Monday, June 30, 2008

Sepetang bersama Tok Guru Nik Aziz


Bersama Tok Guru Nik Aziz dan MB Perak Dato' Seri Nizar


Sempat bertanya khabar Tok Guru sambil minum petang



Tok Guru dan MB Nizar melawat mangsa pesawat terhempas di Ipoh Specialist Hospital


Tok Guru membacakan doa kepada mangsa

Dapat tumpang duduk pun jadi le...

Bertuah sungguh rasanya semalam dapat bersama-sama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatannya ke Perak dan juga menghadiri ceramah 'Himpunan Ketuanan Rakyat' di Stadium Perak malam tadi.

Walaupun batuk masih kuat, namun bagai tak terasa sepanjang bersama beliau. Sungguhpun hanya sekejap sahaja kerana beliau keletihan dan perlukan rehat yang cukup, namun terasa puas sungguh petang itu.

Yang paling menggembirakan apabila terlaksana sudah impian ataupun hajat selama ini untuk mencium tangan dan memeluk Tok Guru kerana rasa hormat dan sayangnya saya pada beliau. Tok Guru hanya tersenyum dan seakan merelakan dirinya dipeluk apabila saya menyatakan impian/hajat saya itu. Alhamdulillah...hilang kempunan saya.

Dahulu ketika hayat Almarhum Ustaz Fadhil Noor, saya hanya dapat bersalam dan mencium tangannya sahaja.

Ahhh...Hari yang cukup bersejarah buat saya bersama idola kesayangan saya.

Popular Dalam Sekelip Mata


Dizaman sekarang ini, pelbagai cara orang gunakan untuk popular akibat daripada pengaruh realiti tv yang membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk muncul dikaca tv biarpun kemunculan itu hanya mempersendakan atau memperbodoh-bodohkan diri sendiri untuk hiburan dan tontonan orang ramai.

Begitu juga halnya dengan cerita sensasi sekarang ini yang mengenengahkan pendatang baru kepada realiti popular zaman ini (samada dari sudut baik ataupun buruk), Mohd Saiful Bukhari
Bin Azlan (i/c no 850706-01-5687) yang telah membuat satu laporan polis berbunyi :

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."

Sudah pasti laporan ini akan tercatat didalam sejarah negara Malaysia sepertimana laporan-laporan yang dibuat Azizan dan Umi Hafilda pada tahun 1998.

Samada laporan yang dibuat atas kerelaan, mempertahankan diri sendiri ataupun atas apa jua desakan, paksaan mahupun ugutan, sama-samalah kita nantikan episod berikutnya.

Andaikata saya berada ditempatnya yang baru seminggu bertunang dan akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke23 minggu hadapan, pasti akan tersentak dibenak fikiran akan segala habuan, paksaan atau ugutan demi masa depan yang masih panjang.

Namun, untuk menjadi popular, biarlah dari sudut yang baik bermakna menjadi wira yang disanjung bukannnya bahan tohmahan dan caci maki. Iman patut dipertahankan.

Ikuti maklumat lanjut tentang Mohd Saiful ini disini dan juga disini.

Saturday, June 28, 2008

Bukti akan didedah di mahkamah, kata Raja Petra

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengendali laman web Malaysia-today.net berkata, beliau akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan berumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak.
Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang.

Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis – oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis.

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika ini bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu.

Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan;
* Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (pakar letupan C4 – orang yang b ertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
* PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
* Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Khairy Jamaluddin, Rosmah dan dua individu lagi yang dikaitkan dengan kes ini, seperti yang dinyatakan dalam akuan Raja Petra, iaitu seorang yang didakwa berpangkat kolonel dan isterinya, pengawal peribadi Rosmah.

Namun akuan bersumpah itu segera dinafikan oleh mereka. Abdullah dengan tegas menyatakan tidak menerima apa-apa laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, bahkan menantu beliau, Khairy Jamaluddin turut menafikan ada menyimpan laporan tersebut. Pada masa yang sama Khairy turut menyifatkan akuan berkanun tersebut berniat jahat dan mencemarkan kredibiliti beliau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menafikan bahawa isterinya Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya seperti didakwa oleh Raja Petra Kamarudin pengendali blog Malaysia Today.

Dalam perkembangan lain, suatu usul tergempar dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, bagi membincangkan dakwaan Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu. Lim berkata akuan bersumpah penulis tersebut sesuatu yang serius.

