukankah PAS dipimpin, didokong dan disokong oleh orang-orang Melayu? Begitu juga bilangan orang-orang Melayu yang bersama-sama dengan PKR. Adakah orang Umno sahaja yang dikira sebagai orang Melayu?

Retorik yang senantiasa dimainkan oleh kuda tua Umno, Mahathir dan juga lidah bercabang mereka, akhbar Utusan ternyata bakal memakan diri sebagaimana isu-isu sebelum ini yang dimainkan secara berlebihan sehingga mendatangkan mual rakyat semakin menebal terhadap Umno.

Mimpi ngeri pemimpin Umno akan kehilangan pelukan kuasa nampaknya semakin menyiksakan dan dengan berkat doa oleh Mahathir dan juga akhbar Utusan sepertimana yang mereka paparkan besar didada akhbar mereka akan menjadi kenyataan.

Masinlah hendaknya lidah Mahathir dan Utusan tu...tajuk akhbar tu sepatutnya 'Umno Hilang Kuasa' dan bukannya mempergunakan sentimen Melayu untuk meraih sokongan. Melayu sekarang bukannya sepertimana Melayu saluran satu.
Melayu saluran satu kian pupus seperti juga kuasa Umno yang punya tarikh luput.

7 comments:

mahaza said...
This comment has been removed by the author.
mahaza said...

MELAYU HILANG KUASA! dirampas oleh NICOL DAVID - kalau sekali tengok gambar muka depan tu la.... ada melayu main squash ke selain Azlan?

Anonymous said...

Hilang kuasa sok, hilang la kedaulatan Islam di Malaysia ajijoi yang bingai..

anak hang sok nak masuk u pun ikut merit..hang tak pa la, takat stpm aja..

Kuasa melayu untuk pastikan anak-anak hang sok ada keistimewaan sebagai melayu islam di tanah air sendiri bukan macam kat pulau pinang khalifah agung korang dah masukkan duit judi kuda dalam perut orang miskin

hang tak malu ka jadi melayu islam tapi nak kuasaa melayu hilang ..

lahabau punya melayu hang ni

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Apa sebab mengatakan bahawa kuasa melayu boleh hilang hendak dikatakan sebagai Umno hilang kuasa.

Janganlah hendak mengalihkan isu ini dengan menuding kepada UMNO yang akan hilang kuasa.

Hebat sangatkah PAS pada pandangan mata Ajijoi?

PAS ini memang pelik apabila berkawan dengan DAP hingga tidak sedar DAP memperlekehkan PAS di Selangor dan P Pinang.

Apa Ajijoi peduli kalau Melayu Islam di P Pinang semakin merana tanpa pembelaan dari kerajaan negeri. Tiada tindakan konkrit yang boleh dikatakan membantu orang Melayu P Pinang.

Kalau terkena muka adik-beradik dan orang terdekat dengan Ajijoi barulah tahu padahnya.

Apa peduli Ajijoi kalau terkena muka orang Melayu yang tiada hubungan kekeluargaan dengannya.

Ajijoi menganggap UMNO ini sebagai barangan mainan yang boleh dipermainkan sepanjang masa.

Ajijoi yakin kononnnya orang Melayu sekarang menyokong PAS.

Ajijoi boleh berangan-angan.

Tidak kurang juga Melayu saluran satu boleh pupus seperti juga kuasa PAS yang mempunyai ubat tamat tempoh seperti kata Hadi.

Sekian.

Atuk Banjar Masin said...

Melayu pasti tidak akan hilang kuasa selagi UMNO menerajui pemerintahan negara.

Yang pasti PAS dan PKR yang semakin kehilang sokongan dari melayu/Islam yang sejati.

sudirumusibarat said...

Salam tuan Ajijoi tumpang lalu,

Kepada yang menggelarkan diri “PAS BANGANG”.kawe pun jenguk blog dia.
Ikut kebiasaannya orang kalau dah benci nama pun tak suka sebut. Biarpun untuk disandarkan kepada sifat-sifat yang buruk.Ini hang terbalik kuang.Mungkin hang ni malu-malu kucing atau gila-gila babi atau gila kereta tolak.Moga 1hari 1Malaysia hang masuk Pas/PR.

Beri laluan Ajijoi,
Kita jangan jadi lembu Australia yang dari kecil dibawa ke Malaysia.

Kawe raso hang ni “PAS BANGANG “jenis lembu Australia yang
dibagi makan rumput/jerami kering. Rumput kering/jerami kering ni
Sudah le kering keras dan tajam , dibubuh pulak bahan perencahnya garam bercupak-cupak.Tidur baring makan berak di bawah bangsal.
Sebab apa dia makan ,sebab dia pakai cermin mata hijau.Nampak rumput tu sedap dan lazat.Buncit perut tak kenal alam keliling kerana hari-hari disumbat perut dengan rumput kering yang disangkakan rumput subur dan segar.Bangsal pun nampak segar sebab cermin mata hijau(Ingat warna hijau bukan untuk pas sahaja). Maka tersihirlah lebih 50 tahun. Kerana tak pernah makan rumput lain,yang rumput/jerami itulah dirasakan cukup lazat dan tanam niat dalam hati tak mau tukar selera.Mana boleh tukar makan percuma.Hidup untuk makan.Hidup untuk perut.Berbuih mulut-mulut.Sesekali langau datang dingapnya.Kena tipunya lembu australia ni dah le makan jerami kering/rumput kering tahinya dijual buat baja.Dia dapat makanan murah tuannya dapat hasil yang lumayan.(Berkorban apa saja)Kene sembelih!
Begitulah perumpamaan Melayu di bawah payung UMNO/BN.

Lain pula lembu Malaysia, lembu dapat makan rumput segar ,dapat menikmati alam yang segar dan ditemani pula masa makan.Dituntun ke kawasan lain setiap hari.Makan rumput yang berbeza lazatnya kalau berbanding lembu Australia di Malaysia.Berbaloi hidup lembu Malaysia (rela mati untuk dikenduri akikah atau korban.Hidup saling memerlu.)

Sekadar 1perumpamaan 1Malaysia.

Kerajaan yang baik bukan kerajaan yang menyusahkan rakyat setelah rakyat mengangkat mereka sebagai pemegang amanah.
Pemimpin yang baik bukan jenis rakyat dapat makan dari bahan sisa dicelah gigi pemimpi itupun terpaksa dicungkil.Sedang mereka bermewah-mewah bermegah-megah.
Lu fikirlah sendiri apa yang anda inginkan!

Kedaulatan apa yang kita ada setelah Melayu jati diri(kononnya) memerintah/Jadi tuan kepada Lembu Australia?

al-brangi Online said...

salam,

mohon dilinkkan ke bloglist tuan/puan atau tukar ke url baru seperti berikut>

http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

terima kasih banyak2.

Followers