IPOH (11.4.12): Bersempena dengan cuti umum pertabalan Yang Dipertuan Agung Rabu lepas, UPU Desa Pakatan telah menganjurkan pertandingan Futsal 5 sebelah bawah 12 tahun dengan Piala Radzi Zainon ditawarkan sebagai rebutan.
Sdr Radzi Zainon, Timbalan YDP Pas Gopeng, yang juga bakal calon di Dun Sg Rapat telah berbesar hati untuk menghadiahkan 2 buah piala iaitu Johan Futsal 5 Sebelah dan juga piala penjaring terbanyak.
16 pasukan telah mengambil bahagian kali ini walaupun menurut pihak penganjur, mereka terus menerus menerima borang penyertaan daripada seluruh kawasan Gopeng, namun terpaksa mengekalkan hanya 16 pasukan terawal mendaftar untuk memudahkan urusan pertandingan. Jika tiada aral melintang, pertandingan yang serupa bakal diadakan lagi dengan skala yang lebih besar bagi menampung permintaan yang terlalu tinggi.
Meskipun terdapat saingan di saat-saat akhir daripada Hamidah Osman yang juga mengadakan program hampir serupa di padang sekolah berdekatan, kehadiran ibu bapa dan orang ramai yang melebihi jangkaan awal telah memberikan satu impak yang positif kepada pihak penganjur untuk terus mengadakan program-program riadah kemasyarakatan sebegini di masa-masa akan datang.
Papan kenyataan sebagai sumber informasi kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian
Pertandingan yang sihat dan menyerlahkan bakat-bakat muda dalam arena bolasepak
Setiap pasukan mempunyai pemain yang pelbagai umur dan saiz tubuh badan, namun tetap bersatu sebagai satu pasukan yang mencari kemenangan
Sdr Radzi Zainon cukup gembira dengan kejayaan program futsal ini
Untuk mencapai kemenangan, bukan sahaja terletak dibahu pemain tetapi juga pengurus pasukan yang bertungkus-lumus memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik (Pengurus pasukan mana ni yang dah macam Mak Enon cekak pinggang aje...macam darai siam pun ada...)
Banyak aksi-aksi menarik dapat dilihat di setiap permainan
Ramai keluarga yang bersantai bersama sambil menonton pertandingan futsal ini
Mengatur strategi untuk menang
Piala yang dipertandingkan (Besar dan berat macam piala Euro 2012 pulak)
Seronoknya dapat berkumpul memberikan sokongan kepada anak masing-masing
Peniaga juga turut memeriahkan suasana
Letih sangat ke dik???
Bihun Bukhari disediakan buat pemain
Jangan berebut, cukup untuk semua
Pemain belum makan, Pengurus dah tibai dulu (Pengurus lebih letih dari pemain kot)
Carta keputusan menjadi perhatian
Ini bukanlah pemenang, cuma bergaya bersama piala untuk menghangatkan Midah di padang sebelah
Penulis pun nak merasa juga
Banner original pertandingan
Inilah banner program satu lagi yang sentiasa menjadi pengikut dan pengiring setia kemana saja Pas Gopeng mengadakan program, terutamanya program Radzi Zainon, idola Hamidah. Apabila ada yang meniru dan mengikut kita, sudah tentulah kita lebih popular dan kehadapan daripada mereka. Sesuai benar tempat gantungan banner ini, di tepi longkang besar, buat yang suka cakap besar.
SESI PETANG
Perlawanan Pertunjukan diantara AJK Penganjur dengan Wakil Persatuan Penduduk Taman Pinji Mewah
Pasukan yang bertemu di pertandingan akhir : Muslimin United drpd Seri Raia vs RPT Pegoh Seberang B
Cenderahati kepada pengadil
Pasukan yang bertanding menantikan acara penyampaian hadiah
Pasukan Perseri mendapat hadiah di tempat ke-empat
Tempat ketiga (RM80) dimenangi oleh 'Lightning Flash' daripada Pinji Perdana
Naib Johan - Muslimin United daripada Seri Raia dengan hadiah wang tunai RM120
Johan Futsal Padang 5 Sebelah Bawah 12 Tahun kali ini jatuh kepada pasukan RPT Pegoh Seberang B dengan membawa pulang Piala Radzi Zainon dan juga wang tunai sebanyak RM200 beserta hamper
Ceramah isu semasa yang diadakan di Taman Song Choon, Ipoh pada 10 April 2012 yang lalu telah menampilkan seorang Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub bersama-sama dengan rakan daripada PKR dan DAP. Ikuti sedikit sedutan daripada ceramah beliau pada malam itu.
