Saturday, August 1, 2009

Ditembak gas pemedih mata di hadapan Komplek Dayabumi


Setelah kesemua tempat berhimpun telah disekat dan dikepung, orang ramai telah diarahkan berarak menuju ke Istana Negara.

Daripada Pasar Seni, kami berarak beramai-ramai sepanjang jalan melalui Kompleks Dayabumi sekitar jam 2.00 petang tadi.

Setibanya disana, pasukan FRU yang telah sedia berkawal di hadapan Masjid Negara telah menyerang orang ramai dengan tembakan air asid dan juga berdas-das gas pemedih mata.

Ramai yang lari bertempiaran menyelamatkan diri, termasuklah saya.

Pengalaman berharga apabila canister gas jatuh bergolek di kaki. Asapnya belumpun berkepul keluar, tetapi haba bahangnya telah menerjah ke mata dan lubang hidung.

Amat pedih sekali tusukan tajamnya sehingga terasa berbara di dada dan mata pun bagaikan terbakar dan melelehkan airmata tanpa henti.

Kami semua berlari memasuki ruang bawah tanah Dayabumi. Disana lebih teruk lagi kerana asap kesemuanya berkumpul di situ.

Dengan mata yang terpejam dan dipenuhi air, saya mencapai secubit garam dan meletakkannya di bawah lidah. Petua itu berhasil apabila rasa pedih dimata dan dada beransur-ansur pudar.

Tidak cukup dengan itu, polis FRU melepaskan tembakan gas lagi kepada orang-ramai yang mula berundur. Siri tangkapan juga diperluaskan dengan mengejar sesiapa sahaja yang berada berhampiran di situ. Ramai yang telah ditahan dan dimasukkan kedalam trak polis.

Setelah keadaan kembali reda, kami menuju ke Masjid Negara yang telah dibuka semula.

Masih ramai yang berkeliaran di sepanjang jalan. Tak kurang juga yang melabuhkan badan memulih tenaga di dalam masjid.












4 comments:

MOGUNDAHALI said...

Tahniah kepada GMI kerana berjuang untuk rakyat. Perjuangan sejati perlukan pengorbanan.

AKU ANAK GURUN said...

Taniah doaku kesejahteraan mu selalu

PAS-PKR-DAPigs said...

Perjuangan bodoh dan sia2

Ajijoi said...

Perjuangan kami bermatlamat. Perjuangan Da Pig apa? Mendewakan gambar babi. Penuh satu blog Da Pig gambar babi.

Followers