Sunday, February 28, 2010
Teruja dapat bertemu penulis yang diminati, Pahrol Mohamad Juoi
Lelaki yang saya maksudkan itu adalah Pahrol Mohamad Juoi, seorang penulis yang amat saya kagumi melalui tulisan-tulisannya di dalam majalah Solusi yang beliau juga bertindak sebagai Ketua Editor untuk majalah itu.
Sambil menikmati hidangan, lama juga saya memerhatikan pergerakan dan perwatakannya melayan sesiapa sahaja yang menegurnya. Tidak silap lagi, fikir saya. Itulah orangnya. Melalui gayanya yang penuh sopan dan berakhlak menyantuni semua sesuai dengan penulisannya yang membina jati diri seorang Muslim.
Seusai menikmati juadah, saya memberanikan diri mendekatinya. Tetapi saya perlu berhati-hati jika ternyata amaran akal saya benar belaka, takut tersilap orang. Kelembutannnya menyambut huluran salam saya sambil mengiyakan tekaan saya bahawa dialah penulis yang saya kagumi itu. Alhamdulillah!
Hari ini merupakan hari yang bertuah buat saya kerana baru pagi ini saya berjaya membeli buku 'Nota Hati Seorang Lelaki' karya Pahrol Mohamad Juoi (gambar, kiri)setelah puas mencari diserata kedai buku. Semuanya memberikan jawapan yang sama, HABIS.
Lebih bermakna hari ini apabila dapat bertemu dan bertentang mata dengan penulis itu sendiri apatah lagi layanan yang diberikannya menambahkan lagi rasa hormat saya kepadanya.
Ternyata segala penulisannya dipraktikkan secara sedar di dunia luar, bukan hanya sekadar kata-kata yang berbunga bahasa untuk menyedapkan rasa.
Pemikiran dan penulisan saudara Pahrol Mohamad Juoi boleh anda layari di blog beliau, Genta-Rasa.com
Terima kasih kepada saudara Pahrol Mohamad Juoi yang sedia melayani permintaan saya untuk bergambar bersama sebagai tanda kenangan di hari yang serba indah ini.
Zambry akui prestasi exco Perak kurang memberangsangkan
TAIPING, 27 Feb — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata tiada sebarang rombakan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dilakukannya dalam waktu terdekat memandangkan exco berkenaan memegang portfolio masing-masing dalam tempoh yang agak singkat.
Sebaliknya, beliau berkata barisan Exco sedia ada akan diberi satu tempoh masa yang bersesuaian untuk membuktikan keberkesanan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas mereka dengan sebaik-baiknya.
“Ada satu jangka masa yang saya berikan kepada mereka dan selepas itu baru saya akan buat penilaian. Buat masa ini saya tidak membuat penilaian mutlak tetapi mereka terus dipantau dalam melaksanakan tugas-tugas mereka berdasarkan kepada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang telahpun ditetapkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra 1 Malaysia di Kampung Boyan di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada akan melakukan rombakan barisan exconya seperti mana yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Zambry (gambar) berkata mungkin ada di kalangan exco sedia ada menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan namun beliau percaya barisan exconya mampu melakukan penambahbaikan prestasi masing-masing dari semasa ke semasa.
Katanya beliau juga masih belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan exco daripada enam orang ketika ini kepada 10 orang yang menjadi kebiasaan bagi kerajaan negeri sebelum ini.
Beliau juga menepis dakwaan pihak tertentu bahawa portfolio yang dipegang oleh barisan exco ketika ini merupakan satu beban buat mereka dan sebaliknya menegaskan bahawa ia bergantung kepada sejauh mana berkesannya seseorang exco itu menguruskan portfolio masing-masing.
Zambry pula adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.
Barisan exco Perak ketika ini adalah Datuk Hamidah Osman yang juga Exco Kanan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari (Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air); Datuk Dr Mah Hang Soon (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam).
Datuk Saarani Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan); Mohammad Zahir Abdul Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi Paharudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan).
Kesemua exco mengangkat sumpah di depan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah pada 10 Feb 2009. — Bernama
Ajijoi ~ Jika dibaca mengikut kaedah laporan media perdana, bermakna exco Perak akan dirombak. Sebab apa? Mungkin Zambry ingin memperkukuhkan kedudukannya dengan melantik hanya exco yang 'sebulu' dengannya sahaja.
Sebelum ini telah kedengaran ada rungutan dikalangan orang-orang sekeling Zambry yang tidak berpuas hati apabila Zambry terpaksa memberikan penumpuan yang lebih terhadap permintaan-permintaan 3 katak yang masih menguasai kerajaan haram bn perak dengan ugutan lompatan maut mereka.
