Sunday, November 27, 2011

Zambry Bentang bajet 'gula-gula'

IPOH, 23 Nov: PAS Perak menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry Kadir dalam Persidangan DUN Perak adalah bajet yang hanya bertujuan memancing undi.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, Bajet yang konon mengutamakan rakyat yang dibentang jelas semata-mata untuk meraih simpati setelah BN gagal menyakinkan rakyat.

Malahan, Kadar defsit yang tinggi sebanyak RM 50.142 juta juga membuktikan kerajaan sanggup menanggung risiko hanya bertujuan meraih undi.

“Pemberian insentif kepada rakyat hanyalah gula-gula yang meracuni rakyat semata-mata,” katanya.

Pemberian yang berdasarkan ‘one off’ tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat miskin tegar, ia hanya bersifat sementara.

“ Bajet Negeri Perak ternyata meniru beberapa pendekatan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sewaktu pemerintahan 11 bulan dahulu walaupun ketika itu BN menyerang habis-habisan,” katanya ketika dihubungi.

Antara yang pernah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dahulu ialah pemberian sumbangan keperluan harian kepada rakyat miskin tegar, bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, memberi elaun kepada Pengerusi dan Setiusaha JKKK, menaikkan elaun guru-guru Tadika Islam dan KAFA, dermasiswa kepada pelajar IPTA, pemberian tanah kepada Sekolah SUWA dan SAR, dan sebagainya.

Malah, beberapa peruntukan Pakatan Rakyat yang dipertikaikan oleh BN seperti peruntukkan kepada Hal Ehwal bukan Islam, bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, pemberian hak milik kepada penduduk Kg Baru turut ditiru .

Ujarnya, kini apa yang pernah dibuat oleh PR dulu jelas ditiru oleh kerajaan BN. PAS tidak mempertikaikan usaha-usaha ini kerana itu adalah hak rakyat, tetapi perlulah lebih telus dan adil serta sampai kepada rakyat.

Beliau berharap Kerajaan BN tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam perlaksanaan dasar-dasar pembangunan ekonomi Negeri Perak.

“Apabila Pakatan Rakyat memberi peruntukan dan hak kepada kaum dan agama lain, BN menuduh kami menggadai tanah kepada Cina, Nizar pula ‘dicop’ boneka DAP. BN ternyata bersifat hipokrot,” ujarnya lagi.

No comments:

Followers