Monday, October 28, 2013

Konvensyen Pas Perak 2013 - Pendaftaran


27 Okt (IPOH): Konvensyen PAS Perak telah diadakan di Hotel Tower Regency Ballroom, Ipoh dengan perasmian disempurnakan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.

Konvensyen kali yang ke 17 ini menyaksikan seramai lebih 300 kehadiran pelbagai peringkat ahli Pas daripada 24 kawasan di negeri Perak. Dengan bertemakan 'Memimpin Massa', 3 orang pembentang kertas kerja telah diundang untuk menyuntik infomasi semasa dan juga analisis mereka terhadap perjalanan dan masa depan PAS di negeri Perak pasca PRU13 yang baru lalu.

Disini saya paparkan perjalanan konvensyen ini menerusi lensa kamera saya. Setiap gambar punya seribu makna yang tersirat dan juga tersurat.

AF YB Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak dan juga ADUN Titi Serong mendaftar kehadiran beliau sambil diperhatikan oleh Bendahari Negeri, Haji Ahmad Othman Maseri

ADUN Gunung Semanggol, YB Ustaz Zawawi ceria sewaktu pendaftaran

AJK yang menguruskan pembahagian buku cenderahati dan juga beg peserta








Ustaz Misbahul Munir menyambut riang ketibaan Naib Presiden PAS



Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Perak dan juga lagu rasmi PAS



No comments:

Followers