Tuesday, February 28, 2012

Umno jangan guna samseng upahan untuk sekat kemaraan Pakatan Rakyat - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, 28 Februari, Tindakan ganas dan ala samseng Umno kian melampau apabila mensasarkan serangan mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian, .

Pemimpin Umno takut berhujah dan berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat, lalu mereka menggunakan cara samseng  untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat,jelas beliau.
Memetik ucapan beliau, "Ini cara yang sering digunakan pemimpin yang zalim,buktinya kebelakangan ini, program Pakatan Rakyat sering diganggu samseng upahan Umno tetapi kelakuan mereka dibiarkan polis sekalipun menyebabkan kecederaan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat"

" Kita yakin stategi memberi upah samseng untuk merosakkan majlis yang dianjurkan Pakatan Rakyat membuktikan Umno semakin terdesak dalam meraih keyakinan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang"

"Ini adalah pilihan raya pertama dalam sejarah yang menyaksikan Umno tidak dapat memastikan kemenangan ekoran suasana politik sudah berubah, maka disebabkan itulah mereka sedaya upaya untuk merosakkan program yang dianjurkan Pakatan Rakyat supaya maklumat tidak sampai kepada rakyat" 

" Kebelakangan ini, program Pakatan Rakyat sering diganggu samseng upahan Umno BN tetapi kelakuan mereka dibiarkan polis sekalipun menyebabkan kecederaan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat"

Justeru itu, PAS Perak menyeru agar pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan samseng upahan yang bertindak ganas dalam setiap program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Polis perlu bersikap neutral serta professional dalam menyiasat segala insiden yang berlaku agar dapat mengembalikan kewibawaan polis.

Hal, ini kerana banyak laporan polis telah dibuat berkenaan tindakan samseng upahan UMNO tetapi tiada tindakan serius diambil untuk membanteras insiden tersebut terus berlaku dan seterusnya mengelakkan sebarang persepsi polis yang berpihak sebelah,tegas beliau.

Selain itu, kita diperingkat Pakatan Rakyat mempunyai bukti-bukti yang kukuh yang mengaitkan kegiatan samseng tersebut ditaja oleh Umno, bukti yang jelas antaranya ialah insiden di Jalan Kebun,yang mana kita ada bukti gambar yang menunjukkan ketua samseng yang membuat kacau berjumpa dengan pemimpin Umno," katanya.

http://perak.pas.org.my/

PM tidak perlu tunggu Umno/BN dapat 2/3 majoriti - Dato Tuan Ibrahim

Dalam kenyataan semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka.

Namun begitu, beliau menyatakan bahawa isu ini perlu pindaan perlembagaan.

Sepatutnya, bukan sahaja kuasa pemantauan diberikan kepada kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bahkan kuasa pendakwaan juga sepatutnya diberikan kepada SPRM, dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara sebagaimana kini. 

Apa yang penting bagi SPRM bukan semata-mata siasatan, tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan. Rakyat masih bertanya kemana pendakwaan kes berprofile tinggi yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, demikian juga isu besar NFC dan sebagainya. 

Sehubungan itu, PAS melalui Jawatankuasa Khas Parlimen akan meneliti dan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti-Rasuah yang dicadangkan PM dengan beberapa perkara yang disebut di atas.

PAS akan mengemukakan usul tersebut di dalam sidang parlimen akan datang.

PM tidak perlu menunggu untuk mendapatkan 2/3 majoriti dalam pilihanraya akan datang, kerana rakyat akan menilai sejauhmana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan BN terhadap usul yang akan dibawa PAS.

Rakyat sudah tentu masih ingat wayang 'anti-rasuah' yang dimainkan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia.

Jika PM ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji berbentuk 'you help me, I help you' untuk mendapatkan undi rakyat, kerana pihak PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,

Ketua Penerangan PAS Pusat

28 Februari 2012

Monday, February 27, 2012

Lelaki yang menyerang Nurul Izzah telah dikenalpasti




Nurul Izzah dilaporkan hampir dipukul sewaktu ceramah di Felda Lepar Hilir oleh samseng-samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat itu. 

