Tuesday, March 24, 2009

Earth Hour dipercepatkan mulai hari ini


Earth Hour yang dijadualkan Sabtu ini, 28/03/2009 dengan menutup kesemua peralatan elektrik selama sejam mulai jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam, dicadangkan agar dipercepatkan mulai malam ini sempena Perhimpunan Agung Umno yang disiarkan secara langsung oleh hampir kesemua stesen tv tempatan.

Bukan sahaja kadar penjimatan elektrik anda bertambah, minda anda juga akan terpelihara daripada kecamuk politik melayu yang masing-masing cuba jatuh menjatuhkan satu sama lain diatas nama kuasa dan jawatan.

Program earth hour ini eloklah dilaksanakan dengan menutup tv anda sepanjang perhimpunan agung umno berlangsung. Ataupun anda boleh membiarkan anak-anak menonton rancangan kartun sahaja kerana itu lebih berfaedah dan bermanfaat lagi daripada menonton tv3.

Saya calon parti, bukan bersifat individu - DS Nizar


AIR KUNING (24.03.09): Satu sidang akhbar oleh Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaludin yang juga merupakan calon kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang telah diadakan di Markas Tarbiyah Pas, Air Kuning sekitar jam 4.15 petang tadi.

Turut bersama beliau adalah Adun Titi Serong, YB Drs Khalil Idham Lim dan juga Safarizal Bin Saleh, Sekretariat Media Pas.

Perkara-perkara yang dinyatakan didalam sidang media tadi adalah mengenai gangguan daripada pihak berkuasa (polis) semasa ceramah pengumuman calon Bukit Gantang malam hari Isnin.

Gangguan polis untuk memberhentikan acara pada malam tersebut dipercayai satu konspirasi daripada pihak umno/bn yang mahu menyekat rakyat daripada mendapatkan maklumat tepat daripada ceramah tersebut.

Tindakan ini adalah susulan daripada tindakan KDN menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan.

Persoalannya, mengapa program Najib dan Osman Jailu ditempat yang sama tempohari tiada gangguan daripada mana-mana pihak malah dikawal rapi oleh pihak polis.

Poster-poster yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga Mufti Perak, DS Harussani Zakaria masih diedarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Petugas unit amal malam tadi menjumpai banyak poster-poster tersebut bertebaran dipadang tempat ceramah PR diadakan.

Mengapa setelah laporan polis dibuat mengenai poster-poster tersebut, sehingga sekarang tiada tindakan ataupun tangkapan yang dilakukan pihak polis sehinggakan pihak-pihak tersebut masih berani mengedarkannya di kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Tempat untuk penamaan calon pada Ahad, 29/3/2009 nanti yang dijadualkan di Perbandaran Taiping sehingga hari ini belum ditetapkan secara pasti kerana tiada permit yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Persoalan mengapa DS Nizar dipilih sebagai calon Parlimen Bukit Gantang adalah diatas kapasiti parti Pas, bukannya bersifat individu kerana walau siapapun calon yang dipilih, calon itu adalah wakil kepada parti Pas.

Sidang media yang dihadiri ramai petugas media berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Anugerah Datuk untuk Nizar april ini?

Berita yang diterima mengatakan MB Nizar akan dianugerahkan pangkat Datuk pada bulan april ini amat mengejutkan bagi sesetengah orang.

Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa diterima semua termasuklah orang-orang yang telah menggelarkan Nizar sebagai penderhaka.

Keputusan muktamad dan kesasihan berita ini akan saya maklumkan disini tiba masa dan ketika yang sesuai nanti.

Tungguuu...

Hilang upaya melawan, kuasa dan kekerasan digunakan

Akibat tidak berdaya melawan kebenaran dan fakta yang dibawa oleh pembangkang, segala kuasa dan kekerasan mula digunakan be end untuk menutup mulut serta melonggarkan semangat perjuangan yang telah membara didalam diri rakyat.

akan bersambung nanti.....

Monday, March 23, 2009

Sah! MB Nizar calon Pas Bukit Gantang



SIMPANG (23.03.09): Pengumuman calon Pas Bukit Gantang oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang sekitar jam 10.50 malam tadi disambut gembira dengan laungan takbir memecah kesunyian malam oleh seluruh hadirin yang dianggarkan melebihi 10,000 orang membanjiri padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.

