Monday, October 28, 2013

Konvensyen Pas Perak 2013 - Ucapan dan Perasmian

Pengerusi program Konvensyen Pas Perak, Ustaz Dr Nuri Al Amin
27 Okt (IPOH): Ucapan alu-aluan dan perasmian mengambil tempat selepas sidang hadirin selesai menyanyikan lagu rasmi Pas.


Dr Muhaimin Sulam menyampaikan ucapan aluan sebagai pengarah program


Ustaz Kamarudin Awang Basir, Ketua Dewan Ulama' Pas Perak

Pesuruhjaya Pas Perak, AF Ustaz YB Abu Bakar menyampaikan ucapan beliau


Kehadiran memenuhi tempat duduk yang disediakan


Ucapan perasmian oleh Salahuddin Ayub


Ustaz Sidek Nor

Ustaz Fakhruddin 


Ketua Muslimat Pas Gopeng, Ustazah Bariah

Mantan Calon Pas di Dun Pasir Panjang dan juga Naib Ketua Muslimat Pas Perak yang baru saja dilantik sehari sebelum Konvensyen, Puan Rohawati Abidin

Wartawan Harakah (Perak), Saudara Johari Jaafar 

Anggota Unit Amal yang sentiasa ada untuk membantu perjalanan program

Cenderahati disampaikan oleh Pesuruhjaya Pas Perak buat perasmi konvensyen 

Tiada istilah ulama' atau professional di dalam Pas, perjuangan kami tetap sama 

Dato Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Changkat Jering

Salahuddin Ayub bersalaman sebelum meninggalkan majlis

Sidang media yang dimulakan Dr Muhaimin dengan pengumuman pencalonan untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan bagi jawatankuasa kerja Dewan Pemuda Pas Perak



Salahuddin Ayub juga ditanya wartawan mengenai jawatan yang akan beliau tandingi di dalam Pemilihan Pas Pusat nanti. Menurut beliau, perkara tersebut hanya akan diumumkan selepas pilihanraya kecil Dun Sg Limau nanti

Konvensyen Pas Perak 2013 - Pendaftaran


27 Okt (IPOH): Konvensyen PAS Perak telah diadakan di Hotel Tower Regency Ballroom, Ipoh dengan perasmian disempurnakan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.

Konvensyen kali yang ke 17 ini menyaksikan seramai lebih 300 kehadiran pelbagai peringkat ahli Pas daripada 24 kawasan di negeri Perak. Dengan bertemakan 'Memimpin Massa', 3 orang pembentang kertas kerja telah diundang untuk menyuntik infomasi semasa dan juga analisis mereka terhadap perjalanan dan masa depan PAS di negeri Perak pasca PRU13 yang baru lalu.

Disini saya paparkan perjalanan konvensyen ini menerusi lensa kamera saya. Setiap gambar punya seribu makna yang tersirat dan juga tersurat.

AF YB Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak dan juga ADUN Titi Serong mendaftar kehadiran beliau sambil diperhatikan oleh Bendahari Negeri, Haji Ahmad Othman Maseri

ADUN Gunung Semanggol, YB Ustaz Zawawi ceria sewaktu pendaftaran

AJK yang menguruskan pembahagian buku cenderahati dan juga beg peserta








Ustaz Misbahul Munir menyambut riang ketibaan Naib Presiden PAS



Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Perak dan juga lagu rasmi PAS



Wednesday, October 23, 2013

Berniaga Quran secara online

Keperitan hidup mula menggigit. Dan gigitannya semakin hari semakin sakit. Sebagai kepala keluarga, tak boleh nak membiarkan saja sakit itu. Sesuatu perlu dilakukan.

Setelah menghitung serta merenung, apa cara, apa jalan, agar gigitan itu dapat digagah, dapat ditahan.

Idea datang menerjah. Cuba berniaga online macam orang lain. Gunakan laman sosial untuk mempromosikan barangan jualan. Kemudian, yang dekat kita hantar, yang jauh kita pos. Sekarang ni, Poslaju dah tak menang tangan apabila perniagaan online membuak maju. Semuanya dah mudah, cuma antara mahu dan tak mahu.

Bagus juga idea itu. Tapi, masalah utama sekali yang perlu diatasi adalah persoalan mengenai barangan apa yang hendak diketengah, hendak dijual. 

Bila ditanya-tanya, ada yang menawarkan untuk sama-sama menjual barangan yang mereka sedang giat jalankan. Tudung.

Bukan tudung saji, tudung makanan tetapi tudung untuk muslimat. 

Bila disergah dengan cerita keuntungan, cerita fesyen semasa, graf untuk menerima tawaran itu melonjak tinggi. Tetapi apabila balik berbincang dengan isteri, grafnya meniarap ke lantai. "Takkan abang nak jual tudung yang jenis macam ni. Kata kena pakai tudung labuh. Tapi sendiri yang jual tudung melawa singkat macam ni pulak", si isteri memberikan pandangannya.

Betul juga komen isteri tu. Tak jadilah.

Mencari dan mencari lagi, produk apakah rasanya yang sesuai.

Teringatkan seorang kawan lama ni. Dia ada membawa masuk satu produk daripada negara luar untuk dipasarkan di negara ini. Kena pula hari tu, ternampak produk yang sama juga dijual oleh kawannya melalui facebook.

