Kemenangan ini penting untuk memastikan BN tidak akan menambah kerusi di Dun Selangor.
Soal siapa MB tidak timbul. Yang penting kerusi yang telah dikosongkan mesti diganti dengan Adun lain dari PR melalui PRK Dun Kajang. PAS Perak menyahut seruan Presiden PAS untuk menurunkan jentera bagi memastikan PR kekal menang dikerusi tersebut.
Apapun kesilapan bekas Adun Kajang yg letak jawatan tanpa sebarang sebab tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana pasti ada hikmah disebalik itu, paling kurang ia boleh dijadikan penilaian tahap sokongan rakyat ke atas PR di Selangor dengan segala kemelut yg di besar-besarkan oleh media. Perletakan jawatan Adun Kajang jauh lebih bermaruah berbanding Adun-Adun yang melompat sehingga menumbangkan sebuah kerajaan. Perbuatan melompat lebih hina dan jijik serta tidak menghormati keputusan rakyat berbanding perletakan jawatan.
Rakyat masih diberi peluang mengundi di dalam PRK kecil nanti. Siapapun yg menang kerajaan sedia ada tetap kekal kerana ia tidak mengurangkan majoriti.
PRK juga adalah peluang untuk menjelaskan isu rakyat dalam kempen dan memberi peluang terbaik semua pemimpin dari kedua dua pihak bertemu rakyat.
Justeru itu PAS Perak menyeru semua ahli parti dan jentera pilihanraya dan penerangan turun secara berjadual bagi memastikan kemenangan di pihak PR.
Misbahul Munir Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak.
No comments:
Post a Comment