Sunday, February 5, 2012

Zulkifli Nordin tak bayar hutang?

 Alam TWITTER ni alam yang sangat berbahaya. Apa sahaja komen kita pasti dijawab dengan begitu pantas oleh dunia yang membaca.

Seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin di bawah:


Zaman sekarang bukan payah sangat nak tuntut hutang. Cara dah semakin canggih, senang dan cepat. 

Cuma yang tak syoknya bagi si pemiutang, satu dunia tahu kita banyak berhutang. 

Lainlah kalau jenis kulit muka tebal macam tapak kaki.

Jangan beri peluang kepada BN

Oleh Muhammad Faeez

PASIR PUTEH: Rakyat digesa jangan berkeinginan untuk memberi peluang untuk BN terus memerintah negara.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin ketika menyampaikan Ceramah Konvoi Penerangan PAS Pusat di Masjid Kg Bukit Belah Gaal, Pasir Puteh, Kelantan 14 Februari lalu.

Menurutnya, pentadbiran BN terbukti tidak berintegriti  dan amanah walaupun diberi peluang memerintah lebih separuh abad.

Katanya, masalah rasuah, korupsi, kroni, kezaliman dan sebagainya masih menular di Malaysia malah semakin hari semakin meningkat. 

"Mati hidup balik pun BN tidak akan berubah kerana mereka 'konsisten' dengan perangai mereka," tegas beliau.

Tambahnya, BN masih tidak 'insaf' walaupun rakyat memberi masa dan peluang kepada mereka.

"Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, satu jangka masa yang panjang untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara dengan baik namun masih tidak berjaya.

"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara dan saya yakin manifesto dalam buku Jingga dapat direalisasikan," ujar beliau.

Turut menyampaikan ceramah malam tersebut ialah Adun Titi Serong YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Batu Caves YB Amirudin Shari, Adun Gaal YB Dr Nik Mazlan Nik Mohamed dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Dalam Program Jelajah PAS Pusat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ini, pelbagai program bersama rakyat diatur bermula dengan Kuliah Subuh sehingga kemuncak  ceramah di sebelah malam.
 

Saturday, February 4, 2012

Permohonan tanah SJKT Changkat ditolak oleh kerajaan Zambry

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN kawasan Tronoh pada 3/2/2012 di Changkat, Batu Gajah.

SJKT Changkat Batu Gajah merupakan satu-satunya sekolah Tamil di kawasan Batu Gajah. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKT Changkat merupakan sebuah sekolah yang tua di kawasan ini dan mempunyai sejarah lebih daripada 80 tahun. Bilangan murid-murid pada tahun ini ialah 373 manakala bilangan guru pula seramai 28 orang.

Sekolah ini tidak mempunyai padang permainan. Oleh yang demikian, murid-murid sekolah ini terpaksa menggunakan podium Majlis Daerah Batu Gajah untuk mengadakan program sukan tahunan. Pada hari lain, langsung tidak ada aktiviti sukan untuk murid-murid sekolah ini. Perkara ini adalah bertentangan dengan dasar kerajaan 'satu sekolah, satu sukan'. Ungkapan-ungkapan seperti ini adalah retorik sahaja dalam amalan banyak sekolah-sekolah di negara kita. Saya tidak boleh menyalahkan pihak pentadbiran sekolah SJKT Changkat berhubung dengan perkara ini.

Saya difahamkan bahawa pihak pentadbiran sekolah dan PIBG telah memohon sebidang tanah di belakang sekolah tersebut untuk dijadikan padang permaian untuk sekolah itu. Pihak sekolah dan ibubapa sungguh mengharapkan kerajaan negeri untuk memberikan tanah yang dipohon itu. Tetapi, tidak ada sebarang maklum balas yang positif daripada pihak kerajaan. Walau bagaimanapun pihak sekolah dan ibubapa menunggu dengan sabar untuk sekian lama. Perkara ini telah dibawa kepada perhatian saya oleh beberapa orang ibubapa yang tinggal di Desa Changkat, Batu Gajah.

