Tuesday, August 24, 2010

Hamidah berbelanja sakan di Ramadhan ini

Banner YB Hamidah kelihatan bertebaran sekitar Dun Sg Rapat tanpa mengira tempat. Sehinggakan empat (4) jenis banner yang berlainan tetapi menggunakan gambar dia (yang telah diedit dan 'dicuci mukanya') yang sama.

Turut menjadi tanda-tanya ialah adakah kesemua banner-banner di mempunyai lesen dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan?

Beriya-iya benar Hamidah mempromosikan dirinya akibat terkesan daripada gerakerja bekas calon PAS di Dun Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang istiqamah dengan membantu warga Sungai Rapat melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat sejak sekian lama.

Jika tidak masakan tiba-tiba saja muncul Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat miliknya begitu hampir dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat yang dibawah seliaan Ustaz Radzi Zainon.

Oleh kerana perasaan tergugat tersebut, Hamidah membelanjakan jumlah wang yang besar untuk mendapat tempat dipandangan pengundi-pengundi Sg Rapat.

Dalam keghairahan Hamidah menjadi model untuk banner-banner tersebut, ramai warga Sg Rapat yang bertanya dimana gambar-gambar Menteri Besar Umno, Dr Zambry menghilang?

Adakah ini satu strategi Hamidah untuk mengenepikan Zambry? Meletakkan dirinya lebih terkehadapan ataupun popular berbanding dengan Zambry?

Daripada mana pula Hamidah mendapatkan sumber kewangan yang begitu banyak untuk mencetak banner-banner itu {bayangkan berapa jumlahnya untuk meletakkan 4 banner disetiap simpang jalan?} serta pelekat poster-poster disetiap bungkusan kurma dan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma itu {contohnya: gambar-gambar dibawah}?

Ditambah lagi dengan perbelanjaannya untuk menghulurkan bantuan kepada warga Sungai Rapat menjadikan satu jumlah wang yang begitu besar dibelanjakan oleh Hamidah pada Ramadhan kali ini.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]




sumber: wartasgrapat blog

Orang yang tergugat dan terdesak sanggup buat apa saja. Sedikit itu indah, berlebih itu orang menyampah.

2 comments:

Anonymous said...

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/08/menjawab-tuduhan-fitnah-dari-blog.html

sy membaca pd blog tersebut dan blog saudara.

Kenapa saudara timbul hasat dengki kerana adun aktif membantu rakyat?
bukankah itu tangungjwb seorg adun?kenapa nk menyampah pula? bkknkh itu satu hasat dengki yg terdetik pd sanubari saudara? hurmmmm.

begitu juga dgn pembohongan yg mengatakan pusat khidmat adun tersebut mengangu pakatan. apa ni saudara? adakah ini sikap seorg yg mempunyai akal di kepala dan iman didada? apa yg jelas dan yg saya tahu drp sikap saudara ni ialah, saudara tiada akal dan tiada iman, hanya mempunyai hasat dengki, dan memfitnah

Anonymous said...

apabila adun x turun jenguk rakyat...dikatakn adun x buat kerja pulak...

mcm2 la

sudah2 la tu... kalau pas promosi diri boleh pulak? derma dr org lain dikatakan derma sendiri...

buang la perangai buruk dengki tu...
Melayu Islam dah tergadai masih nk bergaduh sesama sendiri... mana semangat iklhlas ukhwah Islamiah hang?

Followers