Tuesday, August 31, 2010

Umno bertambah ligat tabur fitnah dipenghujung Ramadhan

Fitnah terbaru daripada Umno yang tak henti-henti mencemarkan Ramadhan

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.


Cukup-cukuplah tu tabur fitnah wahai Umno. Bertaubatlah dipenghujung Ramadhan ini.

Masjid diluar negara lebih meriah


Grafik senyum kambing di bawah adalah kartun provokasi dari utusan melayau , surat kabar umno lahanat*

Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.
4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.
Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.
Apakah hukumnya yang sebenar?

Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),

بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.
HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)
Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرامErtinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.
- ustaz Saiful blogspot

NAK HARAPKAN PUAK UMNO LAKNAT MEMERIAHKAN MASJID?NAK TUTUP MASJID ADE LER.


Umnolah punca msjid semakin sepi.

Vaksin kanser servik bukan penyelesai masalah moral remaja

PAS dan Pakatan Rakyat perlu menyuarakan bantahan terhadap saranan kerajaan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV). Malahan Pakatan rakyat juga wajib menyedarkan rakyat betapa virus ini hanya disebarkan melalui aktiviti seksual rambang yang tidak semestinya menjadi kewajipan pelajar sekolah menengah untuk divaksinkan. Bantahan telah dilakukan oleh CAP sejak tahun lepas lagi.

Bayangkan RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap 300,000 orang perempuan di negara ini sebagai perlindungan untuk dua daripada 40 jenis kanser servik berbeza disebabkan HPV.

Tanpa penerangan akhlak dan moral kepada para pelajar, segelintirnya pasti merasakan vaksin itu sudah menyelamatkan mereka dan seolah-olah melindungi mereka jika mereka ingin terlibat dengan kegiatan tidak bermoral pada usia sekolah. Penyelesaian kondom, pil hamil dan vaksin sebegini adalah penyelesaian ala Amerika dan ia terbukti gagal mengurangkan kadar kanser, jenayah dan gejala sosial di Amerika.

HPV hanya dijangkiti melalui hubungan seksual. Malah ia hanya terjadi jika seks rambang diamalkan dan tidak melibatkan pasangan suami isteri yang sah dan setia. Sebagai ganti kerajaan perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual haram da bukannya hanya mencegah untuk menghindarkan kanser tersebut semata-mata.

Menurut laporan Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP), risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Sudah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Sepatutnya peruntukan RM150 juta tersebut boleh digunakan bagi mendidik mereka terhadap aktiviti seksual awal sebagai pencegahan terhadap jangkitan HPV. Dengan peruntukan ini, kempen ujian HPV dan Pap Smears sebagai prosedur pengesanan awal terbukti boleh dipertingkatkan sebagai ganti penyelesaian mudah dengan cara menggunakan vaksin.

Oleh kerana vaksin ini hanya meliputi beberapa jenis HPV berisiko tinggi, pakar masih menyarankan pemeriksaan Pap Smears secara tetap, malah selepas vaksinasi. Ini menunjukkan pemeriksaan itu kekal relevan dan tidak dapat dinafikan ia ka edah pencegahan yang lebih baik berbanding vaksinasi.

Cervariz iaitu vaksin HPV yang dikeluarkan oleh syarikat GlaxoSmithKline (syarikat farmasi dan vaksin terkenal) pernah menyebabkan kematian sebelum ini di England. Malah lebih 50 kematian akibat penvaksinan ini dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat.

Vaksin ini belum diluluskan oleh FDA (Pentabiran Makanan dan Ubatan) akan tetapi telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) pada 2007. Malah dilaporkan vaksin ini belum pernah diuji oleh pihak kesihatan malaysia sebelum mengtikus putihkan hampir 300 000 pelajar perempuan negara kita!

Kerajaan Malaysia perlu ditegur selalu lantaran banyak dasar kesihatan yang tidak menyelesaikan permasalahan. Isu AIDS yang disarankan diselesai melalui pengedaran jarum suntikan dan kondom percuma adalah antara contoh idea tidak bermoral dan cukup menyedihkan rakyat Malaysia. Isu kesihatan dan keselamata adalah tanggungjawab Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada melalui beberapa tindakan kurang bijak dalam hal kesihatan dan keselesaan rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Tazkirah Al-Quran: Kita mengaji, barat mengkaji







Tazkirah Ramadhan sempena Nuzul Quran disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng, Sdr Muhammad Nuruddin Bashah di Surau Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh pada 27 Ogos 2010

sumber: blog dppgopeng

Masalah pengurusan Bazar Ramadhan Bandar Sri Iskandar, Bota, Perak

KENYATAAN MEDIA - 30 OGOS 2010 / 20 RAMADHAN 1431H

Pas Cawangan Bandar Universiti amat terkejut dengan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh beberapa peniaga Bazar Ramadhan bertempat di Bandar Sri Iskandar, Bota, Perak.