Sebagai usaha pertama saya telah membangkitkan isu tanah ini sebagai satu soalan bertulis dalam persidangan Dewan Negeri Perak pada bulan November yang lalu. Soalan yang telah saya kemukakan ialah seperti berikut:

"Adakah Kerajaan berhasrat untuk memberikan tanah yang dipohon oleh pihak pentadbiran SJKT Changkat , Batu Gajah untuk tujuan padang permainan? Jika ya, berapakah keluasan tanah yang akan diluluskan dan bilakah perkara ini akan dilaksanakan?"

Saya telah menerima satu jawapan yang sungguh memeranjatkan daripada pihak kerajaan. Dalam jawapan bertulis itu, kerajaan memberitahu bahawa tanah itu tidak akan diberikan kepada SJKT Changkat. Ini adalah kerana kerajan bercadang untuk memberikan tapak tanah tersebut untuk projek taska PERMATA. Kandungan jawapan itu juga menyebut bahawa kerajaan memberi keutamaan kepada projek persekutuan PERMATA. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sanggup menganak tirikan sekolah Tamil semata-mata untuk melaksanakan projek persekutuan itu.

Persoalannya, kenapakah kerajaan harus memberi tanah ini untuk projek taska PERMATA? Terdapat banyak lagi kawasan lain di sekitar Batu Gajah, Siputeh , Tronoh dan Bemban untuk membina bangunan taska PERMATA. Kerajaan tidak semestinya memilih tanah yang dipohon oleh SJKT Changkat untuk projek ini. Tindakan kerajaan ini seolah-olah mempunyai niat jahat untuk mencari jalan supaya tapak tanah itu tidak diberikan kepada sekolah Tamil itu. Memang benar pepatah Melayu, ' Habis minyak sepasu, ekor anjing takkan lurus". SJKT Changkat telah terjerat dalam muslihat kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah itu. Ibubapa dan murid-murid SJKT Changkat berasa tertipu dengan tindakan kerajaan yang meluluskan tanah yang dipohon oleh sekolah itu kepada pihak lain.

Kalau tanah itu terlepas dari genggaman sekolah ini, maka sekolah ini tidak akan memiliki padang permainan untuk selama-lamanya. Kerajaan juga tidak boleh memberi tanah lain yang lebih jauh untuk tujuan padang permainan bagi sekolah itu. Oleh yang demikian, saya memohon supaya kerajaan negeri tidak meluluskan tanah 1.3 ekar itu kepada taska PERMATA. Tanah itu harus diberikan kepada SJKT Changkat dengan segera.

Saya telah mengadakan satu perjumpaan dengan ibubapa SJKT Changkat di hadapan sekolah itu pada 3/2/2012. Saya telah mengedarkan jawapan bertulis yang diberikan oleh kerajaan dalam persidangan Dewan Negeri Perak. Saya juga memberi penjelasan mengenai isu ini kepada ibubapa yang hadir.

Kami akan menubuhkan satu jawatankuasa ad hoc untuk membantah tindakan kerajaan memberikan tanah itu kepada PERMATA. Tindakan susulan akan diambil setelah jawatankuasa itu ditubuhkan.

Serahan Memorandum 3 NGO pada kerajaan negeri Perak



IPOH (3 Feb 2011): Lebih kurang jam 3.30 petang tadi, 3 memorandum daripada 3 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya diserahkan kepada Menteri Besar 'mahkamah' Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kader di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK),Ipoh.

Memorandum yang sepatutnya diserah kepada MB 'mahkamah' itu, diterima oleh pembantu setiausaha yang mewakili Zambry, berikutan Zambry tidak ada di pejabat beliau pada waktu tersebut.

Antara NGO yang hadir menyertai penyerahan memorandum tersebut adalah dari Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia Negeri Perak (KERABAT).

Memorandum tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Pas Lenggong, Ustaz Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak,Ustaz Norazli Musa yang mewakili NGO, BAPA dan ANAK. Manakala Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid mewakili KERABAT.

