Saturday, September 4, 2010

Zam fitnah Pas - Dewan Pemuda Pas Perak buat laporan polis

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Salman turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin adalah politik jijik dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS serta menarik kembali kenyataan.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.




Zam si badut Umno yang diberi tugasan memfitnah lagi. Mungkin untuk sesuap nasi

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Sejarah tidak pernah menipu dan segala cerita sejarah ada dokumennya sendiri.

Apakah ini fitnah?

Tak payah panjang2 Ajijoi.

Apakah pembohongan 16 September 2008 akan menjadi fitnah sekiranya pendedahan ini dibuat pada tahun 2058?

Sama jugalah berkenaan dengan isu ini yang berlaku pada akhir tahun 1960an dan didedahkan pada tahun 2010.

Perangai pencacai PAS telah lama diketahui iaitu apabila terkena muka sendiri mereka akan bersuara macam keldai di dalam blog dan apabila ditanya wartawan akhbar arus perdana mengenai kelemahan mereka dalam sesuatu isu yang terkena muka sendiri, pemimpin itu akan berkata, no comment dan tidak buka mulut.

Semua orang tahu, pencacai PAS tidak pernah konsisten dalam perjuangan mereka.

Pendedahan ini sangat mengembirakan dan amat ditakuti oleh pencacai PAS.

Jadi buatlah laporan polis banyak2 kerana PAS sedang dalam ketakutan dalam politik.

Doalah kepada Allah banyak2.

Buatlah ceramah di tengah malam buta. Malam ceramah, siang tidur.

Bertempiklah di DUN dan Parlimen selagi mahu.

Buatlah konvensyen dan muktamar serta EGM.

Gelanggang politik adalah tempat bertempik siang malam bagi PAS.

Sekian.

Followers