Monday, July 9, 2012

Hairie Othman & Leman Raja Lawak laku di Perak


Hairie Othman dan juga Leman Raja Lawak tidak menang tangan memenuhi jemputan untuk berceramah di seluruh pelusuk negeri Perak.

Semenjak menyerahkan borang sebagai ahli Pas, jemputan ceramah buat mereka datang mencurah-curah.

"Walaupun saya ni orang Kedah, tapi jemputan untuk ceramah di Kedah setakat ini baru sekali, yang lainnya semua di Perak. Kami berdua terpaksa pusing satu Perak untuk berceramah setiap malam," ujar Hairie kepada saya. "Kalau shooting filem dan drama sekali pun, taklah sesibuk sekarang ni, Alhamdulillah orang ramai boleh menerima kami berceramah di pentas PAS," tambah beliau lagi.

Populariti dan aura mereka berdua semakin meluap-luap sehinggakan beberapa kawasan Pas di Perak ini berebut tarikh untuk menjemput mereka berceramah di tempat mereka.

"Jumaat ni, sampai 4 tempat ceramah di Perak ni penaik poster nama kami, pening juga nak puaskan hati mereka dalam satu malam. Kena susun baliklah jadual kami ni," tambah Leman dalam perbualan kami.

Mereka berdua yang saya jumpai selepas ceramah di Pengkalan Pegoh, Ipoh bersama dengan Dato' Tarmizi Mat Jam begitu gembira dengan sambutan yang diberikan di negeri Perak.

Gambar-gambar sekitar ceramah:-

















No comments:

Followers