Penyerahan memorandum ini merangkumi tuntutan 3 NGO yang mahu menuntut kerajaan negeri bertindak menjaga kepentingan rakyat dan bukan hanya menabur janji-janji tetapi tidak menunaikan apa yang dijanjikan.

Tn Hj Razman Zakaria, selaku Timb. Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, ketika dihubungi mengesahkan, penyerahan memorandum ini dimobilisasikan oleh Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak, bagi menuntut Zambry Abd Kadir, supaya tidak menyerahkan tanah-tanah Felda Plantation yang berada di negeri Perak kepada FGVB untuk disenaraikan di bursa saham.

Manakala NGO BAPA akan menuntut supaya hutang-hutang peserta yang telah tamat perjanjian, dihapuskan dan menuntut supaya tanah-tanah peserta yang di kaveat oleh Felcra dilepaskan tanpa sebarang syarat.NGO KERABAT juga akan turut bersama-sama menyerahkan memorandum bagi menuntut Kerajaan Negeri supaya menunaikan janji pemberian tanah lot tapak rumah, untuk bekas-bekas angkatan tentera seperti yang telah dijanjikan oleh DS Zambry baru-baru ini.

Sebelum memorandum itu diserah, pimpinan pakatan rakyat dan NGO sempat bersolat jumaat di Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri Ipoh) sebelum berarak sejauh 1 kilometer menuju Bangunan SUK Perak.Mereka melaungkan "HIDUP HIDUP RAKYAT !!'' HANCUR HANCUR KEZALIMAN!!'sambil ketika itu anggota keselamatan polis cuba menghalang perarakan dan penyerahan memo tersebut namun ianya tidak diehdahkan pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO serta rakyat yang dilihat terus menuju bangunan SUK Perak bagi menentang kezaliman umno dan Barisan Nasional!
































































1.MEMORANDUM DARI NGO BAPAK
















2. MEMORANDUM DARI NGO ANAK















3. MEMORANDUM DARI NGO KERABAT









- blog PKR Cabang Tambun

Friday, February 3, 2012

Najib masih guna khidmat pegawai Israel- Tian Chua

KUALA LUMPUR 3 Feb: Tindakan pemimpin Umno bersama media kawalannya memainkan isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel menyerlahkan sikap hipokrit mereka, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Menurut Tian Chua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat seorang pegawai Israel bernama Paul Stadlen, sebagai pegawai media beliau.

Beliau difahamkan sehingga kini, Paul Stadlen - bekas Pengarah Urusan APCO di Malaysia- masih berkhidmat untuk Najib di Jabatan Perdana  Menteri.

"Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih mengupah Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

"Siapa Paul ini? Beliau ialah bekas Pengarah Apco di Malaysia yang kini antara tugasnya menonjolkan imej baik Najib," kata Tian kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurut beliau lagi, Najib sebelum ini juga bersetuju supaya Malaysia menyertai pasukan keselamatan yang ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan, ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tahun lalu.

"Lagi bukti betapa pentadbiran Najib merupakan balaci Israel ialah dalam pertemuan dengan Obama tahun lalu, beliau menyatakan persetujuannnya agar Malaysia menyertai pasukan keselamatan Amerika di Iraq dan Afghanistan selepas Amerika menyerang negara Islam berkenaan.

"Hakikatnya dunia Islam tahu dalang serangan Amerika ini didalangi Zionis-Israel dan ditentang majoriti negara Islam seluruh dunia," tegasnya.

Sekatan terhadap Iran

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan tindakan tidak konsisten pentadbiran Najib berhubung sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat terhadap  Iran.

"Iran kita tahu adalah negara Islam dan sekatan ekonomi Amerika ini hasil desakan 'Negara' Israel dan Najib membisu berhubung sekatannya itu semata-mata mahu menjaga hubungan dengan Amerika-Israel.

"Kalau Najib tidak menyokong Israel, kita cabar beliau desak Amerika tarik balik sekatan ekonomi itu," katanya.

