Wednesday, September 1, 2010

Rujuk alim ulama: Umno patut belajar dan rasa malu

Apabila kita tidak faham, kurang pengetahuan tentang sesuatu ataupun tertanya-tanya apakah salah kita sehingga kita dituduh membuat sesuatu, kemanakah tempat rujukan kita?

Sebagai seorang muslim, rujukan hidup kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Segala kemusykilan dan permasalahan perlu dirujuk kepadanya. Dan untuk menjelaskan lebih mendalam akan isi kandungan al-Quran dan juga hadis, ulama adalah sebaik-baik tempat kita mendapatkan penjelasan dan jawapan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang lain (ulama

selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Ketinggian dan kemuliaan kedudukan seorang ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis ternyata bahawa seseorang ulama mempunyai penguasaan ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Mereka juga menjadi cermin dan pemimpin umat dalam menegakkan agama Allah, sanggup mengatakan perkara yang hak.

Taraf ulama adalah tinggi. Oleh itu, ulama disebut sebagai waris anbiya, malah Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Muliakanlah ulama kerana sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi. Barang siapa yang memuliakan ulama sesungguhnya mereka memuliakan Allah dan Rasul-Nya." (Hadis Riwayat Iman Khatib dari Jabir).


Satu contoh yang baik dan juga menjadi teladan kepada kita untuk menghormati dan juga merujuk permasalahan kita kepada ulama adalah apa yang berlaku kepada isu bukan Islam memasuki surau ataupun masjid.


Apabila pihak kerajaan melarang orang bukan Islam untuk memasuki surau/masjid, ini bukan sahaja memberikan tanggapan yang salah dan berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi juga dibimbangi akan menjauhkan keinginan bukan Islam untuk mengetahui lebih lanjut serta mempelajari agama Islam itu sendiri.


Bagi YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang yang diserang oleh pihak Umno akibat menyampaikan bantuan kepada sebuah surau, permasalahan yang dihadapinya itu telah dibawa kepada sumber rujukan yang betul dan tepat mengikut ajaran Islam iaitu menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan juga mendalam mengenai samada bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid ataupun tidak.


Perbuatan beliau bertemu dan bertanya kepada seorang yang alim mengenai permasalahan agama Islam adalah satu tindakan yang tepat dan bijak berbanding dengan pimpinan Umno yang hanya mengeluarkan pendapat mengenai Islam yang ternyata bukan hanya bertentangan malah memalukan dan menyempitkan pengertian Islam itu kepada kalangan yang bukan Islam.


Syabas kepada Ahli Parlimen Serdang ini dan ia adalah satu pengajaran yang cukup baik kepada pimpinan Umno serta para cerdik pandai Islam dan mufti sendiri yang menyokong Umno membuta tuli tanpa membuat apa-apa rujukan sebelum menjatuhkan hukum.


Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.





Umno bukan hanya memalukan diri mereka sendiri tetapi yang lebih memalukan adalah agama ISLAM itu sendiri.

Mereka patut berasa malu dengan keterbukaan dan penghormatan bukan Islam terhadap alim ulama kita.

No comments:

Followers