Wednesday, July 11, 2012

Kita gagalkan propaganda jahat Umno melalui media baru - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, 11 Julai,  kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat, ini kerana kita  berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan  televisyen selama ini, Jelas Ustaz Abu Bakar Hussian yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam  peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu, hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.

Memetik ucapan beliau:

" Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya  Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali" Kita tahu apa strategi jahat Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.

" Umno guna RTM  tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat".

"Namun kini saya yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya , tapi rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru"

" Facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno"

" InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini". Tegas beliau.

http://ustazabubakar.blogspot.com/

http://perak.pas.org.my/


No comments:

Followers