"Wak, aku nak cari duit sikitlah. Barang kau tu bagi aku jual kat Ipoh ni, boleh tak? Aku baru teringin nak berniaga online ni, tapi rasanya barang yang kau jual tu sesuailah dengan jiwa aku. Sambil berniaga, sambil mengutip pahala." kata aku pada kawan lama tu melalui telefon.

Nak dijadikan cerita, dia menerima lamaran aku tu dengan hati terbuka, walaupun aku menerangkan yang aku ni memang tak ada langsung modal untuk bermula.

Alhamdulillah, dengan ruang kesempatan dan bimbingan yang dilorongkan Allah Taala untuk aku memulakan perniagaan online ni, hari pertama aku mempromosikan produk ni, dah ada pelanggan yang menghubungi. Katanya berminat dan memang mencari. Perlu diposlajukan kerana pelanggan ini berada di Johor. 

Maka, bermulalah perniagaan online aku ini (walaupun aku ni tak berapa reti berniaga) dengan produk Al-Quran Read Pen Focus-1 yang membantu mempelajari Al-Quran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. 

Diharapkan semua dapat memberikan sokongan serta bantuan dalam mempromosikan produk ini dengan harapan pahala yang dikutip dapat dikongsikan bersama. 

Untuk membeli produk ini, hubungi saya di talian ataupun melalui facebook saya.






Contoh penggunaan Al-Quran Read Pen ini:-

Wednesday, October 16, 2013

Qurban Surau Al-Ehsan 2013


Alhamdulillah, majlis qurban anjuran Surau Al-Ehsan telah berjaya dilaksanakan semalam. Lapan ekor lembu qurban disembelih dan daging serta tulangnya diagih-agihkan kepada peserta qurban serta orang ramai yang datang membantu perjalanan majlis tersebut.

Solat sunat Adil Adha yang diadakan di surau pada pagi semalam juga menyaksikan peningkatan dalam jumlah kehadiran dengan bahagian atas surau dilimpahi jemaah muslimin sehingga ke bahagian belakang. Bahagian bawah pula, saya pasti juga melebihi jangkaan kehadiran muslimat.

Saya selaku ajk panatia majlis qurban tahun ini agak sibuk menjalankan tugasan yang diberi, terpaksa mencuri-curi masa untuk mengambil gambar perjalanan majlis. Tak sempurna rasanya tahun ini, hanya inilah saja gambar-gambar yang sempat diambil.

Lembu yang seekor ini berjaya melepaskan diri dengan merentap tali yang mengikat tengkuknya sehinggalah berjaya ditangkap semula oleh geng penumbang yang berhempas pulas menjalankan tugas mereka. 

Lembu qurban yang pertama disembelih oleh Ustaz Hanif

Lembu kedua disembelih oleh Cikgu Naser

Tahun ini ramai Bangla yang duduk berhampiran surau datang membantu. Mereka banyak membantu dalam kerja-kerja melapah lembu. 

Lembu keempat tumpas ditangan Haji Baderun. (Maaf, lembu ketiga yang disembelih Haji Dzulfida tak jelas gambarnya kerana ramai sangat yang menekan lembu)

Cikgu Omar menyembelih lembu kelima

Lembu keenam disembelih oleh Haji Yaakob

Ustaz Muhammad Fisol menyembelih lembu ketujuh

Lembu terakhir adalah lembu yang paling garang

Segarang-garang lembu, tumpas juga ditangan geng penumbang

Saya menyembelih lembu yang kelapan. (Nasib jurugambar selalu begitu, tak dapat yang 'live' punya)


Daging-daging dari lembu yang pertama disedekahkan untuk masakan makan tengahari buat semua

Kari lembu kawah dibawah pengawasan Haji Daud Banjari

Haji Rahim, YDP Pas Gopeng juga datang membantu memotong daging

Kumpulan Mat Bangla yang minta gambar mereka dirakamkan untuk dimuat ke dalam Facebook

Melapah lembu qurban

Golongan muda juga diberi pendedahan dan kebebasan untuk menimba ilmu dalam bab menguruskan lembu qurban

Bahagian pembersihan perut lembu. Eeiiiiii, banyaknya bulu......kaki

Haji Sulaiman yang tetap setia dan taat setiap tahun membersihkan perut-perut lembu qurban

Hajah Mazidah dan keluarga dimeja pendaftaran

Ustaz Che Leh membantu di bahagian pemotongan daging



Ini bilik operasi tulang

Pahala berganda, bekerja dengan senyuman. Dr Haji Hadhrami menghantar kaki lembu (bukan melarikan ye....haha)

Chor Zulkarnaini melarikan kepala lembu.....ke tempat memproses tulang


Anak Dr Haji Hadhrami membantu mengangkut daging

Cikgu Naser melapah daging

Kepala lembu dikapak

Menggoreng apa tu, Hajah Faridah?

Daging ditimbang untuk agihan

Suasana di khemah memproses daging

Dua orang 'bujang' yang berebut ekor lembu

"Sibuk berebut ekor tu buat apa? Yang ini takde sape nak ke?" seloroh Haji Shafie

Cikgu Omar dan Hajah Mazidah di tempat pengumpulan daging qurban. Tahun ini ada juga ketirisan daging dan tulang

YB Ustaz Radzi Zainon singgah mengambil daging untuk diagihkan kepada fakir miskin dalam Dun Sg Rapat

Haji Daud membantu YB Ustaz Radzi menuang minuman

Ustaz Fisol membersihkan kayu pemotong milik surau sambil berbual dengan YB Ustaz Radzi. Segalanya selesai dibersihkan sekitar jam 3.30 petang 

Followers