Tuesday, July 31, 2012

Program Qaryah Ramadhan di Pusat Motivasi At-Taqwa


Alhamdulillah. Bulan Ramadhan menjanjikan kebaikan, keberkatan dan juga pahala yang berlipatganda buat umat Nabi Muhammad SAW.

Disamping diwajibkan berpuasa, kita juga disarankan agar terus menerus menimba ilmu sepanjang bulan Ramadhan ini.

Dengan kesedaran yang demikian, Pusat Motivasi At-Taqwa telah menyediakan beberapa program ilmu buat anda semua sepanjang bulan Ramadhan ini.


PROGRAM QARYAH RAMADHAN 
 TEMA : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU 

TEMPAT : KOMPLEKS TARBIYYAH RAUDHATUL JANNAH (KOTARAJA) 
AIR TERJUN DUSUN SG. MERU, IPOH, PERAK 

4 Ogos 2012 | Sabtu | 7.00 malam 
MAJLIS BERBUKA PUASA,TERAWIH & TAZKIRAH 
oleh UST. OTHMAN IBRAHIM ( Pelopor program Qiamullail &Zikir Munajat 1980an) 

5 Ogos 2012 | Ahad | 4.00 pagi 
QIAMULLAIL oleh UST. OTHMAN IBRAHIM, SAHUR & KULIAH SUBUH

5 Ogos 2012 | Ahad | 10.00 pagi 
CERAMAH PERDANA 
oleh UST HISHAMUDIN ABD. AZIZ. (Penceramah terkenal dari Kuala Lumpur) 

6 Ogos 2012 | Isnin | 10.00 pagi
FORUM PERDANA 
oleh UST. KHAIRUL IKHWAN ZAKI & UST ABDULLAH KHAIRI 

SEMUA DIJEMPUT HADIR | PERCUMA | SEBAR

Marilah beramai-ramai untuk menuntut ilmu sambil menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan al mubarak ini.
Semoga madrasah Ramadhan ini akan kita penuhi dengan majlis-majlis ilmu dan keluarnya kita nanti dengan segulung ijazah taqwa. 

Friday, July 20, 2012

Perutusan Ramadhan Al Mubarak oleh Pesuruhjaya Pas Perak

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin,Syiria, Myanmar dan di seluruh belahan bumi umat Islam di dunia ini.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Ustaz Abu Bakar Hussain

(Pesuruhjaya PAS Perak)

http://perak.pas.org.my


Ambil semangat rakyat Timur Tengah untuk tumbangkan Umno/BN

Kebangkitan rakyat di Timur Tengah dalam melakar perubahan memberi kemenangan rakyat harus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam melakar perubahan. 

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, perubahan yang berlaku dalam dunia Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan rakyat hari ini.

Namun katanya, ia berlaku dalam mana pengorbanan rakyat menuntut suatu pilihan raya yang adil dan bersih.

" TerkiniPAS melalui Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah menziarahi pemimpin-pemimpin baru dunia Arab dan ucap tahniah kepada pemimpin dan rakyat timur tengah".

"Ini melambangkan jika pilihan raya itu bebas dan adil rakyat akan membuat pilihan secara bebas, dan ianya membuka kepada perubahan yang sebenar," katanya.

Beliau menyatakan, perubahan di Timur Tengah itu akan memberikan lonjakan positif kepada Malaysia, dalam menentang sebuah kerajaan yang zalim, rasuah dan mengongkong rakyat. 

"Kerajaan yang zalim, rasuah dan tidak terbuka tidak akan kekal selamanya, dan ini dibuktikan di Timur Tengah," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak boleh lagi menerima suatu sistem yang mengongkong, menindas dan menzalimi hak rakyat seperti yang berlaku di Timur Tengah.

Tidak mustahil, tekanan yang sama dirasai oleh rakyat Malaysia akan membawa kepada perubahan yang sama dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

http://perak.pas.org.my/


Thursday, July 19, 2012

Pas Bagan Datoh kesal kerajaan tidak pedulikan nasib pekebun pisang


PAS Bagan Datoh simpati terhadap nasib pekebun pisang yang tidak dibantu oleh kerajaan Perak setelah ribuan hektar tanaman pisang musnah akibat serangan penyakit Moko atau dikenali sebagai penyakit layu bakteria pisang. Para pekebun pisang hilang punca pendapatan, tanaman pisang adalah sebahagian punca pendapatan orang kampung. Bagi menyara kehidupan sekeluarga, Jelas Ustaz Misbahul Munir yang merupakan Yang Di Pertua PAS Bagan Datoh.


Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bacteria. Nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, dan kacang tanah.

Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Penyakit ini sukar dikawal kerana ia berjangkit melalui penggunaan peralatan seperti parang, cangkul atau pisang. Pokok lain akan dijangkiti Moko sekiranya peralatan yang sama digunakan.


Di atas keprihatinan terhadap masa depan para pekebun, Pakatan Rakyat Bagan Datoh telah menubuhkan Badan Bertindak Pekebun-pekebun Pisang yang diketuai oleh Sdr. Ramle @Arifin Husein. Badan Bertindak yang ditubuhkan ini akan berfungsi mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ini. Badan Bertindak ini juga akan menuntut pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian negeri agar memberi pampasan kepada para pekebun sebagaimana pekebu pisang di Sabak Bernam, Selangor  yang diberi pampasan RM 1500 setiap hektar ke atas tanaman pisang yang musnah akibat serangan penyakit Moko, Jelas Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.


