Saturday, September 4, 2010

Kuiz Islami anak-anak qariah Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan tidak pernah sunyi daripada aktiviti bagi menghidupkan Ramadhan setiap kali bulan yang mulia itu tiba.

Saban tahun ada saja program yang dijalankan yang melibatkan ahli qariah tidak kira tua mahupun yang muda.

Pada hari Ahad (29 Ogos 2010) yang lepas, satu kuiz Islami telah diadakan buat anak-anak qariah surau. Ianya melibatkan anak-anak daripada tadika sehinggalah tingkatan lima dengan soalan-soalan yang diberikan secara bertulis dan lisan mengikut peringkat umur masing-masing.

Pertandingan kuiz ini yang dahulunya dipelopori oleh Allahyarham Cikgu Ismail, kini diteruskan legasi tersebut oleh pembantu arwah dahulu iaitu Cikgu Akmal yang kini dibantu pula oleh Cikgu Nasir.

Soalan-soalan yang dikemukan termasuklah matematik, agama Islam dan ehwal semasa.

Kesemua pemenang-pemenang akan diumumkan serta diberikan hadiah ketika majlis ehya' Ramadhan pada malam 27 Ramadhan yang akan diadakan nanti.

Semoga program bermanfaat sebegini akan disuburkan lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Kenapa menung aje tu? Tak boleh jawab ke atau dah siap?


Semoga aktiviti-aktiviti yang berguna ini dapat dimanfaatkan bersama demi kebaikan dan faedah anak-anak kita.

No comments:

Followers