Setelah mendengar ceramah daripada YB Salahuddin Ayob yang penuh dengan informasi dan fakta, mari kita dengar sedikit sedutan daripada ceramah Hamidah Osman yang membawa tajuk 'Kesesatan Syiah' yang penuh dengan emosi dan auta, sebagai timbal akal bagi kita memilih kebenaran daripada kebatilan.
IPOH (10.4.12): Ceramah Isu Semasa anjuran Pas Taman Song Choon telah berlangsung dengan baiknya walaupun sepertimana biasa akan mendapat gangguan daripada ceramah mee segera pihak Hamidah Osman.
Biarpun kali ini Hamidah membuat ceramahnya betul-betul berdepan dengan pentas ceramah PR, dan kuasa pembesar suara yang diguna dan dihalakan kepada pentas ceramah PR begitu nyaring, tetapi sedikit pun tidak menggelisahkan pihak penganjur untuk meneruskan program malam itu. Malah, mereka berasa lebih seronok kerana suasana 'perang' yang berlaku itu bukan sahaja menampakkan ketidak matangan politik Hamidah, tetapi lebih menerujakan adalah suasana menghadapi pilihanraya umum kali ini membawa penanda aras yang Hamidah kini lebih tertekan dan terdesak sehingga sanggup mengekori serta meniru apa dan kemana sahaja program-program yang diadakan Pas Gopeng terutamanya bakal calon Pas di Dun Sg Rapat nanti, Sdr Radzi Zainon.
Program ceramah Hamidah juga hanyalah bergantung kepada kehadiran orang luar yang diangkut menggunakan 5 buah bas disewa khas. Bilangan penduduk tempatan yang mengunjungi tapak ceramahnya boleh dikira dengan jari sahaja.
Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah, setiap kali PR mengadakan ceramah, orang ramai akan menghulurkan derma kepada pihak penganjur manakala pihak Hamidah pula terpaksa berbelanja besar untuk mengupah bas, orang yang datang, sistem pembesar suara, makanan percuma dan balaci serta pencacai yang mendendangkan puji-pujian ke telinganya.
Kita lupakanlah kisah Hamidah yang tak sudah-sudah, kita fokuskan kepada ceramah yang berlangsung malam itu. Penceramah jemputan yang memenuhi undangan penganjur kali ini benar-benar menggambarkan teori sebenar 1 Malaysia apabila YB Salahuddin Ayob (PAS), YB V.Sivakumar (DAP) dan YB Chang Lih Kang (PKR) berganding bahu memberikan ceramah mereka kepada berbilang kaum yang hadir pada malam itu. Berbanding dengan ceramah Hamidah (Midah lagi...) yang hanya mengutarakan orang Melayu dan menghentam oarng-orang bukan Melayu di dalam ceramah mereka. Perlu juga diketahui, ceramah Hamidah yang bertajuk mirip kepada Islam tetapi isinya lebih teruk daripada bau perkauman tengik.
Mari kita ikuti perjalanan ceramah isu semasa Pakatan Rakyat itu:
Sdr Radzi Zainon yang bertindak selaku pengerusi majlis
YB Chang Lih Kang mengambil tempat sebagai penceramah pertama
YB Chang menekankan bahawa ceramahnya bukanlah mengenai agama ataupun perkauman tetapi lebih kepada ekonomi
Banyak persoalan-persoalan ekonomi yang diutarakan di dalam sidang dewan undangan negeri Perak gagal dijawab oleh Kerajaan Umno/BN Perak
Suasana ceramah YB Chang Lih Kang yang diganggu oleh suara Hamidah.
