Sunday, March 31, 2013
Saturday, March 30, 2013
'Auntie Huru-Hara' ditubuhkan Shahrizat buat Wanita Umno
Shahrizat Abdul Jalil yang sebelum ini telah menghuru-harakan negara Malaysia dengan skandal lembu NFCnya kini kembali menjadi tajuk berita.
Beliau seakan tidak mahu namanya dilupakan terus daripada arena politik negara, walaupun telah memalitkan gelaran lembu buat Wanita Umno yang dipimpinnya.
Terbaru, Shahrizat sekali lagi dengan beraninya (walaupun tanpa bukti) telah menuduh yang pihak pembangkang akan melakukan huru-hara pada hari mengundi kelak. Ini katanya kerana pihak pembangkang begitu takut dengan BN sehingga akan menghalang wanita Umno daripada keluar mengundi.
Bunyi tuduhannya itu tak ubah seperti pepatah 'Mengata Dulang Paku Serpih' kerana kenyataannya sekarang ini, BN dan Umnolah yang amat gerun dengan kebangkitan rakyat sehingga berjaya mencipta sejarah negara apabila tidak membubarkan parlimen sehingga tamat tempohnya selama lima tahun.
Ucapan selamat diperguna sekali lagi buat Wanita Umno apabila tertubuhnya skuad 'Auntie Huru-Hara' oleh Shahrizat hari ini. Mungkin auntie-auntie di dalam Wanita Umno belum cukup puas dengan gelaran LEMBU yang dipalitkan kepada mereka oleh Ketua Wanita Umno itu.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.
"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.
"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara. - Malaysiakini
(Video) Bila masa Umno perjuang Melayu? - Cikgu Nazri
Keselamatan pimpinan menurut sunnah
"Mengikut sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari r.h.m. Pada suatu hari, Abu Musa Al-Asy'ari berazam untuk mengikuti pergerakan Rasulullah SAW. Lantas beliau pergi mencari Baginda di Masjid Nabawi tetapi tidak menjumpainya di situ.
Beliau terus mencarinya sehinggalah beliau mendapati Rasulullah SAW berada di dalam sebuah kebun. Baginda sedang duduk di pinggir telaga dengan kakinya terjuntai ke dalam telaga Aris itu. Beliau pun memberi salam kepada Baginda dan kembali semula ke pintu telaga itu sambil berazam untuk menjadi pengawal kepada Baginda untuk hari itu.
Tiba-tiba pintu telaga ditolak dari luar dan Abu Musa mendapati Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. berada di pintu tersebut. Abu Musa pergi memberitahu Rasulullah SAW tentang kedatangan Abu Bakar itu. Rasulullah SAW menyuruh Abu Musa membenarkannya masuk dan mengkhabarkan berita gembira bahawa dia (Abu Bakar al-Siddiq r.a.) adalah ahli syurga. Abu Musa pun mempersilakan Abu Bakar r.a. masuk.
Kemudian, Abu Musa terus menunggu di pintu itu sambil mengharapkan agar ada saudaranya yang datang. Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. pula muncul di muka pintu. Beliau pun pergi memberitahu Rasulullah SAW dan Baginda memberi arahan seperti sebelumnya. Umar bin al-Khattab r.a. pun masuk dan duduk di sebelah kiri Rasulullah SAW. Manakala ABu Bakar r.a. duduk di sebelah kanan Rasulullah SAW dengan kaki mereka terhulur ke dalam telaga itu.
Abu Musa pun kembali semula ke pintu tersebut dengan perasaan tertunggu-tunggu siapakah lagi orang yang bertuah pada hari itu. Pintu telaga diketuk lagi dan kali ini Sayidina Usman bin Affan r.a. pula yang muncul. Abu Musa pergi meminta keizinan Rasulullah SAW dan Usman juga dibenarkan masuk. Rasulullah SAW juga menjaminkan syurga buatnya dengan sebab musibah dan fitnah yang bakal menimpa dirinya.
Apabila Usman mendengarnya beliau pun mengucapkan:
Allahu musta'an (Allah Maha penolong)
Kemudian, apabila Usman r.a. hendak duduk di telaga itu, tempat di sebelah Rasulullah SAW telah penuh, lalu beliau pun duduk berhadapan dengan mereka bertiga."
Kisah di atas di petik daripada buku Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah karangan Dr. Abdul Basit Abd. Rahman.