Namun usul tergempar yang diserahkan oleh wakil Ipoh Timur, bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu ditolak.

Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul Lim Kit Siang itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang sedang berlangsung.

Datuk Mustafa Ali sertai dunia blogger


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Di mana sahaja beliau bercakap, Datuk Mustafa Ali tidak segan silu mengaku beliau 'buta IT" tetapi apabila semua sudah menjadi blogger, beliau menyertai dunia ini dengan membuka blognya sendiri 'padapendapatsaya.blogspot.com' mulai 24 Jun lalu.

Tulisan pertama beliau dipostingkan hari ini.Dengan nama blognya, Politik Malaysia, Mustafa mula menulis hari ini dan beliau nampaknya menjadikannteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasarannya.

Mustafa, kini Pengarah Pilihan Raya PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, melahirkan rasa tidak puashati dengan cara Khalid mengendalikan Selangor ala CEOnya manakala untuk Lim Guan Eng pula beliau tidak senang cara Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

"Sebagai MB, Khalid perlu bertindak sebagai seorang MB bukan seumpama seorang CEO. Sebagai MB, Khalid perlu merujuk kepada rakan-rakan dalam barisan Exconya serta juga rakan-rakan pimpinannya dalam PKR di samping parti-parti dalam Pakatan sebelum mengambil sebarang tindakan," tulis Mustafa dalam blognya.

Untuk Lim Guan Eng pula beliau menulis:-"Namun demikian, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidaklah boleh menyerang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak begitu sahaja tanpa merujuk dan secara yang berlapik.Apatah lagi alasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika menyerang Azizan adalah MB Kedah itu mengambil syarikat pembalakan dari Sarawak yang baik dengan kerajaan BN."Kalau begitu apa bezanya tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang melantik seorang pemimpin Gerakan mengetuai sebuah syarikat GLC terpenting di Pulau Pinang. Ini bukan hubungan perniagaan lagi. Ini membawa masuk musuh ke dalam rumah tangga kita yang sudah pasti lagi bahaya dari setakat berhubungan perniagaan sebagaimana yang cuba dibuat oleh MB Kedah itu," tulis Mustafa dalam blognya.

Baca tulisan Mustafa sepenuhnya di sini:-http://padapendapatsaya.blogspot.com/

Friday, June 27, 2008

Sepi...Filem untuk lelaki?




Sepi adalah sebuah kisah berkisarkan tiga individu lelaki yang hidup dibandar yang belajar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian didalam drama romantika ini.

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangannya sendiri.

Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia.

Dan seorang lagi bernama Imaan yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat dimana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depannya mampu dilihat.

Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya.

Dan, filem penulisan, terbitan dan arahan 'Cinta' ini juga menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanahair. Afdlin Shauki dipasangkan dengan Vanida Imran & Nasha Aziz.

Andaikata anda sukakan filem 'Cinta', anda juga pasti sukakan 'Sepi'. Yang pastinya, filem ini bukan hanya untuk lelaki.






Thursday, June 26, 2008

Euro2008 : German ke Final


BASEL (Switzerland): Jerman layak ke final Kejohanan Eropah 2008 setelah menewaskan Turki 3-2 di Stadium St Jakob Park, Basel, awal pagi tadi.
Pemain yang menjaringkan gol: Jerman 3 (Schweinsteiger 26, Klose 79, Lahm 90) Turki 2 (Boral 22, Semih 86)
Pasukan Jerman: Jens Lehmann - Arne Friedrich, Per Mertesacker, Christoph Metzelder, Philipp Lahm - Thomas Hitzlsperger, Simon Rolfes (Torsten Frings 46) - Bastian Schweinsteiger, Michael Ballack (kapt), Lukas Podolski - Miroslav Klose (Marcell Jansen 90+2)
Turki: Rustu (kapt) - Sabri, Mehmet Topal, Gokhan Zan, Hakan Balta - Mehmet Aurelio - Kazim (Tumer Metin 90+2), Hamit Altintop, Ayhan (Mevlut Erding 81), Ugur Boral (Gokdeniz Karadeniz 84) - Semih
Pengadil: Massimo Busacca (SUI)

Tuesday, June 24, 2008

Opps! Tiada larangan gincu, tumit tinggi

Bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi tidak dilarang kepada pekerja Islam, jelas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Etika berpakaian itu hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awamnya Azman Mohd Daham hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyatakan majlis perbandaran itu mengeluarkan arahan terbaru melarang cara menghias diri dan berpakaian sedemikian.Arahan surat pekeliling bertarikh 25 Mei itu, katanya kepada Bernama, hanya mewajibkan pemakaian tudung kepala dan berpakaian sopan yang diwajibkan kepada peniaga wanita Islam dan akan dikenakan kompaun sekiranya melanggar arahan itu.

