Wednesday, December 12, 2012

Isu Larut: Lima Cawangan Bantah kenyataan Ketua PAS Cawangan Sg. Bayor

Ketua Cawangan dan AJK dari lima cawangan sepakat menafikan kenyataan Ketua PAS Cawangan Sg. Bayor, Sdr Zanian.
 
Selama: PAS Larut tampil membuat penafian bahawa enam cawangan dalam DUN Selama akan memboikot PRU-13 sekiranya YDP PAS Larut, Dr Dhari tidak dipilih sebagai calon. 

Menurut setiausaha MTD DUN Selama, saudara Mohd Ridzuan Abd Malik. Kenyataan ketua cawangan PAS Sg. Bayor iaitu sdr Zanian bukanlah mewakili ahli-ahli PAS tetapi adalah mewakili individu, bahkan PAS Larut mempunyai bukti bahawa kehadiran pada sidang media itu ada diantaranya adalah ahli Umno. Oleh itu beliau juga turut mensyaki bahawa ada pihak ketiga disebalik sidang media tersebut.

Selain itu, beliau juga menafikan bahawa keseluruhan ahli daripada enam cawangan tersebut berjumlah seramai 1500 orang. "Kita telah menyemak senarai nama ahli di cawangan dan kita dapati jumlah tersebut adalah satu pembohongan". 

Beliau turut menjelaskan bahawa hanya lima cawangan sahaja yang wujud dan bukannya enam seperti dalam kenyataan akhbar. Malah kenyataan yang menyatakan Dr. Dhari mendapat 14 sokongan daripada cawangan dan 9 sokongan yang diperolehi oleh Ust Akmal juga adalah suatu hujah yang amat jahat. "Untuk makluman semua, dalam DUN Selama kita hanya mempunyai 17 cawangan sahaja bukannya 23 cawangan". Ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, beliau menyifatkan perkara ini ada hikmahnya iaitu Jentera DUN Selama bertambah kuat dengan berlakunya isu ini. 

"Sebelum ini, kalau diadakan pertemuan, jumlah kehadiran boleh dikira dengan jari. Tetapi dengan isu ini, baru-baru ini kita menerima 85 kehadiran dalam mesyuarat. Ini sebagai tanda sokongan terhadap kita semakin kuat.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa dalam PAS tidak ada istilah ahli baru atau ahli lama seperti didakwa oleh Ketua Cawangan PAS Sg. Bayor iaitu saudara Zanian. "Kita telah diajar oleh pimpinan bahawa semua ahli adalah sama dan tidak ada yang boleh mendabik dada bahawa seseorang itu telah lama berjuang untuk parti, namun kecewa apabila tidak dipilih sebagai calon". Tegas beliau.

Diakhir pertemuan tersebut, beliau menyeru kepada ahli bawahan yang tidak berpuas hati supaya akur dengan kenyataan YDP PAS Larut yang menggesa untuk menerima keputusan pucuk pimpinan parti dalam isu ini dan kembali fokus kepada matlamat menumbangkan BN dalam PRU akan datang, beliau juga menyeru agar Dr Dhari khususnya agar cepat menyelesaikan isu ini daripada dimainkan oleh pihak musuh.


Sumber: teratakkampungku.blogspot.com

No comments:

Followers