Sepetang bersama Pemuda Pas Gopeng
IPOH 28 FEB: Program Sepetang Bersama Pemuda anjuran Dewan Pemuda Pas Gopeng akan diadakan pada hari ini bermula dengan Hi-Tea bersama Pemuda & Dialog yang akan diadakan di Pusat Perubatan Darul Syifa, Kg Changkat Larang, Ipoh.
Ijtimak untuk Pemuda Pas pula akan dimulakan sebaik selesai solat Maghrib ditempat yang sama.
Manakala Ceramah Umum bersama YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai), Ust Nasrudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda Pas Pusat) dan Dato Seri Haji Nizar Jamaludin bertempat di Kediaman Haji Saleh di Sri Margosa, Taman Seri Botani, Ipoh.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
Saturday, February 27, 2010
Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai
"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.
"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.
Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.
'Malaysia paling lembap di rantau ini'
Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.
Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.
"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.
"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.
Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.
"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.
"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.
-Malaysiakini
Ajijoi ~ Apabila membaca tajuk-tajuk utama akhbar tempatan yang memaparkan berita tentang ekonomi negara yang telah pulih, saya menjadi seakan tidak percaya.
Hidup kian menghimpit dengan pelbagai barangan semakin naik manakala gaji sudah lama terperap ditakuk lama. Hempas pulas menghimpun duit akhirnya terpaksa dicurahkan kepada bermacam-macam bil yang perlu ditanggung.
Itupun apa dirasai oleh saya yang bergaji tetap. Bagaimana pula mereka yang hidup dengan perumpamaan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'?
Payah juga untuk mempercayai yang ekonomi telah pulih apabila dilihat dari mana tempat kita berdiri. Jika perkataan 'telah pulih' itu dilihat dari mana Najib berdiri, eloklah Najib cuma membisikkan ayat 'Ekonomi telah Pulih' itu ketelinga Rosmah seorang sahaja.
Ulasan buku: Diari Sufi
Itulah yang dapat saya rasakan apabila membelek helaian demi helaian buku ini sehingga tidak sedar bisa menghabiskan 110 muka surat dalam masa tak sampai sehari.
Kisah yang berlingkar tentang kehidupan seorang gadis (mungkin diri penulis ini sendiri) yang segalanya diluahkan di dalam sebuah diari. Bercerita tentang suka dukanya kepada diari yang padanya lebih memahami apa yang tersirat di hati berbanding dengan manusia yang tidak begitu ambil peduli.
Apa yang menjadikan buku ini lebih menarik apabila setiap penceritaan disaluti doa yang berkaitan dan dilapik dengan ayat-ayat Quran sebagai buah hujah membenarkan tindakan.
Saya petik sedikit ayat-ayat daripada buku ini yang dibawah bab 'Peliharalah Perjuanganku":
Perjuangan merupakan satu wadah yang sering disalahertikan. Definisi diberikan dengan merujuk kepada natijah yang belum terzahir tanpa menimbang dulu niat dan maksud yang mengiringi sesuatu perjuangan itu. Kita sebagai khalifah Allah SWT semuanya harus berjuang. Makna perjuangan juga tidaklah seharusnya disempitkan kepada pentafsiran yang kolot. Perjuangn boleh lahir dalam pelbagai situasi. Anak berjuang untuk mendapat keredaan Allah SWT melalui mentaati ibu bapanya. Guru berjuang membangunkan sahsiah anak bangsanya dengan ilmu. Majikan berjuang untuk memberikan keadilan dalam menangani para pekerjanya. Seorang Muslim selain memperjuangkan agamanya, berjuang menentang hawa nafsu. Semuanya merupakan para pejuang.
Melewati zaman yang berpintukan kecanggihan berjendela teknologi, menjadikan peranan perjuangan semakin sepi bunyinya. Malah pentafsiran negatif pula mengambil tempat seolah-olah perjuangan adalah sesuatu yang melanggar hukum alam dan buruk benar kesannya. Sebut saja perjuangan, maka kehancuran akan terpancar serta kemusnahan akan terbayang di benak kita sedangkan para rasul, sahabat dan tabiin tidak sudah-sudah berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir mereka. Usah dituruti kesesatan yang tiada hujung pangkalnya. Yakin pada Allah SWT selagi kita memperjuangkan hak dan kebenaran kerana Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar.
"...Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." [Surah al-Ankabut:69]Buku ini saya sarankan untuk anda miliki dan selamilah kata-katanya yang indah membuai dalam dakwah ringan tetapi membina. Amat sesuai untuk bacaan remaja sebagai bahan bakar menjalani kehidupan seharian dengan sulaman doa buat pemangkin jiwa.
Beli buku
Bagi saya sekeluarga, kami ke kedai buku mencari bahan bacaan agar waktu tidak tersia-sia berlalu tanpa penambahan ilmu. Mentelah pula, gaji baru saja menjengah. Ada berbaki nampaknya untuk melabur ke arah ilmu.
