Tuesday, July 15, 2008

Seminar Perubatan Islam di Ipoh

Jabatan Agama Islam dan Darul Syifa’ Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis Seminar Perubatan Islam yang akan diadakan pada Ahad 20 Julai 2008, di Dewan Intim , Mesjid Sultan Azlan Shah , Jalan Dairy, Ipoh.

Seminar tersebut adalah bersempena dengan majlis pengijazahan oleh Ustaz Harun Din keatas pelajar-pelajar baru yang dianggarkan seramai 60 orang .

Orang ramai dipersilakan untuk menyertai Majlis Seminar tersebut yang terhad kepada 600 orang peserta sahaja dengan dikenakan bayaran pendaftaran RM10.00 termasuk kudapan dan makan tengahari.

Majlis Seminar akan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari , sementara majlis khusus bagi pengijazahan pelajar-pelajar baru akan diadakan disebelah petang di hari yang sama.

Ustaz Che Leh, salah seorang jawatankuasa penganjur majlis tersebut memberitahu, pada sebelah malam (hari Sabtu malam Ahad) sebelum majlis seminar tersebut diadakan , Ustaz Harun Din akan menyampaikan ceramah agama di Mesjid Sultan Azlan Shah , Jalan Dairy, Ipoh selepas solat Isya’.

No comments:

Followers