Saturday, March 9, 2013

NUBE berpiket, kecam kezaliman CIMB Bank




NUBE (National Bank of Employees)/(Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Bank) adalah sebuah kesatuan yang menaungi lebih 28,000 pekerja bank (bukan eksekutif) di seluruh negara.

Baru-baru ini terdapat beberapa kes yang berlaku di dalam CIMB Bank Berhad yang membuatkan pihak pentadbiran NUBE mengambil langkah untuk mengadakan piket terhadap CIMB Bank di cawangan-cawangannya seluruh negara.

Antara kes yang dipandang serius adalah seperti video dibawah ini:-


Lain-lain tuntutan NUBE terhadap pengurusan CIMB Bank yang CEOnya adalah Nazir Razak, adik kepada  Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak adalah sepertimana risalah yang tertera di dalam gambar di bawah:-



Jumaat, 8 Mac 2013 menyaksikan piket yang diadakan NUBE di hadapan CIMB Bank, Jalan Tun Sambanthan, Ipoh setelah beberapa siri piket yang sama diadakan di beberapa negeri sebelum ini. Bermulanya siri piket ini adalah pada 15 Disember 2012 di ibupejabat CIMB Bank.

Perak adalah destinasi terakhir di dalam jelajah siri piket terhadap CIMB Bank yang diadakan setiap minggu, Jumaat dan Sabtu.

Saya sempat bersama mereka berpiket dan mengambil gambar-gambar serta video untuk hebahan dan dikongsi bersama semua.

Piket yang diadakan dari jam 5.00 petang sehingga 6.00 petang ini telah mendapat perhatian warga Ipoh apabila hon kenderaan dibunyikan sepanjang piket di jalan tersebut sebagai tanda sokongan. Namun begitu, masih ramai yang tertanya-tanya mengenai piket ini kerana tiada publisiti ataupun berita mengenainya yang disiarkan media-media utama.


Antara puluhan banner dan plakat yang mengecam pengurusan CIMB Bank  











Bro. J. Solomon, Setiausaha Agung NUBE

Mengedarkan risalah kepada orang ramai



Penghangat suasana





Pihak polis trafik membantu mengawal lalulintas

Manggayakan tarian Gangnam Style dengan iringan lagu yang diubah kepada 'Jahanam Style'










Bacaan doa 


Bro. Kalai, Pengerusi NUBE Ipoh Branch sedang memberikan ucapan berapi beliau

Ucapan Bro. Kalai boleh diikuti melalui video diatas

Bro. Chen Ka Fatt, Setiausaha NUBE Ipoh Branch yang meraikan harijadinya pada hari ini turut berucap sama

Wakil daripada NUBE Wilayah memberikan ucapan

Wakil daripada NUBE Penang/Kedah/Perlis

Wakil daripada NUBE Johor

Wakil daripada NUBE Kelantan

Wakil daripada pihak polis (berbaju hitam) meminta piket dihentikan kerana masa telah cukup (6 petang). Setelah dirunding, pihak NUBE meminta sedikit masa tambahan untuk ucapan terakhir daripada Setiausaha Agungnya.

Ucapan Bro. J. Solomon yang begitu bersemangat

"CEO CIMB Bank yang menganiaya pekerja, Kurang Ajar punya CEO..." ucapan penuh beliau boleh diikuti di dalam video dibawah


Friday, March 8, 2013

Bapa Saiful Bukhari mohon maaf anaknya fitnah liwat terhadap DS Anwar

  • Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan
  • 1:25PM Mac 8 2013
  • Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.


    NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.


    "Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

    Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

    Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

    Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

    Malaysiakini 
    tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.

    azlan"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

    Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

    "Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

    walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya 
    semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. 

    "Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

    Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

    Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

    "Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. 

    "Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

    "Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

    "Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

    Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul". 

    "Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
    pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.


    - malaysiakini

Kisah Projek IC Sabah di Taman Maju Rapat malam ini


Malam ini akan diadakan satu ceramah yang penuh berisi di Restoran KJ Siti Gemilang, Taman Maju Rapat (Berhampiran dengan Lapangan Terbang), Ipoh.

Penceramah yang ditampilkan membawa cerita yang penting untuk disampaikan kepada semua.

Dato' Seri Abdul Rahman Maidin, Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia akan memberikan gambaran tentang isu perniagaan dan ekonomi orang Melayu kerana beliau amat arif tentang isu itu.

Datuk Ramli Buyong pula adalah bekas Naib Presiden Felcra Berhad. Apa kisahnya dengan Felcra? Nantikan ceritanya malam ini.

Seorang lagi penceramah yang dibawakan kepada anda malam ini adalah Encik Mat Swadi Awi, seorang yang punya maklumat penting mengenai Projek IC di Sabah. Bagaimana, bila dan siapa yang terlibat dengan Projek IC itu, sama-samalah kita nantikan cerita darinya.

Seperti biasa, penceramah tempatan yang akan mengiringi mereka-mereka ini adalah YB Dr Lee Boon Chye dan Sdr Radzi Zainon.

Datanglah beramai-ramai ke Taman Maju Rapat, Ipoh malam ini untuk mendapatkan gambaran dan info yang tepat mengenai suasana politik, ekonomi dan keselamatan dalam negara kita buat masa kini.

Monday, March 4, 2013

(Video) Lahat Datu: Menipu dalam berperang - Ismail Komando


Ceramah disampaikan oleh Haji Ismail, bekas Komando 69 di Pekan Razaki, Ipoh pada 3 Mac 2013

(Video) Manifesto PR Ringankan Beban Rakyat - Dr Dzulkefly Ahmad



Ceramah oleh Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor pada Ahad 3 Mac 2013 di Pekan Razaki, Ipoh

Followers