Calon yang diumumkan adalah seorang pemimpin Perak yang amat dikenali dan berkarisma tinggi bukan sahaja dimata rakyat Perak malah seluruh dunia.

Beliau yang saya maksudkan adalah Dato Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang merupakan calon pilihan pimpinan Pakatan Rakyat dan semua bangsa untuk kerusi P059 Bukit Gantang.

Walaupun majlis dicemari dengan ugutan pihak FRU agar memberhentikan ceramah, seluruh yang hadir tidak berganjak untuk mendengar ceramah oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang yang seterusnya mengumumkan MB Nizar sebagai calon yang dipilih untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang menentang calon dari umno/bn Ismail Sapian.

Amanat yang begitu besar yang diletakkan kebahu MB Nizar oleh pimpinan Pakatan Rakyat akan diterjemahkan kedalam pilihanraya kecil itu dengan sokongan dan dokongan oleh semua ahli dan penyokong Pas terutamanya serta seluruh jentera parti Pas, PKR dan DAP.

Sekalung tahniah daripada ajijoi.blogspot.com diatas pencalonan Dato Seri Nizar serta harapan agar kemenangan besar akan berjaya diperolehi dengan berkat doa kesemua penyokong Pakatan Rakyat.

Lagi laporan lanjut di mstar.com dan harakahdaily












Siapa calon Pas di Bukit Gantang?

Persoalan siapakah yang akan dicalonkan oleh Pas di Bukit Gantang akan terungkai apabila pengumuman mengenainya dilakukan malam ini.

Maklumat yang diperolehi mengatakan bahawa calon ini amat popular didalam kancah politik dan mempunyai pengalaman luas sebagai ahli parlimen.

Siapakah orangnya, tunggu sahaja pengumumannya malam nanti.

Dan yang pastinya jauh lebih berkaliber dan berwibawa jika dibandingkan dengan calon umno Ismail Sapian yang ditolak ahli umno sendiri didalam pertandingan ketua bahagian bukit gantang.

Nantikan malam nanti....

Sunday, March 22, 2009

Akim datang lagi

Akim adalah sebuah parti yang hanya timbul apabila pilihanraya kecil diadakan. Dimusim pilihanraya sebegini, peluang untuk menjana pendapatan segera amat dinanti-nantikan oleh parti serpihan sebegini.

Penglibatan mereka didalam pilihanraya hanyalah untuk memecahkan undi melayu. Jumlah ahli seramai 10,000 sebagaimana yang didakwa juga amat meragukan apabila pada pilihanraya permatang pauh yang lepas hanya calon akim dan juga pengikutnya seramai satu van sahaja yang memasang poster calon. Itupun selepas seminggu penamaan calon dijalankan.

Parti serpihan yang ditaja pihak-pihak tertentu sebegini sepatutnya dilarang daripada menyertai mana-mana pilihanraya kerana hanya mengganggu perjalanan pilihanraya itu sendiri dan juga memecahbelahkan pilihan rakyat.

Akim letak calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau

TANAH MERAH: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bakal meletakkan calon pada dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Presidennya, Hanafi Mamat, berkata keputusan meletakkan calon itu dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan Akim yang mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu. Beliau berkata, kedua-dua calon itu adalah anak tempatan dan penduduk kawasan berkenaan.

"Akim yakin kedua-dua calon berkenaan mampu memberi persaingan sihat dalam suasana politik kini," katanya. Akim yang ditubuhkan pada 1995 mempunyai hampir 10,000 ahli di seluruh Malaysia. - Bernama

Majlis pertemuan & taklimat khusus pengundi Bkt Gantang



Majlis yang dianjurkan oleh Ikatan Anak-anak Perak di Perantauan (IKAPP) di Dewan Dato Haji Fadhil Mohd Noor, Pusat Tarbiyah, Taman Melewar, Gombak sebentar tadi.

