Friday, May 3, 2013

Hamidah Tak Mahu Debat: Penyokong Sembang Berdekah-Dekah, Punggung Penuh Taik


2 Mei 2013 - Sekatan jalan oleh polis menuju ke Taman Maju Rapat pada malam ini membayangkan bahawa sesuatu yang luar biasa akan berlaku pada malam ini. Hamidah Osman telah berjaya membuat kejutan besar dan menggemparkan penduduk Taman Maju Rapat pada malam tadi kerana ramai yang menyangka beliau tidak akan berani hadir untuk berdebat dengan lawannya Radzi Zainon. 


Penantian Radzi sejak 1 jam akhirnya terjawab dengan riuh rendah kira-kira 100 orang geng Hamidah berarak berjalan kaki memegang bendera lambang dacing sejauh 1 kilometer sambil menyanyi lagu patriotik mengiringi kereta yang dinaiki Hamidah dan jurucakapnya Hamizura. Keadaan tidak ubah seperti rombongan pengantin memegang bunga manggar mengiringi pengantin tua iaitu Hamidah Osman cuma tiada diiringi alat muzik kompang, lagu pengantin dan silat pulut. Orang ramai yang menunggu membalas nyanyian geng Hamidah dengan sorakan kerana sudah tidak sabar untuk mendengar cerita dongeng dari Hamidah Osman tentang isu Sekolah Agama Rakyat yang berlarutan sejak berbulan-bulan lamanya. 

Kira-kira 100 meter dari pentas debat, rombongan pengantin itu berhenti seketika, seorang samseng Hamidah dengan suara garang lagak seperti Hang Tuah memanggil Hang Jebat memanggil nama Radzi Zainon seperti mahu membuat perhitungan nyawa. Tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh puak yang penuh kelakar ini, tadi tengok dari lagak rupanya seperti mahu melancarkan peperangan. Apa yang ditunggu oleh rombongan pengantin ini, rupanya Hamidah mahu disambut seperti mana pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki, tapi dalam hal ini ia terbalik - Radzi yang kena sambut Hamidah yang berlagak macam pengantin lelaki. Satu lagi lawak jenaka yang dilakukan oleh geng raja lawak ini.  

Radzi yang tenang orangnya terpaksa bangun dari tempat duduknya di pentas debat dan pergi menyambut kedatangan pengantin malam itu yang tidak berseri itu. Tidak lama selepas itu Hamizura jurucakap Hamidah menjerit-jerit meminta pihak penganjur menunjukkan 'permit' polis untuk menganjurkan acara debat terbuka itu. Setelah ditunjukkan permit mereka seolah-olah tiak percaya dan mula menggelabah. Kerana terkejut dengan permit polis, geng Hamidah cuba mencari alasan lain untuk mengelak dari berdebat dengan Radzi Zainon. Rupanya niat mereka datang bukan untuk berdebat, tapi sengaja hendak membuat kecoh, menunjukkan mereka masih ada penyokong dan cuba meminta pihak polis membatalkan debat tersebut. Seperti biasa Hamizura yang sering mendesak pihak berkuasa supaya menurut kehendaknya akhirnya berjaya mempengaruhi pihak polis supaya mengarahkan acara debat pada malam ini dibatalkan. Pengumuman pembatalan debat itu yang sepatutnya diumumkan oleh Moderator diambil alih oleh Hamizura, orang yang paling berkuasa di DUN Sungai Rapat buat masa ini. Hamizura dengan selamba badak mengambil mikrofon dari Moderator dan mengumumkan debat dibatalkan tapi tidak sempat kata-katanya dihabiskan, orang ramai sudah mula membingitkan suasana sehingga tenggelam suara Hamizura yang lantang itu. Siapa berani melawan Hamizura sedangkan pihak berkuasa juga sering dilihat akur kepada kehendaknya.  

Kejadian malam tadi jelas menunjukkan bahawa regu adik-beradik Hamidah-Hamizura sememangnya tidak berniat untuk berdebat dengan Radzi Zainon malah mencari-cari alasan untuk memastikan debat tidak dapat dilangsungkan. Kedatangan mereka hanya untuk menunjukkan kononnya mereka memang berani dengan membawa samseng berbadan besar tapi hakikatnya hati mereka kecil dan mereka itu sangat pengecut.  

Radzi berkata, Hamidah sebenarnya tidak mahu bertanggungjawab di atas tuduhan fitnah yang dilontarkan kepadanya dan ini menunjukkan geng Hamidah tidak ada 'point' untuk menyerangnya dalam isu Sekolah Agama Rakyat. Tambahnya, jika inilah saja tindakan yang mampu dilakukan oleh geng Hamidah/Hamizura, perdebatan tidak akan menjadi kenyataan kerana ini sudah kali ketiga pihak penganjur mencabar Hamidah untuk berdebat. 

Orang ramai yang ditemui juga berasa kecewa dengan tindakan Hamidah itu dan ada yang berpendapat Hamidah sendiri tidak layak untuk bercakap dan tiada kekuatan dalam mengemukakan hujah menyebabkan beliau tidak akan berani menghadapi musuh secara berdepan. 


- MediaPerak.net

No comments:

Followers