Kini, lelaki yang menyerang Nurul Izzah telahpun dikenal pasti melalui gambar diatas. Gambar tersebut telah diperolehi melalui ruangan laman twitter yang kini ligat berlegar.

Laporan polis juga telah dibuat, semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan segera agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

  • Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa
  • 9:03AM Feb 27, 12
  • Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

    Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

    NONECeramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.

"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap ... tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

NONE"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rallyKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

PAS yakin isu Kedah selesai dengan aman - Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS yakin isu Kedah dapat diatasi secara harmoni melalui ukuhwah Islamiah dan musyawarah.

Melalui beberapa pertemuan dan perbincangan pimpinan, PAS mendapati isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang terlibat lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas dan ada  jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku.

Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku.

Pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

PAS yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi.

Dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jamaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti. 

Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jamaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jamaah. 

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Lebih 1000 hadir Himpunan Hijau Anti Lynas di Bukit Merah










Berita dan Foto oleh Muhammad Faeez

IPOH, 26 feb: Lebih 1000 rakyat di seluruh negeri Perak terutama penduduk Bukit Merah, Menglembu hari ini, telah berhimpun untuk menyatakan bantahan terhdap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Himpunan tersebut diadakan di Bukit Merah, Ipoh iaitu lokasi Asian Rare Earth (ARE) beroperasi pada awal 80an hingga 90an.

Pelbagai sepanduk dinaikkan serta semua yang hadir telah mengibar bendera hijau tanda bantahan terhadap pembinaan loji yang berisiko tinggi itu.

Himpunan ini turut disertai oleh NGO dan parti-parti politik termasuklah PAS , DAP dan PKR.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; ADUN Menglembu, YB Lim Pek Har dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Sejak awal pagi rakyat terutama penduduk Bukit Merah yang pernah merasai kesan terhadap sisa radioaktif telah berhimpun sambil melaung laungkan slogan 'anti Lynas' dan 'hidup rakyat'.

Sunday, February 26, 2012

Isu ditangkap khalwat: Penjelasan penuh Ustaz BadrolAmin

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

Saturday, February 25, 2012

Cubaan ADUN Sungai Rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi

25 Februari 2012- Ceramah Perpaduan Ummah yang diadakan oleh UMNO Bahagian Gopeng berdekatanceramah Umum yang dilakukan oleh pakatan Rakyat di Changkat Larang malam ini merupakan kali ke-5 dilakukan oleh UMNO atas arahan YB Dato' Hamidah untuk mengganggu program penerangan PAS dan Pakatan Rakyat selain tindakan yang sama di lakukan di Taman Maju Rapat pada 21 Feb yang terakhir dilakukan.

Melalui siri ceramah yang sarat dengan perkauman dan laungan slogan perkauman melayu, UMNO masih gagal melaksanakan program yang bersifat multi-kaum untuk menyaingi program ceramah dan penerangan pakatan rakyat.

Menurut Ustaz radzi Zainon iaitu Penyelia DUN (PAS)Sungai Rapat, strategi YB Dato' Hamidah sekarang adalah mengadakan ceramah yang diberi nama ceramah akidah dan perpaduan ummah di sebelah semua majlis ceramah Pakatan rakyat.

"hamidah sekarang tiada kerja melainkan meninjau di mana banner ceramah PAS dan Pakatan rakyat dan dengan wang yang cukup banyak dikerahkannya jentera UMNO untuk menganjurkan ceramah atas nama agama dan perkauman. Hamidah tetap gagal kerana masih gagal mengadakan program 'ceramah mee segera' ini dengan melibatkan komponen lain BN melainkan hanya penceramah melayu semata-mata" Jelas Ustaz Radzi Zainon kepada Unit Penerangan MTD Sg Rapat.

Menurut penduduk Changkat Larang, mujurlah ada limpahan air sisa najis di sebelah Dewan KEMAS kerana jika tidak pasti UMNO akan mengadakan ceramah di dewan berkenaan yang lebih dekat dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat.

