Thursday, April 2, 2009

Tersebarlah SMS "Mail Pian selalu pi Danok?"


Sebagai anak Matang (laknat Allah kepada yang buat kurang ajaq kat masjid kampung aku!) dalam kawasan Bukit Gantang, saya terima SMS seperti berikut:

Awat org2 U**o Bkt Gantang bubuh banner yg tanya "Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?" Mail Pian selalu pi Danok? Dia pi Danok buat apa?

Saya lalu forwardkan mesej itu kepada ramai kawan. Macam-macam jawapan. Antara yang jawab ialah Mat Comot.

Dia jawab:
Aku pernah mengajar di Kg Cheh. Sebut nama dia, org belah sana geleng kepala

Saya tak berani nak komen apa-apa. Saya tak kenal pun Ismail Saffian yang menjadi calon Barisan Nasional di Bukit Gantang tu. Saya harap dia selalu pergi Danok kerana nak beli selimut Toto yang murah di Siam tu dan tak buat tak elok.

Hanya saya nak tanya, adakah Mail orang Kampung Cheh? Kalau dia orang Kampung Cheh, besar kemungkinan dia orang Betani. Saya pun orang Betani, sebelah Pak saya. Jangan bagi malu orang Betani kita, Mail!!

Apa pun, saya dengar orang dalam kawasan Bukit Gantang pakat-pakat dok hantar SMS seperti di atas kepada adik-beradik dan kawan-kawan mereka. Semua pakat-pakat dok tanya:

Awat org2 U**o Bkt Gantang bubuh banner yg tanya "Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?" Mail Pian selalu pi Danok? Dia pi Danok buat apa?

Imej di atas ihsan saing kawe, Manjanik. Dia juga ada cerita tentang Mail Pian di samping komen seperti berikut dalam blog kulaan kita, Al-Banjari:

wak,

saya sampai di Bkt Gntg melalui tol exit Changkat Jering jam 5.00 pagi pd hari penamaan calon. Saya lihat ada banner "pilih apa calon yang selalu pi DANOK" dan macam2 lagi banner ttg Danok Siam ni. Tapi sudah hilang bila saya menuju pulang tengahari selepas penamaan calon.Tentu nya ada masalah dalaman Umno dalam memilih calon mrk hingga ada yg sanggup meletakkan banner itu.

koken

Dalam posting "Bukit Gantang, hantu Altantuya dan 13 Mei," saya terima komen yang membuat dakwaan seperti berikut (yang saya harap tak benar dan boleh menafikannya tanpa sebarang keraguan yang munasabah):

Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng.

Perasuah Tegar

* Sepanjang I***** S****** menjawat jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng, 5 kali Majlis Perbandaran M*nj*ng disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender Majlis Perbandaran M*nj*ng hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng semasa I***** S****** menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng.

* Ketika I***** S****** Menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan Majlis Perbandaran M*nj*ng beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita Majlis Perbandaran M*nj*ng seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran Majlis Perbandaran M*nj*ng tetapi hanya I***** S****** sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.* I***** S****** seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran M*nj*ng kerana menggunakan kenderaan Majlis Perbandaran M*nj*ng untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi Majlis Perbandaran M*nj*ng di Sitiawan yang didiami I***** diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah I***** S****** dalam Siri Ke-2..!

Awat macam Zionis? Baca di sini tentang kisah si bangang. Bangganya aku anak Matang.

Jangan sebut nama Altantuya

Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana individu atau parti daripada menyebut tentang Altantuya. Entah kenapa KDN mengeluarkan kenyataan demikian, sedangkan larangan sebegini amat ajaib yang pernah didengari. Semua orang termasuk Anwar Ibrahim turut melontarkan persoalan “kenapa?” atau “bagaimana boleh menjadi larangan?”. Ya, memang pelik.

Masing-masing yang mengetahui tentang kenyataan tersebut tertanya-tanya, apakah sebab ia dilarang? Adakah bimbang negara luar tahu, sedangkan satu dunia sudah pun mengetahuinya. Adakah bimbang pengaruh Najib berkurangan, sedangkan orang ramai sudah lama menolak kepimpinan Najib walaupun beliau belum lagi menjadi PM. Entah kenapa KDN memerintahkan sedemikian.

