Saturday, August 16, 2014

Jamuan Raya Aidilfitri Surau Al-Ehsan 2014


Alhamdulillah. Segala perancangan terlaksana sudah. Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Surau Al-Ehsan yang saban tahun disambut secara tradisi telahpun selesai dikendalikan hari ini, tanggal 16 Ogos 2014.

Sungguhpun penyediaannya seperti biasa-biasa, namun sambutannya nampak agak luarbiasa.

Kehadiran seperti selalu, sungguhpun surat jemputan telah dihantar ke semua rumah di dalam qariah yang berdekatan dengan surau, namun tidak semua yang menyambutnya. Mungkin belum tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke laman surau ini.

Pengerusi Surau Al-Ehsan yang juga merupakan Adun Titi Serong, AF YB Ustaz Abu Bakar telah meluangkan masa beliau untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan jamuan raya tahun ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Adun Sg Rapat, YB Radzi Zainon yang turut berkunjung bagi menyerikan majlis kami.

Sekalung penghargaan kepada AJK Pelaksana yang diketuai oleh pengarahnya, Raja Mohd Yusof yang telah menjalankan tanggungjawab yang diberi bagi memastikan kejayaan majlis jamuan raya di surau pada tahun ini.

Menu hidangan majlis jamuan raya tahun ini berupa sate, lemang dan rendang ayam, nasi impit dan lontong, mee rebus, buah-buahan dan minuman yang disediakan untuk 300 tetamu.

Majlis yang bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5, kelihatan tidak banyak lebihan makanan. Alhamdulillah, tiada pembaziran tahun ini.

Gambaran kemeriahan sambutan jamuan raya di Surau Al-Ehsan pada tahun ini terakam melalui lensa kamera saya untuk dikongsikan bersama.


Haji Daud, bendahari surau bersama Ustaz Abu Bakar



Muslimat surau menyediakan makanan di bahagian bawah surau

Cikgu Naser dan Hafizi

Anak-anak Surau Al-Ehsan

Aksi Lansi Abang Long Samsul, Gerik Mari

Haji Nazmi selaku pengerusi majlis petang ini

Doa sebagai pembuka majlis dibacakan oleh Ustaz Mahadi

Saudara Amran Harun (berbaju kuning), Pengerusi Yayasan Amal Perak yang dijemput bagi menerima sumbangan hadirin untuk Tabung Palestin bagi membantu saudara kita di Gaza yang dizalimi oleh Israel





Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau, AF YB Ustaz Abu Bakar



Menu hidangan majlis jamuan raya surau

Ustaz Tahir

Chor Zulkarnaini, bagai pengantin yang dinanti


AF YB Ustaz Abu Bakar menghulurkan sumbangan untuk Tabung Palestin


Jamuan makan pun bermula











Haji Sahak, makan tak noleh-noleh


Ketibaan YB Radzi Zainon disambut oleh Raja Mohd Yusof dan Samsul




Haji Sahak, tangan kanan mengacah, tangan kiri pula yang memberi





Bergambar beramai antara jemaah surau dan tetamu

AJK Surau dan pelaksana majlis jamuan raya tahun ini bergambar bersama Pengerusi Surau, AF YB Ustaz Abu Bakar

No comments:

Followers