Wednesday, September 1, 2010

Boleh atau tidak non-Muslim masuk masjid?

Terbaru ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan seorang ADUN non muslim masuk ke dalam surau dengan memberikan tazkirah.. Dalam penulisan artikel ini tidak melibatkan mana-mana pihak dan parti politik yang ada dalam negara ini. Saya hanya membahaskan berdasarkan kepentingan agama Islam.

Di sini, saya datangkan dalil dan pendapat ulamak tentang masalah non muslim masuk masjid. Pendapat As-Syafi’iyaah mengatakan bahawa :

“Sesungguhnya diharuskan bagi kuffar (non-muslim) masuk masjid dengan kebenaran orang Islam kecuali Masjid al-Haram dan setiap masjid di Tanah Haram.”

Pendapat dari Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid mengatakan bahawa :

“Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslim. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.”

Dari pandangan di atas, mengatakan bahawa orang non muslim tidak boleh menjejak kaki atau masuk ke dalam Masjid Al-Haram dan masjid-masjid lain yang terdapat di tanah haram Mekah dan Madinah. Firman Allah swt yang bermaksud :

“(Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.)” (At-Taubah : 28)

Mengikut pandangan dari Ulamak Syafi’i mengatakan bahawa orang non muslim tidak dibenarkan masuk Masjid Al-Haram dan masjid-masjid sekitar tanah haram. Selain dari masjid-masjid tanah haram dibolehkan masuk dengan keizinan orang Islam. Ini bertujuan untuk mendekatkan non muslim terhadap keindahan Islam dan membenarkan mereka melihat segala aktiviti ibadah yang terdapat dalam masjid tersebut. Ini bertepatan dengan Pandangan Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’ mengatakan bahawa :

“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Rasulullah saw dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah saw untuk melihat orang solat dan membaca Al-Qur’an, dan sebagainya."

Sebagai tanda menghormati rumah Allah, maka orang non muslim mestilah menutup auratnya seperti orang muslim, kerana ini tanda penghormatan mereka kepada umat Islam. Hal ini juga telah dipraktikkan di masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain yang membenarkan pelancong non muslim masuk masjid dengan memakai jubah dan tudung khas yang disediakan kepada mereka yang ingin memasuki masjid tersebut.
Di sini juga secara tidak langsung proses dakwah itu berlaku kepada mereka dengan memperlihatkan mereka tentang keindahan seni bina Islam, melihat info-info Islam dalam masjid dan melihat segala aktivi-aktivi yang terdapat dalam masjid. Betapa untungnya kalau orang non muslim tertarik kepada Islam dengan kesan melihat keindahan masjid sahaja.

- blog Ustaz Nor Amin

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs208.ash2/47108_156837687660195_100000018934244_542096_3216219_n.jpg

Malas bertanya, sesat jalan. Malas belajar, jahil sepanjang jalan.

No comments:

Followers