Sebelum ini di Taman Maju Rapat, YB Hamidah cuba menganggu ceramah Dato' Adnan bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak dengan mengambil tapak ceramah Pakatan Rakyat menyebabkan pihak PAS cawangan Taman Maju Rapat terpaksa memindahkan ceramah di kawasan homestay. Isi ceramah tersebut yang sarat dengan sifat bermuka-muka UMNO yang kononnya bencikan Pakatan Rakyat yang dikatakan bersekongkol dengan Zionis cukup menjelakkanbeberapa hadirin wanita Kampung Sungai Terap Batu Gajah yang diarahkan hadir menggunakan beberapa bas tajaan UMNO.

Banner ceramah malam ini juga diconteng oleh anasir liar yang diupah pihak tertentu untuk merosak imej penceramah Pakatan Rakyat.

Ceramah Pakatan Rakyat malam ini dimeriahkan oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat, YB Thomas Soo (ADUN Pasir Pinji) dan Ustaz Radzi Zainon selaku pengerusi majlis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Friday, February 24, 2012

Mahathir, Apco bukti Malaysia punyai hubungan dengan Israel

IPOH 24 Feb: PAS Perak mendesak agar kerajaan Barisan Nasional mengakui bahawa kerajaan Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan Israel sejak tahun 1996 lagi.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian, menyatakan bahawa Mahathir merupakan perdana menteri yang banyak menyalahgunakan kuasa ketika ia menjadi Perdana Menteri satu tika dahulu, jadi tidak mustahil Mahathir sanggup mengadakan hubungan dengan Negara haram Israel.

Memetik kata-kata beliau,

" Dengan bukti yang kukuh, pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke 15 negara terbesar di dunia yang berurusan dengan rejim zionis dari segi hubungan dagangan"

"Sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf negara Israel, tidak sepatutnya wujud sebarang hubungan dengan syarikat mereka, seperti APCO yang mendapat bayaran RM77 juta setahun oleh kerajaan," jelasnya lagi.

Mahathir dan kerajaan bn jangan cuba menipu rakyat, semua rakyat tahu setiap perubahan dasar membabitkan hubungan dengan Israel, semestinya diluluskan di dalam mesyuarat cabinet dan bukankah ketika itu Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat kabinet pada tahun itu (1996),"

"Kerajaan Umno-BN selama ini mendakwa mereka anti-Israel, sebaliknya merekalah yang menjadi agen zionis Israel di Malaysia".

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

Thursday, February 23, 2012

Peguam Umno dan bekas Ketua Hakim Negara pula dapat projek besar — Aspan Alias

23 FEB — Di Malaysia ini semuanya boleh berlaku, kecuali bertanding Presiden Umno. Rasuah boleh, menyalahgunakan kuasa boleh dan sudah menjadi biasa dan lazim, Pinjam wang kerajaan beratus juta yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pemiliharaan lembu boleh digunakan untuk membeli kondominium mewah diseluruh dunia. Pemimpin-pemimpin dan menteri-menterinya boleh menerima komisyen pembelian kapal selam, kapal perang udara serta pembelian kapal perang dilaut. Kalau dikumpulkan jumlahnya mungkin berbillion ringgit, tetapi ia tidak mengapa kerana di Malaysia ini semuanya "Malaysia boleh".

Di Malaysia juga yang naik menjadi pemimpin itu ramai yang takut kepada isteri atau yang selalu ditakut-takutkan oleh isteri mereka. Mereka yang tidak takut isteri jarang yang dapat naik ke atas atau tidak naik langsung. Ada menteri susah hendak memberikan "appointment" kepada sesiapa yang hendak berjumpa dengannya, tetapi apabila meminta berjumpa dengan pak menteri itu melalui isterinya, tidak sampai setengah jam menteri itu akan memberikan tarikh dan masa untuk berjumpa itu.

Semuanya boleh berlaku. Maklumlah kita mempunyai slogan "Malaysia boleh". Semuanya boleh kecuali untuk berbeza dengan pimpinan Umno. Umno itu "supreme", lebih tinggi dari Raja-Raja, kerana pada tahun 1993 dahulu Umno telah menelanjangkan Raja-Raja seolah Raja-Raja itu lebih rendah dari manusia biasa seperti saya ini. Hanya sekarang baru kita mendengar Umno kembali bercakap baik kepada Raja-Raja terutamanya setelah terdesak. Apabila terdesak Umno akan berlindung di bawah ketiak Raja-Raja pula. Semuanya boleh.