Kalau sebelum ini KDN telah menggantung Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan, kerana menabur fitnah. Tetapi TV3 yang lebih lama menabur fitnah tidak pernah digantung. Bahkan menjadi saluran rasmi BN. Tetapi hari ini, kepelikkan tersebut bertambah apabila nama Altantuya dilarang daripada disebut. Kenapa ya?

Sepertimana yang telah diketahui, kes Altantuya yang dikaitkan dengan Najib ini sudah lama tersedar ke seluruh dunia. Dunia melihat bahawa bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang yang tidak bersih. Mereka bertanya, “kenapa rakyat Malaysia memilih orang seperti itu menjadi Perdana Menteri Mereka?”Soalan ini boleh dijawab dengan “sebenarnya, rakyat Malaysia tidak memilih beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau telah mengerahkan pengundi-pengundi hantu dan mengamalkan rasuah sehinggalah beliau boleh naik menjadi Perdana Menteri”. Sekiranya diukurkan dengan minda yang waras, orang seperti Najib tidak dapat satu undian pun, bahkan beliau sudah lama dipinggirkan.

Tetapi, disebabkan saluran wangnya agak laju dan berkesan, beliau mendapat tempat, bahkan bakal menjadi Perdana Menteri. Najib, saya ingin bertanya kepada awak … “kenapa kamu terlalu ingin menjadi Perdana Menteri?” atau “kenapa kamu ingin menjadi pemimpin negara?”. Sekiranya kita melontarkan soalan yang sama kepada PR, mereka akan jawab berbeza.

“Kami ingin menjadi kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada adalah kerajaan menipu…”. Ya memang benar, sekiranya kerajaan yang ada hari ini benar-benar memuaskan hati rakyat, dan tidak menipu, masakan rakyat sendiri menolak kerajaan hari ini? Ini kerana pemerintahan sekarang sudah macam ayam.

Contoh yang paling sesuai dengan “pentadbiran ayam” ini ialah penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, dan melarang sesiapa pun menyebut nama Altantuya. Inilah contoh pentadbiran ayam, bahkan lebih teruk dari itu. Ini kerana ayam yang tidak mempunyai akal pun merasa tanggungjawab terhadap anaknya, tetapi BN?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Nizar strikes right chord in Simpang

TAIPING, April 1 – “Woi, Nizar’s here!,” a Chinese youth called loudly to his friends in Mandarin at the night market at Kota Jaya in Simpang yesterday evening.

Quickly, those around him, vendors and visitors alike whipped their heads around and stretched out their necks, looking to catch sight of the popular Pasir Panjang state assemblyman who is gunning for a spot in Parliament.

Many rushed forward to shake his hands as he moved swiftly through each and every stall, smiling and greeting every hawker like an old friend, intimating a few words directly into their ears, clapping their shoulders, clasping an outstretched hand a tad tighter or holding it a millisecond longer. The traders returned the gesture, inviting him to try flipping a murtabak and taste their wares.

“This is not his first visit here,” a Malay food seller said. “It’s his third,” he added, explaining the apparent familiarity they had with Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, whom he still regards as his lawful menteri besar, ignoring the fact that another now sits in the Ipoh office.

The man looked on in amusement as other traders, Chinese mostly, went slack-jawed with surprise at their first encounter with Nizar.

If not for the large group of photographers clicking madly away at his every pose and the posse of Pakatan Rakyat allies from the DAP and PKR walking with him, Nizar would have simply blended into the night market. He had traded his regular suits and shiny leather shoes for a casual cotton short-sleeved shirt in light green.

A Chinese family selling clothes were tickled when he stopped at their stall and chatted in Mandarin with them. They took the chance to snap pictures with him on their camera phones.

As he moved on, the matriarch was overheard exclaiming, in Hokkien: “He looks much better in person, doesn’t he?”

“Ya lah... not so old,” was the daughter’s rejoinder.

But by far the biggest welcome he received was at a coffee shop, Mei Shi, down the road. Before he even reached the eatery, he was mobbed by the Chinese men outside, clapping their hands furiously before pulling him inside to join the rest of their mates engaged in a game of mah-jong. They asked Nizar to do the honours and shuffle the tiles, which he gamely did.

He wrapped up his follow-up visit to the night market with a short speech from the back of a lorry asking the public to support him with their votes on April 7, so that “this change can lead to a bigger change at the federal level”. It was the closest reference he made of his legal wrangle over the menteri besar crisis.

He ended with the Pakatan Rakyat war cry: “Hidup, hidup! Makkal Sakthi! Reformasi!” The crowd joined in and cheered.