Pentadbiran Najib sebelum ini membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

- Keadilan Daily

Thursday, February 2, 2012

Jamil Khir salahguna wang Yayasan Taqwa pula?



KUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk  melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri.


- harakahdaily

SPR alih isu pokok laksana lapan tuntutan – Dr Mansor


KUALA LUMPUR 1 Feb: Menghentikan amalan perarakan pada hari penamaan calon seperti yang diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan isu pokok yang dituntut rakyat, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang mengingatkan SPR supaya memberi tumpuan utama membersihkan pilihan raya dan bukan isu-isu yang remeh.

Kenyataan Anwar itu ekoran laporan akhbar The Star bahawa SPR akan menghentikan amalan mengadakan perarakan pada hari penamaan calon pilihan raya.

"SPR cuba mengalih isu pokok yang kita tuntut selama ini dengan keutamaan kita ialah membersihkan daftar pemilih.

"Selagi isu teras ini tidak diselesaikan rakyat kekal melihat SPR berpihak kepada pemerintah dan sistem pilihan raya di negara ini berat sebelah," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Menurut Dr Mansor, isu utama yang diberi penekanan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) serta Pakatan Rakyat selama ini ialah kelapan-lapan tuntutan mereka.
Ia termasuk mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang adil untuk semua parti bertanding, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.

Walaupun SPR katanya bersetuju menggunakan dakwat kekal, namun agensi kerajaan itu masih berdolak-dalik berhubung tujuh tuntutan yang dikemukakan Bersih.

Mengenai kenyataan Pengerusi SPR hari ini bahawa 42,025 nama pengundi sudah digugurkan, beliau berkata SPR juga perlu melaksana cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
"Lagipun, nama yang digugur itu hanya nama yang gagal disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sedangkan banyak lagi nama yang disahkan oleh JPN tetapi ada masalah," katanya kepada Keadilandaily.com.

Sehubungan itu, katanya, SPR perlu melaksana segala tuntutan Bersih dan cadangan PSC sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Jika SPR enggan, jangan salahkan rakyat jika mereka masih melihat SPR sebagai badan berpihak untuk memenangkan parti pemerintah," tegasnya.

Perang ceramah di Kg Pisang

1 Feb 2012 ~ PASTI Al-Munir, Bandar Tasek Idaman Kg Pisang Batu Gajah Perak: "Ceramah Perdana" anjuran Dewan Pemuda PAS Batu Gajah telah mendapat kelulusan permit dari PDRM untuk adakan ceramah sempena perasmian pembukaan PASTI Al-Munir. Penceramah terdiri daripada Dato Seri Nizar,Ust Fakhrulrazi dan Abg Bob Lokman. Namun berlainan pula dengan pihak UMNO Batu Gajah yang sengaja mengadakan program ceramah yang dilihat satu program terdesak kerana mahu menunjuk sikap ingin berlawan. Ceramah tajaan UMNO tersebut jaraknya hanya 200meter di belakang lokasi ceramah PAS berlangsung.Penceramah UMNO yang penulis kenal ialah YB Rosli Terong dan YB Hamidah Sg Rapat…(yang lain Penulis tak kenal pun…haha..)

Penulis mendapat info bahawa ceramah UMNO tersebut telah diperuntukan RM60ribu .Hasil terjah penulis dilokasi ceramah UMNO ini,dilihat para pengunjungnya memang di jamu makan minum percuma dan ada acara nombor cabutan bertuah ( Penulis pun dapat juga kupon tersebut…hehehe…) .

Disamping itu juga pihak UMNO juga telah mengupah budak-budak akhir belasan tahun yang bermotosikal untuk berkonvoi dan mengarak YB Hamidah Adun Sungai Rapat kelokasi ceramah. Penulis mendapat maklumat budak-budak ini telah diupah dengan mendapat sehelai T-Shirt percuma dan sejumlah duit RM50.

