Sunday, November 28, 2010

POLITIK PERKAUMAN UMNO MENJAUHKAN ORANG MELAYU DARI DASAR PERJUANGAN ISLAM

IPOH, 26 November, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, hari ini menyatakan bahawa UMNO cuba menipu orang Melayu dengan membangkitkan isu perpecahan Melayu yang kononya sedang berlaku di Perak.

Menurut beliau, UMNO merasakan kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan orang Melayu. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan kesatuan Melayu. Hanya bezanya ialah kesatuan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan apa yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan sentimen perkauman yang sempit.

Beliau menyatakan lagi, bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan ummat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam.

Memetik ucapan beliau, “ Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS ” “ Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai UMNO dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. UMNO adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam ”

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, UMNO sebenarnya gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar "Melayu" yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela "demi kepentingan Melayu", adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS.

UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di Negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan "lemah" mereka adalah hasil dari perjuangan "Melayu" yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah, tegas beliau.

Gesa kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI

Gesa Kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI

Suatu ketika dahulu saya pernah mengikuti program tarbiah di sebuah Madrasah di Melaka. Madrasah tersebut juga dilengkapi dengan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk pentarbiahan seawal 5 tahun bagi masyarakat sekitar kawasan madrasah berkenaan.

Hebatnya kanak-kanak Pasti tersebut, mereka mampu membaca doa wehdah dengan cukup fasih, lantang dan bersemangat walaupun masih kecil. Doa yang dibaca oleh para sahabat Rasulullah dan para mujahidin Islam sejak zaman khulafa’ Islam cukup meruntun jiwa kita jika berpeluang menyaksikannya.

Saya yang tidak pernah berpeluang menjadi pelajar PASTI juga berasa ketinggalan mengenangkan betapa bersedianya mereka memikul tanggungjawab menjaga ummah pada umur yang akan datang.

Pada pandangan saya, disebabkan itulah kerajaan negeri Melaka cukup ‘jaki’ dan anti terhadap PASTI di sana. Ya, generasi Al Quran yang diasuh melalui PASTI bakal menghumban jauh ideologi sekular dan kerosakan aqidah di sekuruh Melaka jika mereka terus menerima tarbiah berpanjangan selepas selamat berkonvokesyen di PASTI.

Lihat sahaja nasib 4 PASTI (Bukit Rambai, Krubong, Ayer Keroh dan Teluk Mas pernah dihadapkan ke Mahkamah sejak 2003 lagi demi mengesahkan aktiviti perobohan insttusi mulia tersebut. Namun kerajaan gagal mendapat perintah merobohkannya pada 2009 kerana hakim memutuskan operasi PASTI berkenaan adalah SAH menurut undang-undang negeri. Bayangkan 3 hakim bertukar ganti, 23 kali kes berlegar di mahkamah semata-mata mencari keabsahan untuk merobohkan PASTI sebuah tadika Islam. Kini Pasti Jaya Ihsan Bukit Katil pula menjadi mangsa kerahan kerajaan negeri untuk dirobohkan atas nama Akta Pengambilan Tanah.

Usaha menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat ahli PAS dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan.

Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) dan kemudiannya berdikari atas nama PASTI .

Di Perak, para pemuda PAS perlu bersedia mempertahan institusi ini bersedia atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap PASTI di negeri ini.

Justeru PASTI wajib dipertahankan oleh seluruh masyarakat Islam atas jasa dan kurikulumnya yang bercita tinggi untuk agama dan negara.

Muhamad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Friday, November 19, 2010

Qurban Hidayah

IPOH (18 Nov): Sekolah Menengah Hidayah, Rapat Setia, Ipoh mengadakan ibadah qurban pada hari raya kedua. Dua ekor lembu dan seekor kambing disembelih oleh guru dan kakitangan sekolah serta dibantu melapah dan memotong daging oleh pelajar-pelajar sekolah dan ibu bapa.

Gabungan tua dan muda saling membantu

Masing-masing mempunyai peranan dalam menjalankan tugas

Pelajar sekolah rendah juga tidak mahu ketinggalan menimba pengalaman

Melapah kepala lembu

Meriah bekerjasama



Mualimah dan para ibu menyediakan masakan

Semangat kerjasama yang tinggi

Umno Perak akur kuasa blog dan facebook


Kesilapan tarikh perayaan Aidil Adha yang dilakukan Umno Perak di banner-banner mereka (gambar bahagian atas) telah mendapat teguran (tidak kurang juga kecaman) daripada orang ramai melalui blog-blog dan juga laman facebook.

Namun begitu, kesilapan tersebut telahpun diperbetulkan (gambar bahagian bawah) agar rakyat tidak lagi terkeliru.

Begitulah kuasa blog dan juga facebook yang kini semakin meluas penggunaannya serta begitu berkesan dan berpengaruh didalam menyatakan sesuatu kesilapan mahupun kebenaran.

Umno Perak telah akur akan kuasa media baru tersebut dengan membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Semoga segala tindak tanduk Umno Perak kemudian hari disemak terdahulu (terutamanya yang berkaitan dengan agama) sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2010 - Penyediaan jamuan


Apa bendanya ni? Roket Apollo ke? Atau roket DAP? Orang Perak memang tak pernah tengok benda ni.

