Saturday, August 31, 2013
Sambutan Merdeka yang belum merdeka
Friday, August 30, 2013
Filem Melayu: Paksa Tayang & Curi Tayang
Kongsi Gelap: Dedah atau Promosi?
Thursday, August 29, 2013
Peruntukan Adun: BN bimbang ketelusan PR
Saya menyifatkan BN cukup bimbang jika peruntukan kepada ADUN PR diberikan kerana PR akan menjanjikan ketelusan setiap peruntukan dibelanjakan kepada rakyat. Jaminan ketelusan ini mendapat bantahan daripada ADUN BN melalui Datuk Khusairi yang juga sebagai Ketua Penyokong Kerajaan DUN. Walaupun isu yang dibangkitkan oleh Datuk Khusairi yang mempertikai Kerajaan Negeri PR di Pulau Pinang, Selangor dan juga Kelantan, BN lupa bahawa mereka juga yang telah menyekat wang rakyat Kelantan iaitu Royalti Minyak selama ini.
Saya juga mencabar BN agar menyerahkan kembali Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan yang kini masih diperintah oleh PR di sana. Saya meminta Datuk Khusairi dan BN mencermin diri terlebih dahulu di atas menafikan hak dan menjunjung demokrasi tulen yang tidak diamalkan oleh BN sebenarnya. Persoalan saya, mengapa perlu bimbang jika benar rakyat menerima BN dan masih menyekat peruntukan kepada ADUN PR sehingga kini!
YB HAJI ABU BAKAR HUSSIEN
Pesuruhjaya,
PAS Negeri Perak.
Sunday, August 25, 2013
Jamuan Raya Aidilfitri Surau Al-Ehsan
24 Ogos 2013 - Sekali lagi Surau Al-Ehsan menghidupkan tradisi dengan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri buat jemaah serta qariah surau. Berbagai hidangan telah disediakan buat 300 orang jemputan termasuk daripada beberapa kawasan yang berhampiran.
YB Ustaz Abu Bakar Husain selaku Pengerusi Surau Al-Ehsan telah mengepalai majlis jamuan dengan memberikan kata-kata aluan buat semua yang hadir.
Jemaah muslimin menanti waktu jamuan bermula |
Hidangan sate menjadi tarikan utama |
Terdapat juga beberapa hidangan yang lain seperti bihun sup, mee dan kotiau goreng, lemang dan rendang ayam |
Bihun sup daging |
Muslimat juga ramai yang hadir menjamu selera |
YB Ustaz Abu Bakar menjamah lemang sambil berbual dengan Cikgu Hani |
YB Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan sumbangan duit raya buat kanak-kanak |
Isteri YB Ustaz Abu Bakar, Hajjah Norain menyampaikan duit raya buat kanak-kanak perempuan |
DS Nizar sambut menantu antarabangsa
DS Nizar dan DS Fatimah menyambut kehadiran tetamu jemputan |
DS Nizar menyantuni tetamu-tetamu beliau |
Adun Sg Rapat, YB Radzi Zainon bersalaman mesra bersama Naib Presiden Pas, YB Salahuddin Ayub |
Pasangan Syaakirin dan Yang Xiao Tong (Salima) |
DS Nizar menyambut besan beliau |
Sama cantik, sama padan |
Syaheed & Nur Shazareen |
Menantu mencium tangan ibu mertua |
Dua pasangan Raja Sehari yang diraikan |
DS Nizar memberikan sedikit ucapan sebagai tuan rumah kepada majlis hari ini |
Thursday, August 22, 2013
Adun Pas buat persiapan rapi untuk Sidang DUN Perak
Menurut beliau, ini kerana adun-adun PAS Perak sudah bersedia dengan soalan-soalan mencabar yg akan menggegar sidang DUN Perak.
Jelas beliau, soalan-soalan bertulis dan lisan terutamanya akan menjadi medan untuk rakyat mendapat penjelasan dari kerajaan Barisan Nasional, dan rakyat mengharapkan semua soalan hendak lah dijawab dengan jujur oleh kerajaan negeri.
Beliau menyatakan soalan bertulis yang berkaitan dengan isu-isu rakyat perlu diberi keutamaan untuk dijawab dan masa bersoal jawab juga hendaklah cukup untuk semua soalan yg dikemukakan.
Beliau menegaskan, bahawa rakyat tidak mahu speaker hanya memilih soalan-soalan dari anggota barisan nasiaonal sahaja, sebaliknya mesti adil dan saksama terhadap Adun-adun pakatan rakyat.
Justeru beliau menyeru agar rakyat tidak lepaskan peluang untuk mendengar perbahasan dari adun PAS dan raka-rakan pakatan rakyat yang lain. Pastinya adun-adun pakatan rakyat akan mengetengahkan isu-isu rakyat.