Hujan telah turun diawal kedua-dua majlis ceramah ini bermula,namun kehadiran tidak berkurangan malah makin bertambah,walaupun dilokasi ceramah PAS tiada disediakan khemah sepertimana dilokasi UMNO. Dari pemerhatian Penulis kehadiran di lokasi UMNO hanyalah sekitar 500 orang sahaja,manakala dilokasi ceramah PAS kehadiran amat mengalakan hingga mencecah lebih 1000 orang.

Ceramah UMNO mendapat tamparan hebat apabila pihak Polis telah membenarkan ceramah PAS berlangsung lebih 20 minit dari masa dalam permit iaitu jam 12 malam. DSN dan penganjur mengucapkan ribuan terima kasih buat PDRM yang berjaya mengawal keadaan dan memberi lebih masa untuk PAS berceramah...

Ceramah UMNO tamat awal setelah selesai acara cabutan hadiah bertuah....sebenornye...mereka yang datang keceramah UMNO tu hanya nak makan dan hadiah tu aje...kalau tak tak ada semua tu......mungkin YB Hamidah akan ceramah dengan kerusi je....hehehe...

YB DSN sedang berceramah

Abg Bob Lokman

DSN merasmikan PASTI

Lokasi ceramah PAS...tiada kerusi,tiada khemah,tiada makan free..penyokong tetap ramai.

YB Hamidah.. time ni bukan dia berceramah,tapi sedang menyanyi....

YB Rosli Terong berkata " Jika di-ikutkan....RM500 dari BR1M hanya untuk orang UMNO BN saja....depa orang PAS tak layak..!!!"
* Nampak sesangat kamu ni tak cerdik YB Rosli...hehehe..

Penceramah ini Penulis tak kenal... tapi dia ni ustaz UMNO,tapi tengoklah mamat UMNO yang jadi penjaga tiang khemah tu....tersembol kepala lutut didepan penyokong UMNO..hehehe..

Ini penyokong UMNO yang datang singgah dilokasi ceramah PAS...mudahan pintu hatinya terbuka untuk PAS dan Menolak UMNO.
(Penulis tahu sebab Mat ni pegang risalah yang diedarkan diceramah UMNO ada ditanganya..)

784.... hahaha... Penulis pun dapat kupon cabutan bertuah.. kalau tunggu di lokasi ceramah UMNO sampai habis,Penulis mungkin dapat hadiah dari YB Hamidah...hahaha..

Kenderaan yang membawa YB Hamidah melintasi lokasi ceramah PAS yang masih rancak berlangsung...balik awal YB Hamidah...hehehe



sumber: Blog Orangni

Ceramah berkembar, lambang Paranoid Umno

Sikap kebudak-budakan jentera UMNO Gopeng kembali terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi UMNO Gopeng di bawah arahan YB Dato' Hamidah Osman mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini, 1 Februari 2012.

Sehingga kini, hanya UMNO Perak dan Melaka sahaja yang melaksanakan dasar pembutaan maklumat kepada rakyat melalui usaha menutup kehadiran rakyat ke majlis ceramah Pakatan Rakyat dengan mengadakan program ceramah serentak atau boleh dikatakan sebagai ceramah berkembar.

Jika di Barat, kita melihat demokrasi matang mereka mengakibatkan pembangkang bebas berceramah dan berpidato di merata tempat. Pihak parti lain pula akan menghormati pihak yang sedang berceramah dengan tidak menimbulkan gangguan seperti apa yang UMNO ajar kepada anak muda di Perak.

Rakyat Batu Gajah dan Gopeng dapat menilai insiden malam ini yang dimeriahkan dengan ceramah oleh Bob Lokman dan YAB Dato' Seri Ir Nizar sebagai simbol paranoid ADUN Sg Rapat (YB Dato' Hamidah Osman) terhadap kebangkitan rakyat Gopeng dan Batu Gajah yang bakal menolak beliau dalam PRU-13 nanti.

