Saturday, September 5, 2009

Anak Dato Seri Haji Nizar sehebat ayahnya

Tiada siapa yang mengenalinya sebelum ini kerana beliau masih menuntut di sebuah universiti di Jordan. Pulang ke tanahair kerana bercuti semester selama sebulan. Bertepatan dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri yang menjelang, inilah pertama kali beliau merasai nikmat beraya dengan keluarga di tanahair setelah tiga tahun terpaksa beraya bersama-sama rakan sekuliah di negara orang, Jordan.

Orang yang saya maksudkan diatas adalah Mohd Syaheed Bin Haji Nizar. Ya. Anak kedua kepada Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin yang berkesempatan mengimami solat Isyak, Tarawih serta menyampaikan tazkirah di Surau Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh malam tadi.

Dengan lontaran suara yang lantang dan bertenaga, serta susuk tubuh yang tegap, memang ada gaya sepertimana ayahnya, Haji Nizar.

Ketokohannya terserlah sebagai seorang hafiz al-Quran yang begitu lancar bacaannya semasa mengimami solat kami.

Apatah lagi tazkirah yang disampaikan olehnya menyerlahkan lagi bakat sebagai penceramah sehebat ayahnya yang memang terkenal dengan ucapan tanpa teks ataupun nota. Segalanya dikeluarkan daripada lubuk hati dan ketajaman fikiran. Penyampaian yang bernas lagi berisi.

Seorang lagi anak Haji Nizar, Mohd Syaakirin (berbaju kuning, anak ketiga) yang baru pulang ke tanahair setelah tamat pengajian di Syria juga berkebolehan dan berbakat.

Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak-anak hafazan al-Quran, saham bekalan di akhirat nanti.

Tontonilah tazkirah yang disampaikan oleh Mohd Syaheed di Surau Al-Ehsan :


13 comments:

Anonymous said...

Eloklah ayahnya dengar pasal puasa, terang-terang dia cakap kalau puasa ikhlas kerana Allah taala ...

tapi bapaknya elok je berpuasa pasal politik sebagai menyokong DAP untuk bermogok lapar...

eloklah ayahnya dengar tazkirah anak dia sendiri, bukan perkara aneh jika Allah hantar dia jadi hafazam adalah untuk bagi hidayah pada keluarga sendiri..

jadi janganlah fikir anak yang soleh bapaknya pun soleh..tapi mungkin hanya SALLEH...

Ayiem said...

Makhluk banggang laknatullah yang cuba menghina PAS dengan menamakan dirinya PAS Banggang sebenarnya tidak layak dipanggil sebagai manusia,kerana otaknya yang tidak pernah dibersihkan dengan ayat-ayat suci ALQuran.

Sentimen politik sesatnya telah membuatkan dirinya hanyut didalam kekufuran dan kekesatan.

Celakalah makhluk sepertinya yang sentiasa menyokong kemungkaran.

taqs said...

Saudara yang sebagai PAS bangang (org PAS tak bangang, yg bangang hanya saudara).Dato Seri Nizar dah jelaskan kpd umum fsl niat posa dia, apapasal tuan ni nak cuba buat fitnah.
Sebenarnya dalam apa jua pun org UMNO memang tak mahu kpd Islam...cuna lihat komen najib, hishamuddin dan swaktu dengannya ttg isu Kartika...jelas menunjukkan x de cita-cita langsung.
Sy teringat kisah penentangan org kafir quraisy Mekah sewaktu Nabi Muhammad membawa risalah Islam...penentangan mereka sebenarnya berasaskan kptgn individu...org kaya kafir quraisy di Mekah dah banyak menganiaya org, menzalimi org miskin,dan perasugut. Bila Islam datang, Islam membawa keadilan, membela mereka yg teraniaya dan dizalimi kalo tak dibela didunia...di akhirat nanti kempulan penzalim ini akan dibalaskan gn azab Allah. Ni yg org UMNO beberapa mahu terhadap Islam. sebsb nanti bila pemilihan UMNO x leh main duit, tak leh buruk dan aibkan calon lain, bila pilihanraya x leh bag kain batik dsbginya,x dpt komisyen(beli scorpian ker)...sebab semua ni boleh lepas kat dunia x dak siapa yg nak tangkap...Polis ka,SPRM ka?tp tunggulah kamu nanti di akhirat...x de ghani patail ataupun musa hassan ataupun yusof Chin yg boleh membebaskan anda.Barulah tau langit tinggi atau pun rendah

mE said...