Sekarang timbul pula satu lagi isu dalam lingkungan slogan "Malaysia boleh", iaitu bekas Ketua Hakim Negara bersama peguam Umno Hafirizam Harun telah dianugerahkan projek lebuhraya bernilai RM2.2 billion pula. Di seluruh dunia khususnya negara-negara maju hakim itu tinggi kedudukannya. Hakim-hakim itu tinggi darjat mereka di dalam hiraki masyarakat. Hakim itu mempunyai disiplin kehidupan harian yang amat tinggi dan ianya akan tetap begitu sehingga akhir hayat mereka. Tetapi oleh kerana slogan "Malaysia boleh" bekas ketua hakim negara kita pun menjadi ahli perniagaan besar dan diberi pula konsessi lebuhraya bertol dilembah kelang.

Jauh sangat rendahnya kredibiliti Jabatan Kehakiman kita sampai bekas ketua hakim negara pun mendapat konsesi lebuhraya bertol. Kalau kita tegur perkara ini akan ada di kalangan penyokong-penyokong Umno akan memberi jawapan seperti, "hakim pun nak makan juga. Takkan hakim nak jadi peon pula!" Slogan "Malaysia boleh" ini boleh mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

Jika kita lihat hakim-hakim di India, England, Australia dan di mana-mana sahaja hakim-hakim tidak terlibat dengan perniagaan. Tetapi oleh kerana di sini perkara ini sudah menjadi biasa maka jika kita kritik isu ini, kita pula dianggap sebagai kumpulan yang salah. Itulah sebabnya saya pernah berkata Umno ini merupakan agen yang membawa dalil-dalil hari hendak kiamat. Perkara yang salah dikatakan benar dan yang benar dianggap salah. Ini lah sumbangan besar Umno, iaitu meruntuhkan etika "professionalism" umat Melayu dan ini akan memakan masa puluhan tahun untuk membetulkannya kembali. Itu pun jika pemerintah yang sekarang ini tidak lagi diberi mandat.

Sememangnya pemerintah pada hari ini sudah kehilangan hidayah. Lagi ramai orang mengkritik lagi banyak perkara-perkara sumbang dilakukannya. Pimpinan tidak ada rasa malu dan segan membenarkan perkara seperti memberikan konsessi lebuhraya yang tidak beretika ini dilihat oleh rakyat seluruh negara dan juga masyarakat antarabangsa. Malahan inilah kejadian yang amat tidak senonoh yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan yang demokratik dan transparen.

Tidak ada lagi ketua hakim negara bagi negara maju yang mendapat konsessi lebuhraya sejurus selapas bersara dari perkhimatan awam. Bagaimanalah keadaaan negara jika mereka yang mempunyai mentaliti sebegini terus memerintah kita. Apakah yang akan terjadi kepada nasib masa depan generasi kita yang tidak mempunyai hubungan baik dengan mereka yang berkuasa itu?

Kita yang ramai-ramai dibawah ini disuruhnya bertungkus lumus untuk memenangkan mereka dengan bayaran RM500 tetapi apabila berkuasa mereka yang tidak pernah mengeluarkan peluh untuk Umno pula yang mendapat habuan yang begitu besar. Pendeknya rakyat yang ramai ini diperlakukan seperti buruh kasar tetapi segala keuntungannya diberikan kepada rakan kroni dan yang hampir dengan pimpinan yang mendapat kemenangan tadi.

Kerja keras yang membanting tulang itu adalah kewajipan rakyat tetapi segala labanya adalah untuk kroni dan rakan-rakan mereka yang berkuasa. Orang Melayu dijadikan seperti hampas tebu, habis madu sepah dibuang. Pimpinan sampai hati melihat rakyat yang kebanyakkannya orang Melayu beratur dan berpanas berjam-jam lamanya untuk mendapatkan imbuhan serta upah menyokong mereka dengan RM500 setelah kekayaan mereka diperah dan di hisap oleh mereka yang berkuasa serta kroni-kroni belaan mereka.