Kisah ini apabila diteliti, ianya tersirat sebuah sunnah dalam melindungi, mengawal dan juga menjaga keselamatan pimpinan.
Dalam konsep yang ada pada hari ini, kita yang bekerja dalam satu jamaah sudah pasti ingin memberikan sedikit sumbangan dalam kerja-kerja jamaah bersesuaian dengan kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri kita.
Begitu juga dengan bahagian keselamatan para pimpinan jemaah yang sentiasa di intai pihak lawan tak kira tempat dan masa.
Seperti mana kisah di atas yang mana Abu Musa al-Asy'ari yang berazam untuk berkhidmat kepada Baginda Rasulullah SAW telah mengambil peluang untuk menjaga dan mengawal keselamatan Baginda. Kawalan dan khidmatnya itu pula dilakukan dengan cara yang beliau mampu dan tahu, tanpa bantahan mahupun tolakan daripada Baginda Rasulullah SAW sendiri.
Kisah ini membawa mesej bahawa peri pentingnya dalam menjaga keselamatan pimpinan kita setiap masa, apatah lagi saat dan ketika ini, fitnah dan kekacauan sering dilakukan untuk menggugat para pemimpin yang kita sayangi.
Hadis di atas telah memberikan contoh terbaik agar sunnah menjaga keselamatan pemimpin itu diberi perhatian yang serius dan penting.
Agak sedih juga apabila terdapat sekumpulan ahli jemaah yang rela berkhidmat mengikut kemampuan yang mereka ada untuk memastikan keselamatan pemimpin kita, tanpa meminta balasan wang ringgit dan pujian, sanggup menginfaqkan masa, tenaga dan harta, telah dikesampingkan usaha dan niat mereka.
Langsung tiada ruang untuk mereka mencurahkan bakti, mengumpul sedikit pahala.
Siapalah kita untuk menafikan sunnah Nabi seperti yang disampaikan melalui hadis di atas?
Wallahu aklam
(Video) Mahasiswa mahu pendidikan percuma - Yiwa Yogeswari
Ceramah disampaikan oleh Yiwa Yogeswari, Setiausaha Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Perak di Kg Sg Rokam, Ipoh pada 23 March 2013
Saudari Yiwa Yogeswari walaupun beragama Hindu dan berbangsa India, namun sedikitpun tidak kekok berdiri di pentas mewakili parti Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) berceramah mengenai keadilan dan kebenaran.
Friday, March 29, 2013
Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?
GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh. |
Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.
Thursday, March 28, 2013
Gambar Jelajah Treler Negara Berkebajikan di Dun Sg Rapat
28.3.2013 (IPOH) - Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di Negeri Perak dijadualkan untuk membuat roadshownya di Station18 dalam Dun Sg Rapat jam 12 tengahari.
Tetapi agak malang sekali apabila treler tersebut telah disekat dan ditahan oleh pihak polis dan JPJ di laluannya ke lokasi yang telah ditetapkan. Laporan mengenai penahanan tersebut boleh dirujuk di dalam entri sebelum ini.
Oleh kerana treler tersebut ditahan, jadual asal jam 12 tengahari telah dilengahkan hampir sejam. Oleh yang demikian, pihak penganjur telah membuat perubahan dengan menukar lokasi daripada Station18 kepada tapak pasar malam Kg Pengkalan Pegoh. Kesemua yang telah lama menunggu di Station18 diminta untuk beralih ke lokasi yang baru.
Perancangan mereka untuk menggagalkan jelajah ini telah digantikan oleh Allah Taala dengan kelebihan dan kebaikan apabila lokasi ditukar. Lebih ramai yang turut serta di dalam jelajah ini kerana kawasan tersebut merupakan laluan utama dan sibuk sepanjang hari.