Tuesday, August 20, 2013
CCRIS TERHADAP PEMINJAM PTPTN : SATU LAGI PROJEK MENJERUT RAKYAT
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai bulan ini. DPPM menganggap tindakan terbaharu kerajaan ini sebagai zalim kerana akan menggelapkan masa depan peminjam khususnya dari golongan generasi muda. Apakah ini hadiah paling berharga dan mahal bagi kerajaan terhadap rakyatnya khususnya golongan muda yang memberi undi kepada mereka dalam PRU ke 13 yang lalu?
Kerajaan bersikap tidak prihatin dan menunjukkan belas kasihan khususnya kepada golongan generasi muda. Kebanyakan anak muda pada hari ini terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan bukan semua yang bertuah mendapat kerja. Ada kalangan graduan yang tidak bekerja tetap selama bertahun-tahun lamanya atau bekerja dengan pendapatan yang rendah dan di bawah kelayakan akademik mereka. Dengan hutang PTPTN yang masih ditanggung, mereka juga mempunyai komitmen lain seperti mahu berkeluarga, rumah, kenderaan, ibu bapa dan lain-lain yang mesti diselesaikan.
Melaksanakan sistem ini bererti menyenaraikan golongan ini sebagai senarai hitam di Bank Negara dan secara automatik peminjam tidak layak membuat pinjaman dengan bank untuk apa juga urusan seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain lagi. Jika cadangan ini dilaksanakan, golongan muda akan lebih menderita untuk menampung kehidupan mereka yang baru bernafas di alam realiti setelah tamat pengajian.
Sepatutnya kerajaan menunjukkan jalan keluar dan bersimpati terhadap golongan muda yang sedang terkial-kial mencari kehidupan. Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran dan mengikut kadar kemampuan mereka.
Tindakan kerajaan menggunakan CCRIS berkemungkinan melanggar akta PTPTN sendiri kerana senarai hitam (blacklist) tidak diperuntukkan di bawah Akta PTPTN. Ini berbeza dengan tindakan menyekat peminjam yang gagal melunasi PTPPTN ke luar negara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22A Akta PTPTN.
Dalam keadaan hutang syarikat gergasi yang dimiliki oleh kroni pemimpin tertentu seperti Eric Chia sebanyak RM 2 bilion, konglomerat Tajuddin Ramli sebanyak RM 580 juta, hutang Datuk Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM 250 dibayarkan atau 'bail out' oleh kerajaan, mengapa hutang peminjam PTPTN begitu diteliti sehingga sanggup memburu mereka dengan tindakan yang begitu agresif? Apakah kroni pemimpin negara yang jumlahnya beberapa kerat itu lebih bernilai dari jutaan rakyat yang hidup merempat di bumi mereka sendiri?
Jika beginilah dasar kerajaan, ia menunjukkan wajah sebenar pemimpin negara terhadap rakyat. Ketika rakyat dirayu, ditatang, dijulang dan di sogokkan dengan pelbagai hadiah menjelang PRU ke 13, rakyat itu pula diratah dan di dimamah sehingga menderita selepas mereka mendapat undi rakyat.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Friday, August 16, 2013
Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir
Thursday, August 15, 2013
Pemuda PAS Perak kutuk kekejaman tentera Mesir
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengutuk sekeras kerasnya tindakan pihak keselamatan Mesir dalam menangani permasalahan rampasan kuasa di Mesir sehingga menyebabkan orang awam menjadi mangsa korban.
Ketuanya, Ustaz Zawawi Hassan berkata, pihak keselamatan Mesir sewajarnya mengutamakan nyawa dan keamanan orang awam daripada menjadi mangsa korban yang semakin meningkat.
Menurutnya, perhimpunan rakyat berlaku secara aman dan sekadar menuntut hak yang dirampas dan tidak wajar berakhir dengan pertumpahan darah serta kehilangan nyawa.
"Umat Islam seluruh dunia perlu bangkit menyatakan bantahan keras terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Mesir yang tidak berdosa.
"Kami sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di Mesir sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakah 15 Ogos lalu.
Adun Gunong Semanggol itu menjelaskan, Pemuda PAS mengharapkan kerjasama daripada semua mahasiswa di Mesir agar mematuhi arahan dan pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Keluarga Pelajar pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM).
Media juga katanya berperanan melaporkan setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku tanpa meletakkan kesalahan kepada rakyat, sebaliknya perlu melihat dan menilai tindakan kejam yang diambil oleh pihak keselamatan terhadap orang awam.
"Pihak kami menyokong sepenuhnya kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan yang menegaskan hanya melalui perbincangan dan rundingan serta mengembalikan kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang sah akan memulihkan keadaan.
"Secara pasti, gerak kerja menyebarkan dakwah islam akan sentiasa diuji dan menuntut pengorbanan yang tinggi," jelasnya lagi.