Sunday, February 3, 2013

RM500 untuk rakyat Malaysia, RM2,000,000 untuk penyanyi Korea

Wang negara adalah wang rakyat. Mana-kerajaan yang dipilih rakyat perlulah menjaga amanah dalam mengurus tadbir wang negara.

Menjelang pilihanraya umum kali ini, wang negara bagaikan punyai lebihan yang cukup banyak. Tiada lagi keperluan untuk menyimpan dan berjimat.

Kerajaan BN pula mengenengahkan konsep Wasathiyah yang bermakna bersederhana. Rakyat digalakkan untuk menjalani kehidupan yang bersederhana dan berjimat cermat.

Tetapi bagaimana pula kerajaan hari ini membelanjakan wang rakyat? Secara wasathiyah kah?

Perayaan Tahun Baru Cina kian menjelang. Pelbagai program diatur kerajaan untuk menarik hati rakyat.

Salah satu program yang akan diadakan nanti adalah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Pulau Pinang pada 11 Februari anjuran BN Penang.

Acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri itu bakal diserikan lagi dengan persembahan artis luar negara.

Penduduk Pulau Pinang pastinya bertuah kerana BN Penang telah menjemput seorang penyanyi dari Korea yang telah menggegarkan dunia dengan lagunya, Gangnam Style. Penyanyi tersebut adalah Psy.

Apa yang difahamkan adalah penyanyi Psy yang akan membuat persembahan pada hari itu (dengan hanya SATU lagu) bakal menerima bayaran sebanyak RM2 juta (mungkin termasuk ataupun tidak termasuk jet peribadi, suite hotel, pengawal peribadi, kereta limousine 24 jam).

Dari mana datangnya wang RM2juta untuk dibayar BN Penang kepada Psy nanti? Bukankah daripada wang rakyat?

Rakyat Malaysia yang kini sedang rancak menerima bantuan BR1M 2.0 hanya mendapat RM500 sahaja sedangkan artis luar negara yang hanya datang untuk buat persembahan lebih kurang sejam mendapat RM2 juta (RM2,000,000).

Jika beginilah kerajaan hari ini membelanjakan wang rakyat, tidak hairanlah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengatakan pada 28 Mei 2010 lalu bahawa negara Malaysia bakal bankrap.

Rakyat diberi RM500 untuk sedikit rasa terhibur tetapi pemimpin negara membelanjakan RM2 juta untuk mereka berhibur.


No comments:

Followers