betul tu....perkara macam ni memang terjadi di zaman nabi....allah menghantar utusan untuk memimpin kaumnya...kalau ayahnya seorang gila kuasa maka dihantar seseorang yang boleh memperbaiki diri ayahnya...tapi kalau anaknya ikut tabiat buruk ayahnya maka celakalah kehidupan mereka..x kisahlah tabiat buruk apapun...zaman sekarang ramai yang dipanggil ulama & tok guru islam tapi ulama & tok guru islam ini menyampaikan islam untuk kepentinggan politik mereka..bila dikatakan salah oleh orang lain..maka dituduh meraka itu kafir dan sesat serta tidak mendalami ajaran islam..
sedang dunia ini menghitung hari menunggu waktu kiamat..mereka yang yakin mereka bukanlah dari manusia yang kufur dan ingkar perintah allah tetap melakukan cacian dan umpatan terhadap saudara sesama islam yang lain...
akibatnya kaum mereka berpecah sehingga kaum kafir memijak kepala kaum mereka dan islam...
apa yang terjadi hari ini akibat tamaknya manusia untuk mencari kemewahan duniawi sehingga sanggup menolak islam sebenar...

bersambung....

bakmaipungkoq said...

Berbaik sangka jer lar sesama islam, kan itu lebih baik!!

MC_Shaharul said...

org yg bangang dia akan kata kpd org lain bangang,padahal dia yg bangang,weii yg bangang tue hang,beza org yg berjuang atas dasar Islam disekular jauh beza,org yg berfahaman sekular akan kata kpd org lain menggunakn Islam,tp sbnrnya parti sekular hangpa lah yg mempergunakan Islam utk berpolitik...

kurang2 anak2 dia soleh jgk,ayah dia pn blh jgk bg tazkirah,jd imam,dlm tazkirah ayah dia pn mngajak org kembali kpd Islam,ajak umat Islam jgn meninggalkn solat,pemimpin ko ade ajak org solat?kmbali pd Islam?ajak buat maksiat rmaila...anak2 ko yg ntah jd ape pn aku xtau..

Adila Ady said...

no no no no...tak setuju dengan komen y paling atas tu.

p/s:saya hny yakin dengan kepimpinan ulamak.

Ajijoi said...

Ya Allah, dibulan Ramadhan yang mulia ini, engkau kurniakanlah hidayah kepada si bangang agar terbuka mata hatinya agar ia mengenal antara yang hak dengan kebatilan.
Ya Allah Ya Rahman, engkau ampunkanlah si bangang ini kerana sesungguhnya dia hanyalah si bangang yang tidak tahu apa-apa.
Amin.

Unknown said...

PAS akan terus bangang di dalam punggung DAP ...

terus kan kebangangan anda...

Anonymous said...

Kepada penyokong PAS yang bangang...


tidak adalah yang terbangang di dalam dunia ni selain dari PAS...

sesungguhnya yang bangang itu adalah PAS...jika tiada PAS tiadalah kebangangan yang menyusahkan orang ramai dan pihak berkuasa..

selamat menjadi kumpulan terbangang di Perak dan Malaysia

Anonymous said...

Salam Alaik,
Saya kenal dengan anak kedua Dato Seri Haji Nizar. Untuk pengetahuan, selain beliau mahir dalam menyampaikan tazkirah, beliau juga mahir dalam membaiki komputer atau laptop. Beliau pada sesi 2008/2009 merupakan presiden mahasiswa bagi pelajar-pelajar Malaysia di sebuah universiti di Jordan ini. Saya kagum dengan beliau walaupun saya adalah seorang pengerusi Kelab UMNO Jordan. Saya akui semua mahasiswa Malaysia di Jordan ini punya ideologi politik yang berbeza, tetapi kami masih bersatu. Saya cukup kagum dengan keadaan profosional sahabat-sahabat yang belajar di Jordan ni. Diharap ukhuwwah kami kekal sampai bila-bila, aminn Ya Rob.

Anonymous said...

setuju dengan shinja!

semua mahasiswa/siswi Malaysia di Jordan tetap bersatu untukNya walaupun berlainan ideologi

bulan ramadhan adalah bulan untuk mendidik diri kita menjadi lebih baik..baik dari segi kata2,pemikiran,ibadah,tindakan,penulisan,dan lain-lain..

penilaian hanya di tangan Allah...

hanya orang yang merasa kan memahami..

pemimpin yang memahami,menghayati,dan mempraktikkan Islam adalah yang layak untuk ditaati..

faghfirlana ya Rabb!!

mE said...

kepada MC_Shaharul
tulisan pertama anda ada mengatakan

"org yg bangang dia akan kata kpd org lain bangang,padahal dia yg bangang,weii yg bangang tue hang"

so siapa yg bangang?
fikirkan....

Followers