Saturday, May 8, 2010

Kunjungan singkat Tuan Guru Haji Hadi yang penuh bermakna

IPOH 8 MEI: Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang sempat singgah memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Haji Abd Rahim Md Arif, Bendahari PAS Perak di Dewan Cempaka Sari, Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh tengahari tadi.

Beliau yang tiba jam 11.30 pagi itu diiringi bersama oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin serta YDP PAS Lenggong, Haji Razman dan beberapa pimpinan yang lain.

Beliau yang baru selesai merasmikan Seminar Perundangan di sebuah hotel di Ipoh dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Sungguhpun kunjungan Tuan Guru Haji Hadi hanya sekadar memenuhi jemputan perkahwinan dan dalam kadar yang singkat, namun begitu ianya amat bermakna buat Tuan Haji Abd Rahim sekeluarga selaku tuan rumah, begitu juga dengan pimpinan dan ahli PAS yang berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Tuan Presiden pada hari ini.

Saya yang berpeluang dijemput oleh Tuan Haji Abd Rahim dan tiba sedikit lewat (kerana urusan keluarga) sempat merakamkan suasana bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga pimpinan yang lain di majlis ini.

Suasana di meja makan yang penuh santai dan ceria

Tuan rumah majlis perkahwinan, Tuan Haji Abd Rahim
melayani tetamu istimewa, Tuan Guru Haji Hadi Awang

Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar menemani
Tuan Guru Haji Hadi Awang

Banyak juga yang dibincangkan sementara menikmati juadah
istimewa tengahari ini

Ramai yang meraikan kunjungan Tuan Presiden

Tuan Guru sedang menikmati hidangan

Tuan Haji Rahim sedang meraikan Tuan Guru Haji Hadi

Dua sahabat lama sedang bertukar-tukar pandangan,
Tuan Guru Haji Abu Bakar Husin dan Ustaz Zulkifli Abu

Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim yang baru tiba

Bagaikan seorang ayah sedang memberikan nasihat kepada
anak lagaknya. YB Khalil lebih mesra memanggil Tuan Guru
Haji Hadi dengan panggilan 'Ayah Chik'

Tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama
dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang

Anak bongsu Tuan Haji Abd Rahim, Mohd Faris mengambil
peluang bergambar bersama Tuan Guru Haji Hadi

Tuan Guru Haji Hadi Awang diapit oleh Tuan Haji Omar
(kiri) dan Tuan Haji Amran (kanan)

Bagaikan para pejuang bergegas ke medan perang

Bersalam sebelum Tuan Guru berangkat pulang

Tuan Guru Haji Hadi diiringi oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar

Biarpun singkat, namun Tuan Haji Abd Rahim selaku tuan
rumah amat berbesar hati dan berterima kasih dengan
kunjungan Tuan Guru Haji Hadi Awang ke majlis
perkahwinan anak perempuannya

No comments:

Followers