UMNO mengekalkan prestasi sebagai parti yang tidak membangunkan generasi berakhlak apabila sanggup mengupah remaja bermotor untuk membuat bising sambil memegang bendera BN di kawasan ceramah Pakatan Rakyat. Lebih lucu, beberapa remaja telah ditahan oleh polis yang berkawal di tapak ceramah kerana menunggang sambil memegang bendera.

Sekitar 300 orang yang menghadiri ceramah UMNO tanpa permit ini kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, wang kopi dan duit minyak bagi remaja motosikal yang ditaja oleh UMNO. Malah ada yang sanggup menunggu hingga 11.30 malam semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah!

Adakah UMNO menilai majlis malam ini di Kampung Pisang sebagai majlis penerangan jika kehadiran di khemah-khemah UMNO hanya disertai oleh wanita-wanita Melayu, kanak-kanak, pelajar sekolah dan para penunggang motosikal remaja bawah umur? Adakah strategi UMNO memberi penerangan dengan diupah dengan cabutan bertuah?

Rata-rata rakyat menyatakan negeri Perak boleh bangkrap kerana penerangan UMNO sebegini terpaksa menelan wang belanja sebanyak RM 60 000 hanya dalam tempoh semalam! Sedangkan ceramah Pakatan Rakyat bersebelahan hanya menggunakan modal RM 1000 sahaja!

Dari jeritan dan laungan serak suara ADUN Sg Rapat melaungkan 'Hidup UMNO' pada jam 11.45 malam melambangkan kehampaan beliau kerana majlis penerangan UMNO itu hanya dipenuhi dengan penceramah (termasuk ADUN) yang bukan berceramah sebaliknya menjerit dan menempik sehingga beberapa remaja menutup telinga di belakang khemah.

Disebabkan mereka menjerit dan melalak dengan dahsyat dengan harapan menutup pembesar suara Pakatan Rakyat, mereka hanya mampu berceramah sehingga jam 11.30 malam sahaja, manakala Pakatan Rakyat yang berceramah tenang mampu bertahan sehingga 12.20 malam. Malah 20 minit tambahan selepas jam 12 tengah malam diberi atas kebenaran OCPD Balai Polis Batu Gajah kerana awal ceramah terganggu akibat hujan.

OCPD yang bersimpati dengan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berhujan semata-mata mempertahankan majlis yang sah mendapat permit polis telah dipuji sendiri oleh YAB Dato' Seri pada muqaddimah ceramahnya.

Ternyata paranoid UMNO Gopeng akan terus mencengkam kerana ternyata sasaran mereka untuk mengatasi majlis Pakatan Rakyat memberi maklumat dan memahamkan rakyat tidak berjaya.

Jika dibincang dari aspek majmuk kaum, ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan status sebagai majlis ceramah multi-kaum yang berkesan. Sebaliknya cukup memalukan apabila ADUN Sg Rapat mengarahkan pihak urusetia majlis UMNO memasang lagu 1 Malaysia dengan kuat sedangkan majlis mereka hanya dipenuhi dengan kaum Melayu serta ceramah yang sarat dengan perkauman dan sorakan Hidup Melayu.

Kecerdikan rakyat Gopeng dan Batu Gajah kian nampak melalui kehadiran pendengar yang semakin ramai serta konsisten sehingga tamat majlis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

http://landskapsiasah.blogspot.com/

Wednesday, February 1, 2012

Takziah dari Pas Perak buat keluarga murid dipanah petir di Kuala Kangsar

PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Puan Suhila Anuar Ibu kepada Al Marhum Adik Muhammad Syafiq   atas pemergian anak kesayangan beliau ke rahmatullah semalam akibat terkena panahan petir di padang Sekolah Kebagsaan ( SK ) Mazuin, Kuala Kangsar .

Sesungguhnya warga PAS Perak turut merasai kesedihan yang dihadapi Puan Suhila Anuar sekeluarga.

Katanya, PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar buat keluarga  Puan Suhila Anuar, namun yakinlah bahawa Al Marhum yang telah meninggalkan kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT, apatah lagi beliau masih kecil.

Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada' dan solihin.


Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )


http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com

Followers