Anak-anak yatim pasti menjadi tumpuan setiap kali tiba bulan Ramadhan. Mereka akan diangkut berbondong-bondong dari hotel ke hotel untuk berbuka puasa oleh pihak-pihak tertentu sambil gambar-gambar mereka diambil untuk tatapan media demi publisiti pihak tadi.
Bulan-bulan yang selain dari Ramadhan bagaimana pula? Sunyi sepi.
Oleh kerana trend ini dilihat sebagai satu cara untuk mendapatkan publisiti dengan mudah, cara dan sumber bukan lagi dijadikan ukuran. Asalkan tercapai apa yang diinginkan.
Itulah apa yang terjadi kepada Anak-anak Yatim daripada Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ dan juga Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.
Mereka telah diangkut dengan bas ke Bukit Kiara Country Resot untuk berbuka puasa serta diberikan pelbagai barangan dan duit raya oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan judi iaitu Sports Toto.
Bukankah ianya duit HARAM? Mengapa pihak pengurusan dua buah persatuan anak yatim tadi membiarkan anak-anak yatim serta ibu tunggal disitu dijamu dengan duit haram yang jelas daripada hasil judi?
Mereka telah penat lelah dipergunakan sepanjang Ramadhan hanya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dan kini dijamu pula dengan duit haram. Dimana tanggungjawab pihak berkuasa keatas anak-anak yatim dan ibu tunggal ini? Dimana kepekaan mereka terhadap hukum duit haram?
Diharap semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi dimasa-masa yang akan datang.
Laporan daripada akhbar The Star, 3 September 2010:-
Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes
In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.
An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.
They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.
Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies. Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.
Chartered buses were specially arranged to transport the invited guests to the Country Resort.
They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous prizes.
Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child patient in Hospital Sungai Buloh. The Raya charity programme has been listed in Sports Toto’s calendar of charitable causes for many years as it is part of the company’s tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the community.
Perlukah 1Malaysia sehingga ketahap sebegini? Dimana sensitiviti umat Islam terhadap duit hasil perolehan daripada judi?
Harap Mufti Harussani ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment