Sekitar jam 1.50 petang tadi, 2 sahabat saya, Pahrul Rijal dan Fakrul Razi telah ditahan oleh polis di Pasar Seni.
Hanya kerana memakai t-shirt berlogokan Pas, mereka telah disoal siasat serta beg-beg mereka digeledah.
Apabila polis mendapati di dalam beg mereka terdapat sehelai t-shirt 'Hapuskan Kezaliman ISA' yang baru baru dibeli, belum dipakai lagi, mereka telah ditahan dan dibawa menaiki trak polis yang memang sedia menunggu di hadapan Pasar Seni.
Diberitahukan bahawa mereka berdua akan dibawa ke Balai Polis Cheras.
Sehingga berita ini ditulis, mereka masih belum dibebaskan lagi.
No comments:
Post a Comment