Pimpinan tahu, kambing dan lembu yang ditambat itu mesti diberi makan. Maka itulah dia upahnya untuk makan lembu-lembu yang ditambat itu, iaitu wang "sogokan" RM500. Ianya ibarat lembu yang telah membajak sawah seharian dan pulangannya hanyalah rumput-rumput kering yang disabit dan dikumpulkan ditepian laman rumah mereka. Sesekali diberikannya garam untuk menyihatkan tubuh badan lembu-lembu itu. Esok harinya lembu-lembu ini akan bekerja lebih kuat lagi untuk kepentingan tuan mereka yang berkuasa itu.

Dalam pada itu masih ada orang Melayu berbangga dengan kejayaan pemimpin-pemimpin mereka yang telah memerah keringat mereka untuk kepentingan pemimpin-pemimpin sokongan mereka.

Sedih juga melihat gelagat mereka ini, tetapi apa nak buat. Mereka sendiri yang suka dibohongi dan peralatkan pimpinan mereka. Masih ada dikalangan orang Melayu yang bertepuk tangan keriangan apabila pimpinan mereka menipu dan memperalatkan mereka sambil meraut segala harta benda mereka dan dibawa lari. Masih ada orang kita yang masih bersukaria kepala mereka di "gomeng-gomeng" oleh pemimpin sebangsa mereka sejak dua tiga dekad dahulu. Nasib kaulah jang! — aspanaliasnet.blogspot.com

Wednesday, February 22, 2012

Kenyataan Mursyidul Am Pas: Datuk Seri Anwar, Palestin & Israel

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk
Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk
menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang
disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama'
PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall
Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama' juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan
secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan
agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal
bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato'
Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri
Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS
sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' , iaitu PAS sekali-kali
tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong
perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada
Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel
merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat
Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan
penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat
Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah
haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf
negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh
kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala
bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap
sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah
airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa
bentuk hubungan sekalipun.


*
Nik Abdul Aziz Nik Mat.*
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.
------------------------------

Tuesday, February 21, 2012

Izzah: Jelaskan projek RM2.2 bilion kepada bekas Hakim, Peguam Umno

KUALA LUMPUR 21 Feb: Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

"Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan mengaitkan dua individu berkenaan mendapat habuan kerana peranan mereka membantu rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua syarikat yang menerima konsesi itu iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Manakala Isteri Tun Zaki pula merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.

Sehubungan itu, Izzah antara lain menuntut Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis, berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.

Beliau juga menggesa supaya kerajaan mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender lebuhraya itu kepada syarikat berkenaan.

"Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?,"  Soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selain itu, beliau turut menuntut kerajaan mengeluarkan maklumat lengkap berkenaan konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan lebuh raya berkenaan.

"Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia," tegasnya.

- Keadilan Daily

Bantuan pantas PAS Batu Gajah terhadap mangsa banjir Kg Seri Jaya mendapat pujian

21 Februari 2012- Tindakan pantas PAS Batu Gajah serta Skuad bantuan Pusat Khidmat DUN (PAS) Sungai Rapat membantu mangsa banjir di kampong Seri jaya Batu Gajah perlu diberi pujian, begitulah luahan perasaan beberapa penduduk Kampung berkenaan selepas misi bantuan dan menyelamat dilakukan tamat pada 1.15 tengahari ini.

Kerja menyelamat dan bantuan bermula pada jam 10.30 pagi dengan meranduk air banjir memindahkan perabot dan peralatan mangsa.

Seperti biasa segala aktiviti yang dilakukan oleh Pusat Khidmat PAS yang diketuai oleh Ustaz Radzi Zainonpasti akan diikuti oleh pihak YB Dato' Hamidah Osman yang hanya sempat hadir pada jam 4.00 petang selepas kerja bantuan dilakukan oleh petugas PAS Batu Gajah dan Pusat Khidmat PAS.