Nizar appears to have won the hearts of the semi-urban voters.

The pro-Pas Malay food seller told The Malaysian Insider he would definitely do his duty by Nizar come polling day.

Repeating some of the slogans spouted by the opposition alliance, that justice must be served, the man seemed to have bought into Pakatan Rakyat’s campaign of anger, at being unceremoniously kicked out of the state despite receiving the mandate from the rakyat.

He was most angry at his elected state representative, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering, one of the three state seats within the Bukit Gantang parliamentary constituency) who had switched political camps and contributed to the fall of the PR state government.

“We voted him in because of the party, not because it was him. Must teach him a lesson,” the man explained.

Judging from the response from the mixed race crowd in the market, many are with him. But with six days left before polling day, anything can happen.

-malaysianinsider.com

Wednesday, April 1, 2009

Slogan BN 'Mohon Restu Rakyat' bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

“Mohon Restu Rakyat”, slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.

Pastinya PRK Bukit Gantang bukanlah laluan mudah untuk Zambry mendapatkan mandat rakyat. Dan Pakatan Rakyat Perak juga sedar bahawa Zambry akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ‘restu’ melalui pilihanraya itu.

Namun bagi Pakatan, bubarkan sahaja DUN Perak kalau mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat ‘restu’ dan mandat rakyat. Sememangnya BN tidak puashati dengan piliha rakyat dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Maka dengan biadapnya mereka mengoyakkan mandat rakyat dan menendang pintu DUN untuk merampas kuasa setelah berjaya menculik 3 ADUN Pakatan dan seorang ADUN BN yang dipaksa melompat semula menjadi ahli Umno tidak sampai seminggu.

Nizar yang merupakan Menteri Besar yang sah adalah dipilih oleh rakyat secara sah dan Pas letakan beliau di Bukit Gantang sebagai mewakili kehendak rakyat yang mahukan Kerajaan Perak di kembalikan pada rakyat bagi menghalang kumpulan perompak ini terus berkuasa.

Jika calon Umno-BN kalah di Bukit Gantang adakah Zambry sanggup letak jawatan sebagai MB yang haram itu dan membubarkan DUN? kita lihatlah nanti restu rakyat pergi kepada siapa?

-hermansamsudeen

Sumbangan PRK Bukit Gantang

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu kempen Pas untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Soalan yang sama saya ajukan kepada bendahari kempen dan ini jawapannya: Semua sumbangan untuk membantu kempen prk di Bukit Gantang boleh disalurkan melalui akaun Maybank2u.com di no. akaun: 558453100225 atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS).

Jutaan terima kasih diucapkan diatas segala bantuan yang saudara saudari hulurkan untuk kemenangan Pas di Bukit Gantang. Hanya Allah-lah yang bisa membalasnya.

Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang

KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Kerana mahu melihat perubahan dalam landskap politik negara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengerahkan ahli-ahlinya berkampung di Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebagai permulaan SMM bersama Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) pada 29 Mac lalu telah menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Bukit Gantang.

Mengedarkan risalah politik yang menerangkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Cina di Kuala Sepetang merupakan antara aktiviti yang dijalankan pada petang hari tersebut selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi.

Presiden SMM, Muhammad Haafizuddin Abirerah menjelaskan selain isu kerakusan BN, risalah mengenai krisis perlembagaan yang menyebabkan berlakunya konflik di Perak turut diedarkan.

"Kami mahu menjelaskan kepada pengundi-pengundi Cina apa dan siapa yang menyebabkan berlakunya krisis politik di Perak.

"Kami juga menerangkan kepada mereka kepentingan untuk membuat perubahan dalam landskap politik negara dan tidak perlu takut untuk membuat perubahan," jelas beliau.

Menafikan SMM condong kepada Pakatan Rakyat, Haafizuddin menegaskan mereka hanya mempunyai persamaan pendapat dengan gabungan pembangkang itu dalam sesetengah isu sahaja.

Beliau juga menjelaskan SMM dan Gamis akan menjalankan program dari rumah ke rumah untuk menerangkan kepada seluruh pengundi di Bukit Gantang dan menamakan program mereka sebagai Projek Menyedarkan Rakyat Perak. - mks. _

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?- tajdid _

Nizar: This is no mere by-election

Ceramah DS Nizar di Tmn Kota Jaya 30/3/2009

Profil calon P059 Bukit Gantang

Followers