Sdr Radzi masih menanti jawapan daripada Hamidah untuk berdebat di satu pentas ceramah, bukan hanya berani terpekik terlolong daripada seberang padang
Tiba giliran YB V.Sivakumar untuk menyampaikan ceramahnya
YB Siva begitu garang apabila menceritakan peristiwa-peristiwa di dalam sidang Dun negeri
Begitu banyak persoalan dan pertanyaan yang tak terjawab oleh Umno, menurut YB Siva
Lihatlah betapa berdepannya ceramah malam ini
Sudah lima hari mencabar Hamidah untuk berdebat, tapi masih tiada jawapan
Kini giliran YB Salahuddin
Beliau yang sampai sebaik sahaja habis sesi parlimen
Banyak isu-isu yang diperjelaskan malam ini
Masyarakat Cina setempat juga gemar mendengar ceramah
Pakatan Rakyat yakin untuk menawan Putrajaya
Anak lelaki Tan Sri Mufti Harussani (baju coklat, tengah) turut bersama-sama di dalam ceramah ini
Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan YB Salahuddin sebaik selesai ceramah
Jamuan makan malam buat penceramah
Ceramah Pakatan Rakyat yang berakhir sedikit awal, sekitar jam 11.30 malam telah diambil peluang oleh Hamidah untuk terus memekik dengan harapan agar ramai yang mendengarnya. Suatu yang tidak disedarinya adalah, perbuatannya itu hanya lebih menambah menyampahnya orang ramai terhadapnya.
Sebuah beg kitar semula yang terpampang gambar Hamidah Osman dan berisi dengan tepung, gula, biskut serta teh kini diedarkan ke seluruh kawasan Dun Sg Rapat. Gambar di atas diperolehi daripada penduduk sebuah kampung yang menerima barangan tersebut.
Kepada penduduk yang juga pengundi, apabila barangan sebegini diberikan, ingat pesanan ini, “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, ada pula yang bertanya, daripada peruntukan mana pula Hamidah memberi kali ini?
IPOH, 10 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak memikirkan nasib generasi muda di negara ini.
Beliau berkata, pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan sikap tidak ambil peduli suara anak muda berhubung isu PTPTN ini, dan ianya membuktikan kelemahan pemimpin Umno-BN menguruskan sumber ekonomi Negara.
Menurut beliau, Najib terpaksa membohongi rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion, padahal jumlah pinjaman peminjam seramai 1.9 sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.
Memetik ucapan beliau, " Apabila Pakatan Rakyat memeberikan komitmen untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 ini telah menyebabkan pemimpin Umno-BN bercelaru dan buntu ".
"Kita ingin memberi jalan dan harapan baru kepada anak muda khasnya yang masih belum bekerja dan kebanyakan mereka diburu surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah".
"Hutang PTPTN ini telah mengekang kehidupan anak muda, ia menjadi beban buat lepasan mahasiswa yang baru ingin memulakan kehidupan".
Justeru, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu, Umno-BN kini panik dalam isu PTPTN, mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya, lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrup kalau wang PTPTN itu dilupuskan.
Surat diatas bertajuk PENANGGUHAN TARIKH MENSYUARAT AGUNG TAHUNAN PKMM NEGERI PERAK KE-35 BAGI TAHUN 2011/2012 adalah suatu bukti yang jelas bahawa persatuan ini menjadi tunggangan Barisan Nasional, ini kerana tertera penyebab tunggal utama mengapa mensyuarat ini terpaksa ditanggungkan oleh kerana hanya disebabkan ARAHAN dari NGO yang bergabung dengan Barisan Nasional diminta menangguhkan mesyuarat.
Keratan isi kandung penyebab yang menjadi bukti PKMM di perkuda oleh Barisan Nasional
Hendak tanggungkan mesyuarat tu…lantak la..mungkin kalau sebab-sebab tertentu dalam organisasi atau masaalah sebarang teknikal berkaitan persatuan,itu adalah lumrah berorganisasi. Tapi atas sebab arahan NGO yang bergabung dengan Barisan Nasional.. Apa kejadahnya..!!! PKMM ni parti politik ke..???
