Saturday, June 6, 2009

Nasharudin Mat Isa menang Timbalan, Naib Salahudin, Tuan Ibrahim dan Mahfuz


SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.


Nasharudin kekal Timbalan Presiden PAS

SHAH ALAM: Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS buat penggal ketiga berturut-turut.

Ahli Parlimen Bachok itu menerima 480 undi untuk merekodkan majoriti 200 undi dalam pertarungan tiga penjuru yang diadakan semalam.

Husam yang sebelum ini disebut sebagai pemenang berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat awal pagi tadi, hanya menerima 281 undi manakala Muhamad Sabu pula mendapat 261 undi.

Kemenangan itu membolehkan beliau terus bergandingan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.

Pemilihan jawatan itu hanya mencatatkan empat undi rosak. Seramai 1,026 mengundi pada pemilihan kali ini.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 871 undi, Salahuddin Ayub (820) dan Datuk Mahfuz Omar (636).

Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru jawatan itu.

Dua calon lain yang kalah ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa (272) dan Nik Amar Nik Abdullah (333).


No comments:

Followers