Bagaimanapun arahan ini bukanlah baru tetapi sentiasa dikeluarkan sejak 2002. Bersama peraturan itu, dikepilkan risalah etika tambahan, termasuk tidak menggalakkan mereka bergincu atau berkasut tumit tinggi."Tetapi risalah berkenaan pula adalah sekadar kempen untuk memperjelaskan kepada kaum wanita Muslimah mengenai etika berpakaian sebenar mengikut ketetapan Islam termasuklah larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

"Bagaimanapun sekiranya mereka melanggar etika itu, MPKB-BRI tiada hak untuk mengambil tindakan.

"Pekeliling itu tidak mempunyai kaitan dengan risalah 'MPKB-BRI Cakna Anak Muda' yang memaparkan etika tambahan berpakaian wanita muslimah walaupun ia dikepilkan bersama ketika diedarkan, tambahnya.

Ajijoi - Nampaknya Bernama pun tak boleh dipercayai sepenuhnya laporan yang dikeluarkan. Mungkin isu ini dirasakan agak sensasi untuk menjolok kerajaan negeri Kelantan. Usul untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat berpandukan ajaran agama Islam, pasti akan mereka kelirukan agar rakyat mempersoalkan niat baik tersebut. Itulah kerja-kerja tangan mereka yang senantiasa menggoncang kestabilan lima negeri dibawah tadbir Pakatan Rakyat. Saya nak tanya kepada para pemberita-pemberita yang bekerja dibawah arahan songsang sedemikian : DiSANA esok, boleh jawap?

Monday, June 23, 2008

Gincu, tumit tinggi haram di K.Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.

Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.

Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

Ajijoi - Saya setuju sangat dengan arahan itu memandangkan syarat-syarat yang dikenakan menepati syariat Islam. Jika tidak dipraktikkan daripada sekarang, bila lagi kita nak mendisiplinkan ummah. Lagi satu, cek mek molek Kelate comei doh, takyah begincu pun lawa.

Telefon Bimbit dan Motosikal


Penggunaan telefon bimbit semasa memandu amatlah berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain.

Apatah lagi apabila kerap sekali terlihat penunggang motosikal yang mengunakan telefon bimbit semasa di jalan raya. Tangan kanan di handle dan tangan kiri memegang telefon. Ada juga yang menyelitkan telefonnya dicelah topi keledar.

Dan yang paling berani sekali ialah mereka-mereka yang bersms semasa menunggang. Tumpuan terbagi kepada dua, jalan raya dan juga sms. Nyawa mereka pertaruhkan hanya kerana keseronokan bersms. Namun, dimasa yang sama juga, mereka mempertaruhkan nyawa orang lain kerana kegilaan sms mereka.

Tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya perlu semasa memandu dan menunggang dijalanraya agar kita selamat sampai kedestinasi kita. Ternyata gabungan antara telefon bimbit dan juga motosikal boleh membawa maut. Jadikan petikan berita dibawah sebagai satu pengajaran buat kita semua :

Mekanik maut dilanggar kereta ketika berbual guna telefon bimbit semasa tunggang motosikal
23/06/2008 2:59pm

ALOR STAR 23 Jun – Seorang mekanik yang sedang berbual menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal, terbunuh setelah dirempuh sebuah kereta kira-kira 10 pagi ini.
Dalam kejadian di Batu 10 Jalan Alor Star-Sungai Petani itu, Zaini Abdul, 29, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di badan manakala tangan kirinya terputus.

Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Inspektor S.Tivagaran berkata, Zaini, yang berasal dari Kampung Alor Pudak, Kota Sarang Semut dekat sini, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Simpang Empat ketika kemalangan itu berlaku.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat saksi, Zaini dikatakan baru keluar dari stesen minyak dan berbual menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di kawasan pejalan kaki sebelum secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Pemandu kereta terbabit Loh Fook Hoon, 47, tidak cedera. - Bernama

Tun Dr Mahathir Di Ipoh 21/06/2008

Venue : Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Perak, Ipoh
Anjuran : UMNO Cawangan Tanjung Belanja, Perak

Followers