Thursday, June 4, 2009

Muhyiddin tegur Utusan



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

muhyiddin yassin utusan melayu dikhianati 020609Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.

"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.

Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.

-malaysiakini

Ajijoi ~ Utusan adalah akhbar lidah rasmi Umno yang dijual serata negara secara meluas. Segala pandangan dan isu yang dimainkan oleh Umno dijaja kepada rakyat tanpa sekatan manakala akhbar lidah rasmi parti politik yang lain disekat.

Kalau mahu diikutkan, dah lama Utusan ini digantung lesennya kerana penerbitannya ternyata melanggari akta cetakan dengan memuatkan artikel-artikel yang berbaur hasutan.

No comments:

Followers