Friday, April 13, 2012

Futsal Padang 5 sebelah bawah 12 tahun Piala Radzi Zainon


IPOH (11.4.12): Bersempena dengan cuti umum pertabalan Yang Dipertuan Agung Rabu lepas, UPU Desa Pakatan telah menganjurkan pertandingan Futsal 5 sebelah bawah 12 tahun dengan Piala Radzi Zainon ditawarkan sebagai rebutan. 

Sdr Radzi Zainon, Timbalan YDP Pas Gopeng, yang juga bakal calon di Dun Sg Rapat telah berbesar hati untuk menghadiahkan 2 buah piala iaitu Johan Futsal 5 Sebelah dan juga piala penjaring terbanyak. 

16 pasukan telah mengambil bahagian kali ini walaupun menurut pihak penganjur, mereka terus menerus menerima borang penyertaan daripada seluruh kawasan Gopeng, namun terpaksa mengekalkan hanya 16 pasukan terawal mendaftar untuk memudahkan urusan pertandingan. Jika tiada aral melintang, pertandingan yang serupa bakal diadakan lagi dengan skala yang lebih besar bagi menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Meskipun terdapat saingan di saat-saat akhir daripada Hamidah Osman yang juga mengadakan program hampir serupa di padang sekolah berdekatan, kehadiran ibu bapa dan orang ramai yang melebihi jangkaan awal telah memberikan satu impak yang positif kepada pihak penganjur untuk terus mengadakan program-program riadah kemasyarakatan sebegini di masa-masa akan datang.

Papan kenyataan sebagai sumber informasi kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian

Pertandingan yang sihat dan menyerlahkan bakat-bakat muda dalam arena bolasepak

Setiap pasukan mempunyai pemain yang pelbagai umur dan saiz tubuh badan, namun tetap bersatu sebagai satu pasukan yang mencari kemenangan


Sdr Radzi Zainon cukup gembira dengan kejayaan program futsal ini

Untuk mencapai kemenangan, bukan sahaja terletak dibahu pemain tetapi juga  pengurus pasukan yang bertungkus-lumus memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik (Pengurus pasukan mana ni yang dah macam Mak Enon cekak pinggang aje...macam darai siam pun ada...)



Banyak aksi-aksi menarik dapat dilihat di setiap permainan

Ramai keluarga yang bersantai bersama sambil menonton pertandingan futsal ini

Mengatur strategi untuk menang

Piala yang dipertandingkan (Besar dan berat macam piala Euro 2012 pulak)

Seronoknya dapat berkumpul memberikan sokongan kepada anak masing-masing

Peniaga juga turut memeriahkan suasana


Letih sangat ke dik???

Bihun Bukhari disediakan buat pemain

Jangan berebut, cukup untuk semua

Pemain belum makan, Pengurus dah tibai dulu (Pengurus lebih letih dari pemain kot)

Carta keputusan menjadi perhatian

Ini bukanlah pemenang, cuma bergaya bersama piala untuk menghangatkan Midah di padang sebelah

Penulis pun nak merasa juga 

Banner original pertandingan

Inilah banner program satu lagi yang sentiasa menjadi pengikut dan pengiring setia kemana saja Pas Gopeng mengadakan program, terutamanya program Radzi Zainon, idola Hamidah. Apabila ada yang meniru dan mengikut kita, sudah tentulah kita lebih popular dan kehadapan daripada mereka. Sesuai benar tempat gantungan banner ini, di tepi longkang besar, buat yang suka cakap besar.

SESI PETANG

Perlawanan Pertunjukan diantara AJK Penganjur dengan Wakil Persatuan Penduduk Taman Pinji Mewah 

Pasukan yang bertemu di pertandingan akhir : Muslimin United drpd Seri Raia vs RPT Pegoh Seberang B 


Cenderahati kepada pengadil



Pasukan yang bertanding menantikan acara penyampaian hadiah

Pasukan Perseri mendapat hadiah di tempat ke-empat

Tempat ketiga (RM80) dimenangi oleh 'Lightning Flash' daripada Pinji Perdana

Naib Johan - Muslimin United daripada Seri Raia dengan hadiah wang tunai RM120

Johan Futsal Padang 5 Sebelah Bawah 12 Tahun kali ini jatuh kepada pasukan  RPT Pegoh Seberang B dengan membawa pulang Piala Radzi Zainon dan juga wang tunai sebanyak RM200 beserta hamper

No comments:

Followers