29/11/2008 - Bertempat di The Curve, Damansara berlangsungnya pertemuan santai sambil menikmati buffet yang lazat diantara blogger-blogger hebat tanahair.
Saya bersama Cikgu Ali (alhusseyn) dan Zainal Ariff (wartasgrapat) berkesempatan kesana untuk bertemu mesra bersama mereka.
Jemputan datangnya daripada Shahrir (talkonly.blogspot.com) yang berusaha mengumpulkan para bloggers ini untuk bersuai kenal dan beramah mesra untuk mengenali di antara satu sama lain. Maklumlah, selalunya para bloggers menggunakan nama samaran di dunia maya. Peluang terbaik ini untuk mengenali mereka secara peribadi.
Dan secara jujurnya, saya amat kagum dengan mereka yang melayani kami dengan begitu baik sekali dan ramah mesra mereka membuatkan kami bagaikan telah lama berkenalan. Tambahan pula kami yang tiada nama gah dialam blog tanahair.
Para bloggers yang hadir terdiri daripada pelbagai tempat, umur dan latar belakang. Termasuklah yang berpangkat dan ada nama dan kedudukan didalam dunia penulisan.
Diantaranya ialah Datuk A. Kadir Jasin (The Scribe), Nuraina A. Samad (3540 Jalan Sudin), Mariah A. Samad (Tok Mommy), Tengku Mohd Ali Bustamam (Bustamam), Idrus A. Bakar (Pak Idrus), Feisal (Mat Salo), Dr Wahab (dr tokacid), Ahmad Daniel (Kerp-Let's Wheel), Azeeza (Mantra-indeeptots), Eleena (Acciaccatura), Elviza Michele Kamal (Write Away), Sofian (Bangkai), Wanshana (Wherever You Are), Pi Bani (Pistwist), Anuradha (Euphoriain Misery), Melvin M (Melvin-Mah), Razlin K.D. Hanifah, dan Nasir.
Kemunculan istimewa YB Khalid Samad (Khalidsamad.com) walaupun hanya sebentar daripada jadualnya yang padat amat istimewa sekali kerana karektornya yang sentiasa ceria dan ramah.
Suatu pertemuan yang amat bermakna dalam bertukar-tukar pandangan dan bersuai kenal.
A wonderful afternoon well spent with such beautiful characters and personalities. A million thanks to all you guys. Hope to meet you all again.
Pak Idrus memang berpengalaman luas dan segala cerita-cerita yang disampaikan sungguh menarik.
Nuraina A. Samad, anak kepada Allahyarham Pak Samad Ismail. Cuba teka berapa umur dia?
YB Khalid Samad yang low profile dan sentiasa ceria berjenaka dan bercerita.