Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.
Rohaizat menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..
Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.
Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.
Sementara itu, rmai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan 'PAS untuk semua”.
Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.
Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.
Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.
Sementara itu, pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan isu mengenai status Rohaizat sebagai peguam ekoran laporan bahawa beliau tidak dilucut dari senarai oleh Majlis Peguam kerana didakwa menyalahgunakan wang pelanggan.
Jika dakwaan itu benar, katanya, maka apakah jaminan perkara yang sama tidak akan berlaku dengan wang rakyat jika Rohaizat terpilih.
Rohaizat, 38, dilaporkan berkata kes itu bukan satu isu.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata, menjadi tanggungjawab calon BN itu untuk menjelaskan kedudukannya sekarang sebagai seorang peguam.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata proses penamaan calon berjalan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Ajijoi ~ Mesti ada blogger pencacai umno yang marah kerana kata calon BN bermasalah.
Calon BN, Rohaizat Othman memang bermasalah dengan lesen guamannya seperti mana laporan disini.
Lain-lain masalahnya akan dibongkar dalam kempen nanti. Tungguuuu...
Untuk mengalih perhatian terhadap masalah Rohaizat ini, Khairy dan pemuda Umno telah terjumpa hantu di Permatang Pasir. Tak percaya? Baca sini
No comments:
Post a Comment