Suatu ketika semasa BERSIH 3.0 para peniaga telah membuka gerai pasar malam di hadapan rumah Ambiga Pengerusi Bersih atas alasan himpunan untuk menuntut pilihanraya yang adil itu menyebabkan peniagaan mereka rugi dan ramai rakyat tidak membeli jualan mereka.
Sedangkan jelas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini peniaga daripada luar KL juga mengaut keuntungan menjual makanan dan minuman ringan inikan pula peniaga KL sendiri?
Ternyata provokasi peniaga rugi adalah propaganda palsu yang mengaibkan. Malah terbukti tindakan kerajaan BN sendiri yang menyusahkan peniaga.
Contohnya sepanjanag penutupan jalan di hadapan UTC (Urban Transfornation Centre) Ipoh dahulu dikenali sebagai Superkinta, peniaga-peniaga barangan basah menanggung rugi besar. 3 hari mereka kehilangan pelanggan.
Peniaga rugi sepanjang 13, 14, dan 15 Feb 2013 ini di UTC Pasar Besar Ipoh (Super Kinta).
En Rashid seorang peniaga yg juga setiausaha peniaga menghadiri mesyuarat pada 07 Feb 2013 menjelaskan bahawa peniaga boleh berniaga tapi dinasihatkan supaya bercuti, kerana jalan disekeliling pasar ditutup kerana dipasang dgn khemah dan kenderaan tidak dibenarkan masuk.
Hal ini menyebabkan peniaga dan pembeli tidak dapat berurusan selama 3 hari.
Tujuan penutupan jalan adalah untuk menyambut Perdana Menteri. Di dalam posting akan datang akan dimasukkan gambar kerusi-kerusi kosong yang menyambut Perdana Menteri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat
Sumber: blog landskapsiasah
No comments:
Post a Comment