Tuesday, May 4, 2010

Kenyataan biadap Noh Omar menghina TG Nik Aziz dan rakyat Kelantan

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.

“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.

“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.

Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.

“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.

Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.

“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?

“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.

Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.

“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya. -TMI

3 comments:

Unknown said...

"Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor". Apa kena mengena ngan stail orang Kelantan ni??? Bijak sangat ke kamu ni mat noh??? Mana pergi orang Kelantan yang lain?? Mana tok Pa, mana Brahim KATAK, mana awang adek?? Pok-pok mun sendiri menghina kamu sebagai org kelate? Stail org kelantan gak stail pok mun jugok lah wahai datuk2 Umno sekelian. Cakap biar beralas, biar pakai akal kalu kurang cerdik pun. Semoga Allah bagi balasan kat kamu diatas dunia ini sebagai pengajaran kepada manusia yang bodoh sombong macam kamu Noh.. jangan sekali kali ada sikap kenegerian, menghina orang terutamanya orang yang hidup sebagai seorang islam, menjalankan syariat islam kerana kamu sendiri jauh langit dan bumi kalau dibandingkan dengannya dan asal usul kamu sendiri belum tentu lagi dari golongan orang yang dicintai ALLAH. Kamu memalukan diri kamu sendiri sebagai seorang Melayu, Islam dan 'Malaysian'.

man dego said...

Sokong benor mat noor cakap.

Anonymous said...

“Orang Islam di Selangor faham agama"

"....pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya"

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri"

Faham ke macam ni???
Kenapa perlu ada pengasingan ulama?
Kenapa perlu ada perasaan bangga diri?

Followers