Saturday, November 15, 2008

Penghargaan buat Imam Hj Fahme


Buat julung-julung kalinya Pasti Kawasan Gopeng memberikan anugerah khas kepada aktivis PAS yang menaburkan jasa bagi perkembangan dan pembangunan Pasti selama ini.
Penerima anugerah khas kali pertama ini amat serasi dengan Pasti kerana seluruh ahli keluarganya terlibat secara langsung dalam penubuhan dan kejayaan Pasti di kawasan Gopeng ini.

Dan penerima anugerah khas itu tak lain dan tak bukan adalah Imam Hj Fahme B Zakaria.

Imam Hj Fahme berjiran dan ada talian persaudaraan dengan keluarga mertua saya dan mesra dengan panggilan Nyah Mi. Pernikahan saya juga berlangsung di Surau Ehsaniah, Kampung Meranti Lapan tempat dimana Nyah Mi sentiasa menghabiskan malamnya.

Sedikit biodata Imam Hj Fahme :

Imam Hj Fahme Bin Zakaria merupakan seorang pesara angkatan tentera yang dilahirkan di Batu Gajah pada 30hb Disember 1937. Mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak serta 40 orang cucunda yang tercinta.
Beliau mula melibatkan diri dengan PAS pada tahun 1981. Beliau diamanah sebagai Naib YDP PAS Batu Gajah. Kemudiannya dilantik menjadi Naib YDP PAS Gopeng setelah persempadanan semula dimana pada masa itu hanya terdapat 2 cawangan. Beliau juga menubuhkan PAS Cawangan Pengkalan Pegoh, Changkat Larang dan Sri Rahmat serta pernah menjadi ketua ketiga-tiga cawangan tersebut.
Pada tahun 1989, beliau menubuhkan PASTI Ammar yang ketika itu masih di bawah PAS Kawasan Batu Gajah. Beliau juga menubuhkan PASTI Batu Gajah dan Pengkalan Pegoh. Jumlah murid PASTI Ammar pada awal penubuhan ialah seramai hampir 30 orang bertempat di bawah Surau Ehsaniah, Kampung Meranti Lapan. Kemudian berpindah ke rumah Imam Hj Fahme sendiri dan seterusnya di Taman Pinji Perdana sehinggalah sekarang.

Saguhati guru pada awal penubuhan hanyalah sebanyak RM50 sahaja. Manakala tenaga pengajar PASTI Ammar adalah anak-anak Imam Hj Fahme sendiri sejak ditubuhkan. Hingga sekarang, Imam Hj Fahme masih kekal sebagai Pengerusi PASTI Ammar.




Imam Hj Fahme menerima plaque dan sijil
penghargaan Pasti daripada YAB MB Nizar

Bersama anak-anak, menantu dan cucu-cucu

Dari kiri: Cikgu Naim, Ahmad Osman (Ketua Kampung Seri Rahmat), Imam Fahme, Hj Rahim (YDP PAS Gopeng) dan Ust Sazali (menantu)



Imam Fahme bersama blogger Ajijoi (saya le tu..)

No comments:

Followers