Friday, February 5, 2010

Ziarah Ustaz Shuib Hussein di Kinta Medical Centre, Ipoh

IPOH 4 FEB Saya berkesempatan untuk menziarahi Ustaz Shuib Hussein, Timbalan YDP Pas Kampar dan juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Pas Perak yang ditempatkan di Kinta Medical Centre, Jalan Chung Thye Phin, Ipoh akibat serangan strok (mild stroke) pada hari Sabtu lepas.

Ustaz Shuib yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kampar selama 3 hari, kemudian dibenarkan pulang kerumah. Tetapi, rakan beliau iaitu Dr Jeyakumar (Ahli Parlimen Sg Siput) telah menasihati dan mengusahakan agar Ustaz Shuib menerima rawatan lanjutan di Kinta Medical Centre.

Antara yang telah menziarahi beliau di sini adalah Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya Pas Perak, Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya Pas Perak serta Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin.

Keadaan beliau kelihatannya beransur pulih. Namun begitu, doa daripada kita semua amat diperlukan agar beliau dapat kembali aktif memperjuangkan Islam sepertimana aktivitinya sebelum ini.

Ustaz Shuib sedang menunaikan solat Maghrib

Papan tanda dipintu masuk hospital

Kinta Medical Centre, Ipoh


Ucapan Ustaz Shuib buat pengunjung blog ini

No comments:

Followers