Ketua Penerangan Pas Cawangan Bandar Universiti, Ustaz Hakimi ketika ditemui melahirkan rasa kekecewaan terhadap pengurusan bazar Ramadhan yang gagal menguruskan tapak gerai dengan baik hingga menyebabkan berlaku banyak kekosongan gerai menjelang penghujung Ramadhan ini.

Kekosongan gerai yang ketara itu sekaligus menyebabkan pengunjung berasa hampa kerana terpaksa berjalan jauh antara satu gerai ke gerai yang lain seterusnya menyebabkan mereka merasa bosan dan tidak lagi berkunjung ke bazar Ramadhan pada hari yang berikutnya. Fanomena ini akhirnya menyebabkan bilangan pengunjung ke Bazar Ramadhan itu menyusut dengan mendadak dan memberikan kerugian kepada para peniaga. Difahamkan kekosongan gerai itu berlaku kerana ketidak seriusan dan kelemahan pihak pengurusan yang tidak mengambil sebarang kaedah berkesan untuk memastikan para peniaga yang sudah menempah gerai menjalankan perniagaannya di tapak tersebut.

Ustaz Hakimi juga merasa kesal akan ketidakpekaan pihak penganjur dalam menyediakan tempat yang bersih dan berdekatan dengan bazar untuk para peniaga mendirikan solat. Para peniaga yang terpaksa membuka gerai seawal jam 3 petang mengalami masalah yang besar untuk menunaikan solat Asar di tempat yang berhampiran dengan bazar kerana kesulitan untuk meninggalkan tapak perniagaan kerana pada waktu tersebut orang ramai sudah mula memenuhi bazar untuk membeli belah.

Pas Cawangan Bandar Universiti berpandangan masalah ini mampu diselesaikan seandainya pihak pengurusan menyediakan tempat khas untuk solat memandangkan hampir 100% peniaga di bazar adalah orang Islam. Di harapkan pihak pengurusan bazar Ramadhan di Bandar Sri iskandar dan diseluruh negara dapat mengambil berat permasalahan yang berlaku ini dan mengatasinya dengan segera.

Ustaz Hakimi Bin Nor
Ketua Penerangan
Pas Cawangan Bandar Universiti

Monday, August 30, 2010

Bahasa Kita Bangsa Kita - Hiburan Lambor













Apa nak dimalukan dengan bahasa kita sendiri. Patut rasa megah menggunakan bahasa ibunda walau tak kira dimana juapun kita berada. Gunakanlah bahasa kebanggaan kita.

Sunday, August 29, 2010

Badar Al-Kubra: Ceramah Tuan Guru Haji Hadi

28 Ogos 2010 (Sabtu): Ceramah Badar Al-Kubra oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kg Selboh, Parit, Perak berjalan lancar dengan kehadiran ramai sejak pagi lagi.

Turut menyampaikan ceramah pada malam ini adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain dan Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin.

Selain daripada ceramah, malam ini juga telah dilancarkan buku tulisan Tuan Guru Haji Hadi yang bertajuk 'Taktik dan Strategi Politik zaman Khulafa al-Rashidin'.

Perjalanan program anjuran PAS Perak dengan PAS Parit bertindak selaku tuan rumah kali ini telah diabadikan melalui rakaman lensa PAEH Photography daripada blog Batu Gajah Mari:-

Solat terawih berjemaah

Kelihatan pimpinan PAS serta pemuda disaf hadapan

Permuafakatan berbilang kaum dan agama terserlah disini

DHPP juga turut serta dalam program ini

Penglibatan mereka amat dialu-alukan

Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar

Dato Seri Haji Nizar sentiasa mendapat perhatian ramai

Dua Tok Guru bersama dalam program ini

Tuan Guru Haji Hadi Awang

DS Nizar teruja dengan karangan terbaru TG Haji Hadi

Dr Kahiruddin sedang mengatakan sesuatu kepada TG Haji Hadi
sambil diperhatikan oleh DS Nizar

YB Drs Khalil Idham Lim selaku Pengarah Program

Pemuda turut bersama menjayakan program

Ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perak

Pimpinan PAS Perak dipentas utama

Ucapan oleh DS Nizar

DS Nizar mempromosikan buku terbaru karya TG Haji Hadi

Orang ramai sedang mengikuti ceramah


ramai yang datang

Pelancaran sticker 'Islam Adil Untuk Semua' oleh TG Haji Hadi


Ceramah Badar al-Kubra

Penghayatan Badar oleh TG Haji Hadi

Pimpinan Pemuda PAS Perak

YDP Batu Gajah, Haji Ismail dan Setiausaha PAS Batu Gajah

Terima kasih PAEH untuk gambar-gambar program Badar al-Kubra

Followers