28 Mac 2013- Pengkalan Pegoh
Trailer PAS Negara Berkebajikan yang dijadulakan sampai sebelum jam 12 tegahari hari ini kelihatan tiada di lokasi Petronas Stesyen 18 Pengkalan Pegoh sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat yang telah ramai berhimpun di sana. Sejak semalam UPU Pengkalan Gate, Pengkalan Barat dan beberapa petugas MTD bertungkus lumus memasang bendera dan sebagainya.
Selepas dimaklumkan Trailer telah ditahan sekitar Sekolah Cina Poi Lam ramai petugas PAS telah membanjiri lokasi dan berlaku pertikaman lidah dengan pihak polis.
Saudara Anuar Ibrahim selaku Pengurus Kempen Bakal Calon N43 merangkap pengarah lawatan Trailer di parlimen Gopeng telah mempertikai tindakan polis yang menahan trailer tanpa sebab musabab yang munasabah.
"JPJ kata itu urusan polis, polis kata ini urusan kerja JPJ, siapa yang bertanggungjawab sekarang? Trailer ni buat salah apa? Lesen, permit semua ada", hujah Anuar sebelum beliau meminta untuk berjumpapegawai yang bertanggungjawab.
Beberapa polis yang menahan mengatakan mereka hanya makan gaji dan tiada kuasa untuk melakukan apa-apa melainkan menurut arahan. PAS faham dilema yang berlaku di kalangan pegawai dan anggota polis bawahan.
Lebih pelik apabila JPJ minta untuk diperika isi dalam trailer sedangkan mereka boleh melakukannya sebelum trailer bertolak daripada lokasi asal. Beberapa petugas PAS melaung ‘ kami tak bawa senjata’. Banyak trailer lalu lalang di jalan berkenaan hari ini tetapi polis atau JPJ langsung tidak menahan mereka.
Beberapa sekatan polis sebenarnya telah dilakukan sejak pukul 11 pagi di beberapa lokasi menghala ke Pengkalan Pegoh. Antaranya di Lahat, Pengkalan Pegoh dan jalan sekitar Taman Pinji. Namun ia tidak menghalang rakyat untuk memenuhi lokasi yang dihebahkan.
PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa polis yang menahan mereka kerana mengambil kad pengenalan beberapa pengiring trailer tanpa sebab. Malah lebih pelik sekatan dilakukan di lorong kanan, trailer lalu di arah kiri dan polis mengejar trailer menunjukkan mereka memang mensasarkan untuk menahan trailer dan bukannya memeriksa lesen atau cukai jalan pemandu awam.
Lokasi Trailer diubah ke tapak pasar malam Pengkalan Pegoh memandangkan ada satu sekatan lagi sebelum sampai ke Tesco Stesyen 18. Rakyat dihebahkan untuk berpindah lokasi dan sekelip mata rakyat mengerumuni trailer tersebut.
Majlis dimulakan dengan ucapan Anuar Bin Ibrahim sebelum berpindah kepada ucapan Ustaz Radzi Zainon sebagai bakal calon N43. Selepas itu Pak Jabit yang dinanti-nantikan mengambil tempat menyampaikan ceramah berapi beliau sambil menyanyikan lagu anak kecil main api versi BN.
Jika sekitar tahun 1980an dahulu PAS sendiri tidak terbayang akan menggunakan metod trailer untuk melebarkan syiar dan teknik penerangan mudah. Kini ia menjadi bayangan maut kepada UMNO sehingga terpaksa mengerah polis dan JPJ untuk melengahkan perjalanan trailer. Trailer ini tiada apa melainkan sistem pentas yang kompektif. Isi ceramah hanya ringkas tetapi ia cukup untuk menjadi mimpi buruk bagi pemimpin UMNO tempatan. Jika trailer PAS ditakuti oleh UMNO, ternyata UMNO memang jelas bacul dan penakut.
Menurut Pak Jabit, yang ditakuti UMNO bukan sekadar lori tetapi muka pimpinan Pakatan rakyat yang diusung ke sana ke mari yang ditakuti oleh UMNO. Lantaran itu Malaysia sebuah negara mengaku demokrasi tidak pernah memberi ruang pembangkang menghebahkan aktiviti mereka di dalam kaca televisyen mahupun radio.
Selepas Trailer singgah di lokasi baru, kelihatan trak kecil FRU dan sekatan polis di sekitar TESCO masih menanti tetapi polis menghentikan sekatan dan hanya minum sambil berbual-bual. Mereka hanya mensasarkan trailer dan terpaksa menjadi alat BN-UMNO selama mana UMNO masih memerintah negara ini.
Slogan baru mungkin sesuai digunakan, Optimus Prime PAS menakutkan Decepticon UMNO….itu baru lori.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
- sumber: blog landskapsiasah
No comments:
Post a Comment