Sunday, June 7, 2009

Muktamar PAS labuh tirai dengan tekad keterbukaan Islam

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Ke55 melabuhkan tirainya hari ini dengan pucuk pimpinan parti itu bertekad membuka pintu toleransinya kepada mana-mana pihak dalam menegakkan syiar Islam.

Ini merujuk kepada perbincangan PAS dengan Umno dan kemungkinan penubuhan kerajaan perpaduan yang mendapat tentangan terbuka beberapa perwakilan dan pemimpin daripada ketiga-tiga sayap parti.

Mereka khuatir jika kepimpinan parti tersasar daripada landasan parti dan bimbang sekiranya parti mengulangi kesilapan lalu iaitu ketika parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 sebelum keluar daripadanya empat tahun kemudian.

Keterbukaan itu juga dikhuatiri menjejaskan hubungan PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun sepertimana ditegaskan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, adalah berdosa sekiranya seseorang itu tidak mematuhi pemimpin selagi pemimpin itu tidak melanggar syarak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan menegaskan perjuangan menegakkan syiar Islam yang menjadi landasan perjuangan parti perlu merentasi sempadan politik sekalipun dengan musuh.

Dalam meyakinkan perwakilan, tokoh ulama itu berkata perjuangan menegakkan syiar Islam boleh dilakukan melalui muzakarah dan persefahaman (sepertimana dilakukan dalam pakatan pembangkang), malah berperang.

Namun jalan terbaik dalam menegakkan syiar agama adalah melalui perdamaian, kata Abdul Hadi merujuk kepada keterbukaan pucuk pimpinan parti dalam soal pembentukan kerajaan perpaduan.

"Di sini perlu kesabaran, jangan kita tutup pintu langsung hingga bercanggah dengan perintah Allah," kata Abdul Hadi sambil meminta ahli parti itu bersatu dan menangkis cubaan lawan untuk memecahbelahkan mereka.

Katanya, apa yang penting adalah bagi setiap ahli untuk membezakan musuh sebenar dengan musuh direka cipta yang dibuat beberapa pihak dengan mewujudkan istilah ulama pro-muzakarah dan profesional pro-pakatan.

Hakikat ini meningggalkan dua cabaran kepada kepimpinan PAS terutama Abdul Hadi untuk meyakinkan ahli PAS dan sekutunya dalam pakatan pembangkang tentang sejauh mana keterbukaan itu akan menguntungkan semua pihak.

Sikap keterbukaan pimpinan PAS itu turut menimbulkan kekhuatiran di kalangan Kelab Penyokong PAS yang ahlinya terdiri daripada bukan Islam.

"Mereka bertanya adakah PAS meninggalkan mereka dan menjadi kawan setia Umno," kata wakil kelab penyokong PAS Vincent Lee merujuk kepada rundingan sulit dengan Umno yang disifatkan mengguriskan perasaan penyokong bukan Islam dan DAP selaku sekutu PAS.

Cabaran kedua Abdul Hadi adalah untuk membetulkan persepsi di kalangan ahli PAS tentang dakwaan wujudnya dua golongan dalam PAS yang mungkin merapuhkan kekuatan parti itu jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Namun seperti kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasaruddin Hassan Tantawi, dalam ucapan penggulungannya yang membawa maksud jangan kerana kebencian kepada Umno menyebabkan dakwah Islam tidak sampai kepada mereka. BERNAMA

7 comments:

Unknown said...

Jgn ler nak buat seruan 'damai' dgn UMNO ni....wa getik bebeno ler..depa ni tatau lg agaknya UMNO manusia beriman ker dajal ker? TGNA tau ler apa dia kata tu..TGHA apa tau, perintah Ganu pun bukan lama mana. Ok he's tried tapi TGNA dah lama politik, dah proven living legend with astute characters... shame on Us. Nasha dare him to ketepikan saranan TGNA...tu lawan tauke/ derhaka pemimpin gak namanya..Pengkhianat kelas atasan...hehe

PARPUKARI said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Bah Lontok said...

Sebenarnya PAS atau PKR tidak menang besar pada PRU12 yang lalu, Yang menang besar ialah DAP. Kerana kemenangan PAS dibantu DAP, kemenangan PKR di bantu DAP. Itu sebab PAS dan PKR terpaksa menurut perintah DAP di negeri Perak dan Selangor. Di P Pinang pula PAS terus di pandang sepi oleh DAP.

Setiap gerak dan perbuatan PAS dan PKR mesti selaras dengan kehendak DAP. Lihat saja berkenaan 'kerajaan perpaduan', DAP dengan lantang memberi amaran dan ugutan kepada PAS. Sepatutnya PAS boleh buat apa saja kerana PAS BUKAN sebahagian dari DAP. Mengapa DAP berani memberi amaran kepada PAS?

hasellusiby said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Abd Rahman Md Desa said...

Salam kunjung..

Lebai Mangkuk said...

PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

Followers