Mari kita lihat sekitar program tengahari tadi:
Inilah Treler Negara Berkebajikan PAS yang digunakan untuk pimpinan bertemu dengan rakyat di seluruh pelusuk negara |
Treler yang boleh berubah menjadi sebuah pentas besar |
Ustaz Radzi Zainon memberikan sedikit ucapan di atas pentas treler |
Ustaz Radzi memberikan penerangan mengenai beberapa tawaran Pakatan Rakyat |
Ada yang menonton melalui dewan orang ramai |
Ada yang datang ke hadapan treler |
Pelakon Man Kadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Jabit turut berucap |
Celoteh pelakon 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' ini berjaya mencuit hati penonton |
Selepas Pak Jabit selesai berucap, program terpaksa dihentikan demi memberi laluan untuk azan Zuhur daripada Masjid Kg Pengkalan Pegoh yang hanya bersebelahan sahaja. |
Muslimat Pas Gopeng mengambil peluang bergambar di atas treler |
Geng Taman Song Choon bergambar bersama Ustaz Radzi dan YDP Gopeng, Haji Rahim |
Haji Asmuni berbincang mengenai penahanan polis tadi dengan krew treler |
Bergambar kenangan dengan 'Optimus Prime' Treler Negara Berkebajikan PAS |
Walaupun hanya sebuah treler tetapi gelak sakan tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu telah mengganggu tidur dan mimpi pimpinan Umno Perak |
Umno gelabah treler Pas masuk Pengkalan Pegoh
30 polis dan JPJ tahan treler PAS
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.
Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua
Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.
Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.
Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.
Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.
Tuesday, March 26, 2013
SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO
100 org pemain cyber berkumpul memulakan gerakan Haramkan Umno |
- menyampaikan penerangan 'kenapa Umno organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara.
- menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing - masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com
- Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Wacana Sinar ke-18 kupas isu 'Artis Masuk Politik'
BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi.
Ahli panel terdiri daripada Bob Lokman dan Hairie Othman yang masing-masing merupakan ahli Pas, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.
Wacana kali ini, yang berlangsung pada Selasa ini, dikendalikan oleh Dekan Fakulti Teater dan Animasi UiTM, Prof Madya A Razak Mohaideen.
Wacana Sinar bermula dengan moderator Prof Madya Razak kemukakan soalan "di Malaysia, artis melukut di tepi gantang. Adakah benar?"
Hairie Othman jawab moderator Wacana Sinar: "artis perlu lebih faham dan hak untuk mengundi. Tidak timbul artis digunakan untuk pancing".
Malah kata Hairie, "... jika artis tidak undi, ini adalah tidak wajar kerana seolah-olah tidak diberi tanggungjawab"
Shuhaimi Baba pula kata, "artis dalam politik telah lama berlaku, tak boleh dipisahkan, hari ini semuanya politik."
Shuhaimi Baba juga berkata, "... tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem."
Shuhaimi Baba tambah kata, "kita buat filem dengan kasih sayang, bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tapi sepanjang masa."
Shuhaimi Baba juga kata, "apa yang saya tengok politik sekarang lebih kepada kebencian."
Kata Shuhaimi Baba lagi, "oleh itu artis boleh mainkan peranan untuk seimbangkan balik kebencian yang wujud tanpa mengira ideologi."
Oleh itu, kata Shuhaimi Baba, "kita perlu hormat. Itulah integriti, integriti perlu ada. Artis perlu untuk meredakan kebencian."
Bob Lokman: "Seorang artis masuk politik tak perlu nak tunjuk pandai."
Malah kata Bob Lokman, "kredibiliti saya terbukti kerana saya berjaya pancing undi."
Zed Zaidi: "Artis bukan untuk pancing undi. Artis sekarang dah mula bijak berhujah."
Kata Zed Zaidi: "Ia satu anjakan paradigma dalam industri seni. Maaf cakap, ahli politik kurang popular."
Zed Zaidi: "Mereka popular kena cipta kontroversi. Artis nak politik kena atas landasan betul. Biar jadi artis berpolitik yang berkualiti."
Zed Zaidi: "Saya anggapan mereka (artis) berhak menyertai politik."
Kata Zed Zaidi, "artis bukan lagi sekadar penghibur tetapi layak untuk jadi pemimpin."
Zed Zaidi juga kata, "kredibiliti perlu dengan pengetahuan yang tinggi dan kriteria tertentu seperti diploma atau ijazah."
Hairie berkata, "PKR dan PAS khususnya, kita diraikan dan diberikan peluang untuk dedahkan apa yang perlu."
Hairie berkata, "kita diberi peluang, walaupun tak menang, harus diberi peluang diri atas pentas bagi kongsi pendapat."
Hairie: "Tidak tepat untuk tuduh artis tidak laku baru mahu terlibat dengan politik. Saya bangga dengan pencapaian saya."
Hairie Othman: "Tidak tepat bahawa artis itu tidak laku, saya rasa bertuah kerana saya boleh berdiri sebaris dengan pemimpin PR."
Hairie Othman: "Kalau kita nak masuk politik untuk ditawar jawatan, perjuangan kita akan kecewa, lepas itu tidak join dah."