Malah selepas jam 5.30 petang Ustaz Radzi Zainon sempat beramah mesra bersama penduduk kampong dabn mangsa banjir dan hanya disertai oleh YB ADUN Sg Rapat pada jam 6.00 petang di perkarangan Masjid Seri Jaya.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Banjir di Manjoi: Pas mendahului bantuan seawal 5 pagi


Gugusan Manjoi : 20 Feb : Kehadiran Team Perakite seawal 5 pagi telah memberi tamparan kepada UMNO Tambun, dengan kelengkapan 3 kenderaan pacuan 4 roda dan 3 buah bot, telah mmapu mengurangkan bebanan para mangsa banjir besar di gugusan manjoi.

Kami menyiapkan pasukan penyelamat dengan diketuai Sdr Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, pada peringkat awal pada jam 5pagi kami hanya dapat mengumpul 5 orang petugas, tetapi bilangannya meningkat kepada hampir 30 orang.

Dengan pengalaman Unit Amal dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir diseluruh negara dan kelengkapan yang ada, misi bantuan berjaya dilakukan. Kami mengkelaskan kepada 2 zon bencana Jalan Dato dan Jalan Tok Ketua, misi yang dijalankan ialah memberi maklumat kepada mangsa yang tidak mahu berpindah, menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian.

Sehingga ke pukul 2 petang hampir 500 bungkusan telah diagih-agihkan kepada mangsa banjir tersebut, walaupun mereka yang berpindah ke pusat perpindahan kami dimaklumkan sehingga pukul 1.30tgh masih tidak disalurkan makanan kepada mereka.

Mangsa-mangsa banjir lebih berkeyakinan kepada Team Perakite kerana bantuan-bantuan yang mereka terima tepat pada masa yang diperlukan..

Sumber: Blog Pas Tambun

*gambar-gambar bantuan banjir di facebook DPPK Ipoh Timur

Zambry redah banjir di Manjoi Ipoh, paras dada..? Midah pula tayang apa di Batu Gajah?

200 Penduduk Gugusan Manjoi Dipindahkan, Rumah Dinaiki Air Antara 0.5 Hingga 1 Meter

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah.Akibat rempuhan arus yang deras, jambatan konkrit berdekatan di Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup pagi ini termasuklah SK Sungai Pari dan SK Puteri, dekat Buntong.
MB Haram Zambry telah datang turun padang untuk tunjuk mukanya,konon-nya ambil berat tentang kejadian.
Tu dia...dengan gaya lanun MB haram sempat cekak pinggang sebelum meredah banjir..

Tu dia...mula meredah banjir..

Tu dia....kelihatan bahunya...(sebelah kanan)

Tu..dia....sampai paras dada diredahnya...
tapi ini bukanlah MB Haram Zambry...ini penduduk kampung..hahaha..

MB Haram Perak mana ada keberanian fizikal dan mental..maklumlah dapat kuasa pun atas dasar merampas dengan hasil pertolongan ketua lanun kerajaan pusat (Najib Monggol). Tingkahlaku Zambry yang berlakon tunjuk berani tapi tak menjadi sudah banyak kali di rakam oleh lesar kamera dari pihak dalam kumpulan-nya sendiri yang mahukan Zambry jatuh dalam pemerintahan UMNO Perak di PRU 13 nanti..Kalau tidak mana mungkin gambar-gambar wajah penakut Zambry di rakam....hahahaha..

Zambry berani jadi MB Haram Mahkamah...
Zambry berani buat ancak-ancak tiang seri...
Zambry berani jual Teluk Rubiah pada Brazil...
Kini Zambry redah banjir setakat tenggelam buku lali saja...hahaha...

Yb Midah turut turun redah banjir sambil 'jaja' aurat...

Jangan tenung lama-lama....Yob..
Konsep Wasathiyaah Ala-UMNO tajaan Najib Monggol
sudah diterima pakai oleh YB Hamidah..haha..

Sumber: Blog OrangNi

Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat

Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.

Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.

Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.

Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.

Dato' Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan peranan mendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.

Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.



Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.



Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.

En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Followers