Taklimat telah disampaikan oleh YAB TUAN GURU DATUK HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, YB TUAN GURU DATO SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, YAB DATO SERI IR HAJI MUHAMAD NIZAR JAMALUDIN dan YHBG AL FADHIL USTAZ HAJI AHMAD AWANG.

Lagi berita di siasah

Lelongan plak demokrasi mencatat sejarah


IPOH (22.3.09): Acara lelongan 5 keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung dibawah pokok sena tersebut telah berjaya mengutip melebihi RM42,000. Bidaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli dan menyimpan plak demokrasi sebagai tanda kenangan.

Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Plak yang pertama telah dibida sebanyak RM6,800 manakala harga tertinggi diperolehi melalui plak yang kelima dengan nilai RM17,000.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Hampir 200 orang telah berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kehadiran Menteri Besar DS Nizar menyerikan lagi acara lelongan tersebut. DS Nizar menyatakan didalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.

Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.

Lagi berita lanjut disini.







Kesian...MB yang tidak dipedulikan orang


Memang ada gaya penjual murtabak.

Kebiasaannya apabila seorang Menteri Besar kemana-mana sekalipun, sudah pasti akan disambut ramai serta diberi penghormatan untuk kehadapan didalam sesuatu majlis.

Berlainan pula yang terjadi kepada seorang yang mengaku dirinya sebagai menteri besar yang sah apabila tidak dihirau dan dipedulikan orang ramai apalagi untuk menghormatinya.

Kejadian yang dilaporkan dibawah amat menggelikan hati dan tidak pernah berlaku kepada mana-mana menteri besar sebelum ini.

*IPOH, March 22 - He leans over two rows of men, on tip-toes to view the body being prepared for its final resting place.

Like him, they are all dressed in their Friday prayer garb. Like him, they do not behave as if the mentri besar of Perak is in the house.

If they had known who was standing behind them, they would have parted like the Red Sea to let Datuk Zambry Abd Kadir in for a closer look as most Malaysians do when political leaders are in attendance.But Zambry goes about nearly unrecognised at the funeral of a local Umno branch leader and village chief here in Kampung Matang.

There was nobody to announce his arrival, nor anyone to introduce him to the family of the deceased.

Instead, he leaves as quietly as he arrived, the only fuss being the four vehicles - his own government-issue Proton Perdana, an SUV containing his police bodyguards and two traffic police cars to ensure speedy progress - that came and left with great urgency.

"I want to do away with all this protocol," Datuk Zambry Abd Kadir told The Malaysian Insider over lunch by a muddy river in Kampung Matang, where he is being hosted by a few local Umno strongmen.

Read more here...di malaysianinsider.com

*terjemahan = Dia menjenguk di dua barisan belakang, menjengket untuk melihat persediaan mengkafan mayat.

Seperti mana dia, semuanya berpakaian untuk sembahyang Jumaat dan sepertinya juga, mereka tidak berkelakuan sebagaimana menteri besar perak berada dirumah tersebut.

Jika mereka tahu siapa yang berada dibelakang mereka, sudah tentu semuanya akan memberi laluan kepada zambry sebagaimana rakyat malaysia kebiasaaanya apabila ada pembesar dan pemimpin politik yang hadir. Tetapi zambry bagaikan tidak dikenali diupacara pengkebumian seorang pemimping cawangan umno tempatan yang juga ketua kampung di Kampung Matang.

Tiada siapa yang mengumumkan ketibaannya juga tiada siapa yang mengenalkannya kepada keluarga simati.

Akhirnya, dia meninggalkan majlis secara senyap sebagaimana dia tiba tadi, yang kedengaran hanyalah bunyi empat kenderaan - kereta Proton Perdana kerajaan kegunaannya, kereta SUV membawa polis kawalannya dan dua kereta peronda polis yang memastikan pergerakannya sentiasa lancar, datang dan pergi dengan tergesa-gesa.

"Saya tidak mahu menggunakan semua jenis protokol-protokol sebegini", zambry abd kadir memberitahu The Malaysian Insider semasa makan tengahari berhampiran dengan sungai berlumpur di Kampung Matang, dimana dia menjadi tetamu kepada beberapa orang kuat umno disitu.

Followers