Moderator Wacana Sinar: "Artis sering dilihat takut untuk menyatakan pendirian politik mereka. Adakah kerana takut tak dapat cari makan? Apa pandangan?"
Shuhaimi Baba: "Kalau kita kata artis itu haram, ramai pemimpin di Parlimen juga haram."
Malah kata Shuhaimi Baba: "Ahli politik memang perlu berlakon, lagi banyak lakonannya lagi banyak nilainya."
Zed jawab: "Saya kurang setuju. Apabila artis masuk pembangkang sebab nak perjuangkan Islam, buatlah tapi sekarang sudah jadi lain."
Zed tambah, "Rakan artis pergi Gaza pun kena hentam. Pada saya, artis kena tahu hujah dan fakta supaya org makin sayang."
Malah kata Zed, "orang memang dah pandang negatif pada golongan artis ini, jangan ditambah."
Moderator: "Apakah artis ada satu sifat yang benar-benar bukan berlakon?"
Zed jawab: "Kalau untuk pelakon, cuma berlakon dalam teater atau layar perak saja.
Kata Zed lagi: "Kalau di luar, mereka real. Kalau anda kata YB itu berlakon, suruh dia berdaftar dengan Seniman sebab itu syarat wajib."
Shuhaimi Baba: "Artis digunakan untuk pancing undi, lazimnya dari dulu Hollywood, Bollywood, bezanya artis negara lain kaya."
Shuhaimi Baba: "Artis main peranan kalau pilih artis ada kebolehan, tidak mustahil masuk parlimen."
Soalan kepada panelis: "Kenapa Kelantan tiada pawagam, macam mana jika pembangkang ambil alih?"
Hairie: "Mungkin di Kelantan, rakyat nampak ada pawagam benda yang tidak elok."
Hairie: "Tidak mustahil kalau nanti ada sistem lebih baik, mereka akan terima pawagam di Kelantan."
Moderator: "Adakah Bob kesal menjadi artis?"
Bob Lokman jawab: "Saya tak kata saya menyesal jadi artis."
Moderator soal lagi: "Kenapa tak duduk sebagai artis dan bersihkan dalam industri?"
Jawab Bob Lokman, "saya tak kata jadi artis ini makan duit haram tetapi pinggan yang kita gunakan itu kotor."
Soalan kepada panelis: "Kenapa kita tidak mencipta lebih banyak filem kenegaraan?"
Shuhaimi Baba: "Filem saya tak boleh ditayangkan, ramai hentam apabila saya buat tak boleh ditayangkan pula.
Shuhaimi Baba: "Jadi masyarakat perlu terbuka. Contohnya parti pembangkang telah menghantar e-mel dan sebagainya."
Shuhaimi Baba: "... hakimi filem saya akan beri kesan buruk pada saya dan rakyat terutama pembangkang yang tak melihat tapi kutuk filem saya."
Dapatkan laporan penuh Wacana Siri 18: Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi di akhbar Sinar Harian esok
Jelajah Treler Negara Berkebajikan di negeri Perak mulai hari ini
Jelajah Treler Negara Berkebajikan akan bertandang ke negeri Perak mulai hari ini. Pelbagai acara yang telah disediakan disetiap tempat yang disinggahi treler tersebut.
Treler yang akan bertukar menjadi sebuah pentas itu akan dimeriahkan lagi dengan 2 personaliti terkenal iaitu Bob Lokman dan juga Pak Jabit yang akan mengacarakan persembahan dan ucapan di situ.
Pimpinan tempatan Pas juga akan bersama anda di sana dan terdapat juga beberapa buah tangan untuk anda bawa pulang. Untuk anak-anak pula, hadiah istimewa akan diberikan kepada mereka.
Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri treler yang boleh transform itu serta bergambar sekeluarga di atasnya.
Lihat jadual perjalanan Jelajah Treler Negara Berkebajikan ke seluruh pelusuk negeri Perak mulai hari ini sehinggalah Jumaat nanti.
Ketua Pemuda Umno Perak pengarah kepada 20 syarikat?
Blog Save Umno Perak sekali lagi membuat pendedahan mengenai Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun yang menjadi pengarah kepada 20 buah syarikat sehinggakan kekayaannya kini melimpah ruah selepas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh Umno.
Pergolakan dalaman Umno Perak yang menyaksikan kem Husni Hanadzlah kini membongkar skandal yang menyelubungi kem Zambry Kader yang mengkayakan kroninya sahaja.