PAS Kawasan Bagan Datoh juga kesal di atas sikap kerajaan yang langsung tidak peka terhadap kesengsaraan para petani yang kehilangan punca pendapatan akibat serangan penyakit Moko. PAS Kawasan mendesak kerajaan memberi saguhati pampasan ke atas para petani sebagaimana petani di Sabak Bernam yang diberi saguhati sebanyak RM 1500 setiap hektar, tegas beliau.


Saturday, July 14, 2012

Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai 2012 (Part 2)


KUALA LUMPUR (14.7.12): Hanya 10 orang wakil-wakil daripada ANAK dan NGO-NGO yang pergi menyerahkan memorandum kepada pihak istana dengan diiringi oleh pihak polis. Manakala pimpinan yang lain, meneruskan ucapan-ucapan mereka buat hadirin yang dianggarkan sebanyak hampir 10 ribu orang itu.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

CheguBard

Tamrin Tun Ghafar Baba

Dr Hatta Ramli

Datin Seri Fatimah Taat (isteri DS Nizar) serta anak-anak turut serta dalam Himpunan Oren hari ini

Dato' Seri Nizar Jamaludin

Pihak polis yang berbincang untuk membawa wakil-wakil Himpunan Oren ke Istana Negara. Sdr Fadzil (polis berkacamata) tersipu-sipu apabila namanya disebut oleh DS Nizar sebagai memberikan kerjasama yang baik di dalam himpunan kali ini

Haji Razman (berketayap putih, kanan) sedang berbincang sesuatu dengan pihak polis



Semuanya diarahkan duduk sementara menunggu kepulangan wakil-wakil menyerahkan memorandum kepada pihak istana

Entah budak mana ni...tergamit-gamit meminta di ambil fotonya (hehehe)

DS Nizar juga meniup serunai untuk menghangatkan lagi suasana

Wakil daripada Felda turut berucap





Pakcik ni antara 8 orang yang menghalang penyenaraian Felda ke Bursa Saham. Kumpulan 8 orang inilah yang digelar 'Haram Jadah' oleh Najib Razak

Najib Razak bakal disaman sebanyak RM80 juta kerana menggelar peneroka Felda ini sebagai 'Haram Jadah'

Ustaz Idris Ahmad

Tuan Haji Razman, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak

Unit Amal berkawal untuk menyambut kepulangan wakil-wakil yang menyerahkan memarandum


Sekali lagi pihak polis (dengan diiringi oleh Unit Amal) datang untuk mengadakan perundingan dengan pihak penganjur Himpunan Oren

Himpunan kali ini betul-betul aman, abang polis ni sempat mengayat dengan awek semasa berkawal

Tuan Haji Mohamad Sabu pulang setelah selesai penyerahan memorandum

Begitu juga dengan Tamrin Tun  Ghafar Baba

Dr Rosli Yaakop sedang memberikan wawancara kepada wartawan Malaysiakini sejurus pulang daripada menyerahkan memorandum

Pihak penganjur mengumumkan kejayaan Himpunan Oren hari ini dengan pihak istana telahpun menerima mengadap wakil-wakil mereka dan juga menerima memorandum yang dibawa. Orang ramai diminta bersurai secara aman tepat jam 4 petang.

Banner yang digantung dipagar Masjid Wilayah. Sudah semestinya daripada pihak pengurusan Felda, bukannya peneroka 
  
Sempat penulis bergambar dengan Tamrin Tun Ghafar Baba sewaktu bersurai 

Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai 2012 (Part 1)


KUALA LUMPUR (14.7.12): Demonstrasi aman Himpunan Oren Selamatkan Felda telah diadakan hari ini dengan bermulanya solat berjemaah Zohor dan Hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selesai solat, orang ramai berarak ke Istana Negara dengan dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu serta pimpinan-pimpinan yang lain. Beberapa NGO telah turut serta di dalam perhimpunan aman anjuran ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) ini.

Memorandum yang berisi 8 tuntutan akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung diakhir perhimpunan nanti.

8 tuntutan tersebut adalah 1) Pecat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, 2) Batalkan pinjaman bank peneroka, 3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantation, 4) Selesaikan tuntutan-tuntutan peneroka, 5) Hapuskan hutang-hutang peneroka, 6) Lindungi tanah-tanah peneroka, 7) Jamin kepentingan masa depan generasi ke 2 & 3, 8) Batalkan Felda Plantation dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda.

Saya telah berkesempatan untuk bersama-sama di dalam perhimpunan aman hari ini. Berikut adalah gambar-gambar yang saya rakamkan di hari yang bersejarah ini.



Masjid Wilayah Jalan Duta

Selesai solat

Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop

Perarakan bermula

Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai

Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar

Barisan pimpinan 



Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman


Berarak menuju ke Istana Negara



Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad


Pemimpin dibarisan hadapan

Ceria biarpun dibawah terik mentari


Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara



Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai

Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama

CheguBard juga tidak mahu ketinggalan

Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren

Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu?

...bersambung

Followers