Tuesday, July 15, 2008

Debat Khas - DS Anwar vs Ahmad Shabery



Setelah menonton julung-julung kalinya debat terbuka dari pihak kerajaan (Datuk Ahmad Shabery - Menteri Penerangan Malaysia) yang berdepan dengan pihak Pakatan Rakyat (Dato Seri Anwar Ibrahim - Penasihat Parti Keadilan Rakyat) ternyata pihak kerajaan hanya mencari peluang untuk melekehkan pihak pembangkang tanpa ada fakta yang kukuh untuk mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Malah serangan peribadi kepada DS Anwar dijadikan bahan untuk memenuhi masa perdebatan.

Berlainan di pihak pembangkang. Usul yang diutarakan benar-benar membuka minda rakyat bagaimana logik dan rasional yang boleh membuka jalan untuk menurunkan kembali harga minyak di Malaysia. Rakyat Malaysia termasuk saya sebelum ini tertanya-tanya bagaimanakah mekanisma yang dimaksudkan oleh pembangkang yang membolehkan harga minyak diturunkan kepada harga sebelum ini tanpa terus-menerus menyusahkan rakyat.

Setelah mendengar penjelasan DS Anwar, barulah kita semua faham dan bersetuju bahawa harga minyak Malaysia sebagai negara pengeluar tidak sepatutnya dinaikkan secara mendadak sehingga membebankan rakyat dan menguncupkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, debat ini lebih memihak kepada fakta dan isi yang dijelaskan oleh DS Anwar berbanding Ahmad Shabery yang bertindak seolah-olah menteri penerangan Venezuela yang hanya menyerang peribadi DS Anwar tanpa isi dan misi yang jelas bagi menerangkan dasar kerajaan menaikkan harga minyak.

Beginilah cara pemikiran pimpinan kerajaan yang tidak mahu mendengar nasihat ataupun pandangan daripada pihak lain untuk kesejahteraan negara secara keseluruhannya malah begitu angkuh dengan dasar yang dibawa sehingga orang lain dilihat hanya sebagai pengacau yang senantiasa tidak boleh menerima cara pentadbiran mereka. Dan hanya merekalah yang betul dan segala dasar yang dibuat perlu diturut tanpa perlu mempersoalkannya.

Lagi berita lanjut tentang debat ini di Malaysiakini dan Penarik Beca.

No comments:

Followers