Inilah cara memasak nasi yang popular di negeri Kedah. Seri Kedah namanya. Haji Omar menempahnya khas untuk kegunaan surau bila setiap kali mengadakan jamuan. Dan pada Hari Raya Aidil Adha inilah pertama kali ianya digunakan.

Ustaz Faisol gembira kerana 'apollo' berjaya memasak (mengukus) nasi dan lemang sekaligus

Ustaz Faisol yang bertindak sebagai tukang masak hari ini bergambar bersama pembantunya, En Radzi

Beras dimasak didalam 11 talam dan lemang diikat sekelilingnya dengan air rebusan didalam kawah, lalu ditutup dengan bekas berbentuk 'apollo' sehinggalah nasi masak

Bergambar kenangan dengan hasil masakan yang menjadi

Haji Kassim, Haji Rahim, Tuan Guru Haji Abu Bakar, Ustaz Faisol dan Haji Omar

Orang kuat muslimah yang juga tukang masak surau, Hajjah Mazidah dan Kak Nah

Tempat pengumpulan daging untuk diagihkan yang diletakkan dibawah tanggungjawab saya, membuatkan pergerakan agak terbatas untuk mengambil gambar dengan lebih banyak dan lengkap untuk laporan kegiatan hari ini

Peserta dan petugas majlis ibadah qurban menjamu selera dengan makan tengahari yang lazat

Semoga ibadah qurban akan berterusan dilakukan oleh warga kariah Surau Al-Ehsan pada tahun-tahun mendatang dengan kemeriahan bergotong-royong dalam suasana ukhuwwah mesra mengikat silaturrahim penduduk setempat.


Thursday, November 18, 2010

Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2010 - Pemotongan daging dan tulang


Kerja-kerja pemotongan daging serta tulang menjadi lebih cepat dan senang tahun ini apabila ramai tenaga yang datang membantu. Kebanyakannya daripada tenaga muda yang mula berjinak-jinak dengan ibadah qurban tahun ini.

Suatu perkembangan yang baik dan sihat kerana para pemuda inilah yang bakal mengambil alih tampuk pengurusan ibadah qurban di Surau Al-Ehsan tahun-tahun mendatang. Kami dipihak surau amat mengalu-alukan penglibatan pemuda di dalam program-program anjuran surau.

Saudara Nizam yang kurang berupaya juga tidak mahu ketinggalan memenuhi hari rayanya dengan melakukan ibadah qurban. Anda yang sihat wal-afiat takkan hanya duduk dirumah saja?

Keluarga Zaki bertungkus-lumus mengerjakan lembu No. 1

Daging-daging yang telah siap dipotong, ditimbang serta dibungkus mengikut kiraan dan pembahagian yang telah ditetapkan

Carta cara pengagihan dan pembungkusan daging disediakan untuk rujukan semua


Zul seronok dapat bergambar, tapi jaga-jaga pisau ditangan tu

Bahagian pemotongan tulang oleh Bob dan Abang Din

Bob memang rajin orangnya. Amat disenangi kemana saja dia pergi

Geng Kapak yang berehat sebentar setelah penat lelah menghayun kapak membelah tulang-tulang 9 ekor lembu

Pagi Raya Aidil Adha 2010

IPOH (17 Nov): Pada pagi raya Aidil Adha, Surau Al-Ehsan dipenuhi dengan jemaah yang datang berpusu-pusu bersama keluarga.

Solat sunat Aidil Adha dimulakan jam 8.30 pagi dengan Ustaz Rosman Bin Abdul Aziz bertindak selaku Imam dan Khatib.

Khutbah yang dibacakan oleh Ustaz Rosman berkisar mengenai khutbah Nabi Muhammad SAW yang lebih dikenali sebagai Haji Perpisahan (Haji Wada').

Jemaah bersalaman sambil berpelukan setelah selesai sonat sunat Aidil Adha. Ada juga yang mengalirkan airmata

Semangat ukhuwwah dikalangan kariah surau begitu erat

Jamuan raya untuk semua. Bihun sup, nasi goreng, lemang, laksa, kuih muih dan macam-macam lagi

Menjamu selera bersama sebelum memulakan kerja-kerja qurban

Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2010 - sembelih dan lapah


Tahun ini, saya kurang mengambil gambar kerana ditugaskan dimeja pendaftaran dan pengagihan daging. Namun begitu, sempat juga saya men'ceplos'kan diri ketengah padang untuk memenuhi ruangan blog ini dengan gambar-gambar qurban buat tatapan anda semua.

Tuan Haji Rahim melakukan sembelihan

Lembu yang telah diikat

Alamak, baru tengok pisau Rambo Zaki saja, lembu tu pun dah pengsan

Kerja melapah dilakukan oleh Chor Lambor dengan diperhatikan oleh pemuda

Yop Sudin melapah dengan dibantu oleh para pemuda

Haji Rahim melapah bersama rakan-rakan

Nak bawa kemana tu? Macam pernah tengok je adegan ni? Ingat lagi kejadian di Selangor dulu.....?

Aqil Mubashir sedang tekun melapah

Muslimat juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan penyembelihan

Haji Dzulfida melakukan penyembelihan


Lembu yang telah disembelih

Ramai sungguh tenaga muda yang membantu tahun ini

Kapak bergaya

Chor Lambor mengapak tulang lembu

Yop Sudin memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muda

Haji Hani dan Haji Yusoff memerhatikan kerja-kerja melapah

Followers