Saturday, December 17, 2011

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9. 

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar)dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. 

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. 

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. 

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Agenda Yahudi telah bermula di Malaysia.

Siapa IMF, WTO, Bank Dunia dan pertubuhan lain di negara maju sebenarnya yang dibelakangnya 'Pembuli Tegar Sepanjang Zaman'.

GFI tidak terkecuali dihuni oleh Tangan Rahsia.

Janganlah kita pula ingin menjadi Penyambung Lidah Biawak Yahudi.

Protokol 7 menyebut, "Kita mesti memaksa kerajaan2 GENTILE untuk mengambil langkah2 mempromosikan rancangan menyeluruh kita yang semakin berjaya menghampiri matlamatnya melalui tekanan stimulasi pendapat awam yang sebenarnya telah kita susun dengan pertolongan 'KUASA HEBAT' MEDIA".

Begitulah hebatnya peranan media untuk menyampaikan PROPAGANDA, KEBEBASAN dan IDEA Yahudi.

Dalam tidak sedar kita pula ego dalam politik murahan menjaja maklumat dari luar negara, membakar diri sendiri kerana menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat dalam pilihanraya.

Kita harus sedar perebutan kuasa politik adalah alat Yahudi memerangkap GOYIM atau GENTILE untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan termasuklah di Mesir, Libya, Syria, dan negara lain yang rakyatnya bodoh. Apa tidaknya mereka terperangkap dengan AGENDA YAHUDI.

Harus diingat Protokol 10, para 19 menyebut "....tidak dapat dielakkan bagi kita untuk mengganggu hubungan di antara rakyat dan kerajaan mereka di semua negara....".

Tidak lama dulu, Ajijoi ada memasukkan artikel mengenai Yahudi dalam blog ini.

Alangkah GOYIMnya kalau SEKADAR dibaca tetapi TIDAK DIHAYATI.

Bacalah buku banyak2, barulah kenal siapa Yahudi.

Saya baca buku antaranya ialah JEWS INTERNATIONAL oleh Henry Ford, YAHUDI MENURUT AL-QURAN, HADIS, TAURAT & INJIL (Wan Mohamad Ridzuan), BURY MY HEART AT WOUNDED KNEE (Dee Brown), CONFESSIONS OF AN ECONOMIC HIT MAN (John Perkins), THE SECRET HISTORY OF THE AMERICAN EMPIRE (John Perkins), A SHORT ACCOUNT OF THE DESTRUCTION OF THE INDIES(Bartolome De Las Casas), WHY TEH WEST HAS WON (Victor Davis Hanson) dan banyak lagi.

Buku2 ini banyak maklumat dan pengetahuan boleh diperolehi walaupun belum mencukupi untuk mengetahui AGENDA YAHUDI dan DUNIA BARAT.

Alangkah buruknya kalau kita menjadi PENYAMBUNG LIDAH BIAWAK dan MATLAMAT YAHUDI sekiranya kita menerima bulat2 media Barat tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.

Sekian.

Followers