Patutlah ramai dikalangan kontraktor melayu dinegara ini yang mencari sumber rezeki dalam sektor kerjaya ini ramai yang merunggut mengenai ada sikap pilih bulu dalam mendapat tender dalam sesuatu projek di tanah air khususnya di negeri Perak,rupa-rupanya memang jelas PKMM yang menaungi golongan kontraktor ini dibelenggu oleh kuasa rakus Barisan Nasional, maka tidak hairanlah jika ada golongan kontraktor orang melayu terpaksa gulung tikar dek kerana sikap pilih kasih dan pilih bulu ini banyak sekali berlaku. Untuk senang mendapat sesuatu projek para kontarktor yang lebih mengampu Najib dan yang lebih menyokong UMNO BN maka layaklah menerima tander dan keistimewaan,jika sebaliknya mereka bakal sukar menerima apa-apa yang sepatutnya.
Disini dapat perhatikan PKMM hanya sebuah persatuan yang berkepentingan politik kepada UMNO BN sahaja,tidak lebih dari itu. Dimaklumkan juga mejoriti kontraktor orang Melayu di Malaysia khususnya di negeri Perak sudah terlalu ramai yang sudah menolak sepenuhnya Barisan Nasional.
Maka tidak hairanlah surat bukti ini dipertikaian mereka dan diserahkan kepada aku untuk di kongsi bersama…betul tak..??? Tepuk dada….jangan tanya UMNO BN…tanyalah diri sendiri…haha….
Bakal Calon Pakatan Rakyat Dun Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon mencabar Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman berdebat secara terbuka diatas satu pentas yang sama, atas sebarang isu yang dipilihnya sendiri.
Cabaran Radhi adalah ekoran keghairahan Hamidah yang sudah banyak kali turut menganggu di setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan majlis ceramah."Kat mana kita buat ceramah, Hamidah pun sibuk buat ceramah dekat tempat kita semata-mata untuk menganggu," terang Radhi."Dengan ini saya cabar Hamidah untuk berceramah atas satu pentas yang sama dengan saya. Sebaik-baiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah," tambahnya lagi.Radhi mencabar Hamidah supaya menerima pelawaannya supaya rakyat setempat boleh mendengar hujah masing-masing."Samada mahu berhujah mengenai 'Sifar Setinggan' atau apa saja, kita minta Hamidah sendiri tentukan. Yang penting dia bersetuju berdebat dengan saya," katanya tegas.
Sementara itu, seorang peniaga tempatan, Encik Anuar Ibrahim menyatakan beliau dan beberapa orang rakan niaganya sanggup untuk membiayai makan minum percuma kepada orang ramai yang menghadiri majlis debat antara Radhi dan Hamidah jika benar Hamidah bersetuju dengan pelawaan Radhi tersebut.Kesanggupan Anuar dan rakan-rakannya itu untuk membiayai kos makan minum percuma untuk orang ramai pada majlis tersebut menggambarkan terdapat sebahagian rakyat yang berhajat benar mahu melihat dua orang tokoh tempatan ini berdebat atas pentas yang sama.Dengan cara ini, tidak payahlah lagi Hamidah melalak-lalak dari jauh dan menghabiskan beribu-ribu wang untuk menaja majlis ceramahnya kerana Anuar dan rakan-rakannya akan menaja segala keperluan untuk mengadakan majlis tersebut.Hanya menunggu kesanggupan Hamidah sahaja.Hamidah tidak perlu menyediakan bas untuk mengangkut orang ramai kerana jika majlis itu menjadi kenyataan, orang ramai tentunya akan berpusu-pusu dari seluruh pelusuk negeri Perak.Hamidah patut mengambil kesempatan ini kerana secara tidak langsung akan dapat mempromosikan dirinya sendiri ; melainkan dia seorang yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan Radhi.Menurut Radhi, dia memberikan masa dua minggu kepada Hamidah untuk memberi respon terhadap cabarannya itu. Beranikah Hamidah?