Anak-anak perlu ditertib agar sentiasa bersama dengan buku. Gedung ilmu yang bisa digenggam ditelapak tangan dan mudah dibawa kemana saja tidak mengira masa. Dan semua ini perlu bermula daripada kita, ibu bapa.
Ada beberapa buah buku yang telah saya sasarkan untuk membelinya. Tetapi sayang sekali telah kehabisan. Terpaksa menambah waktu untuk mencari-cari tajuk yang menangkap minda.
Beberapa buah tajuk berjaya saya pilih dan sudah seakan 'wajib' bagi saya untuk membeli buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai khazanah yang amat berharga.
Lima buah buku yang terpilih kali ini ialah:
1. Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
'Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana? Siapa yang ingin rasa dekat dengan Nabi, bacalah buku ini. Pasti seolah anda berada di zamannya.'
2. Seksa Meninggalkan Solat - Mukhlas Syarkun
'Sembahyang itu tiang agama, sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.'
3. Supaya Gelisah Bernilai Ibadah - Dr. Ibrahim Fiqhy
'Buku ini hadir sebagai inisiatif untuk membantu anda mengatasi kesedihan. Ada beberapa point penting yang patut anda baca:
-Bagaimana mengubah kesedihan menjadi ibadah?
-Bagaimana menghadapi kritikan pedas orang lain?
-Dan kaedah Islam untuk mengubati gelisah.'
4. Ajaibnya Sedekah, Semakin Bersedekah, Semakin Kaya - Muhammad Muhydin
'Sama ada percaya ataupun tidak, sedekah adalah ibadah yang ajaib.
Ia adalah ibadah yang tidak selari dengan hukum ekonomi moden.
Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan, semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya.
Namun, itulah jutaan keajaiban, mukjizat, misteri dan rahsia keagungan ibadah sedekah yang diberikan Allah kepada Muslim yang sanggup bersedekah. Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.'
5. Diari Sufi - Siti Munazakiah
'Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka, lahirlah Diari Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya.'
Semoga pelaburan yang sedikit ini mampu memberikan pulangan yang berlipatkaliganda di dalam bentuk ilmu yang bermanfaat buat saya sekeluarga.
Tetapi yang lebih penting lagi ialah untuk menambah serta mencambah ilmu demi mencari keredaan Allah Maha Pencipta.
Friday, February 26, 2010
Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?
Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)
Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS
Wasiat terakhir Rasulullah
"Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."
"Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."
"Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)."
"Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan hutang darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."
"Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."
"Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t. dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t. dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."
"Semua orang Muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."
"Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunah Nabi-Nya."
"Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t., Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."
"Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa."
"Allah s.w.t. telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia."
"Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?" Kami menjawab: "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."
Lantas Baginda s.a.w. mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (yang bermaksud): "Ya Allah! Saksikanlah."
- Solusi isu #15
Selamat menyambut Maulidur Rasul 2010
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Cuti hari ini seeloknya kita penuhi dengan bermuhasabah diri dan memperindahkan lagi kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama-sama kita menambahkan ilmu tentang sunnah dan ajaran Nabi Muhammad dengan mengunjungi toko-toko buku dan membeli buku-buku mengenai Rasul junjungan kita.
Menambah ilmu dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Segala ajaran, bimbingan dan suruhannya kita amalkan dan larangannya kita tinggalkan. Insya Allah.
Thursday, February 25, 2010
Ceramah Maulidur Rasul Bersama Urt Misbahul Munir di Surau Al Ehsan
Wednesday, February 24, 2010
Kes Perak: Apabila perlembagaan ditafsir seperti surat wasiat
Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.
Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.
Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?
Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .
Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.
Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.
Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?
Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.
Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.
Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.
Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .
Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.
Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan
Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?
Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.
Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya
Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .
Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!
- Mohd Hanipa Maidin (peguampas.blogspot.com)
Tuesday, February 23, 2010
Isu MB Perak: Kesilapan para hakim Mahkamah Persekutuan (akhir)
Jawapannya sekali-kali tidak, kerana kuasa eksekutif yang tinggal pada Sultan di mana baginda "boleh bertindak mengikut budi bicara baginda" - selepas Menteri Besar dilantik di bawah Artikel 16(2)
(a) – mengenai Menteri Besar hanya boleh diperolehi dalam Artikel 18(2) (a) dan (b) .
Selain dari Artikel 18(2)(a) dan (b), tidak ada kuasa eksekutif diberi kepada Sultan mengenai kedudukan dan status Menteri Besar. Maka dengan itu Sultan, tidak mempunyai kuasa eksekutif di bawah Perlembagaan Perak untuk memecat seorang Menteri Besar.
Sultan Perak juga tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau menyingkir Menteri Besar di bawah Artikel 16(6) dan (7).
Artikel 16 (6) dan (7) menyebut:
(6) Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan,… maka beliau hendaklah meletak jawatan dari Majlis Eksekutif.
(7) Tertakluk kepada Klausa (6), selain daripada Menteri Besar, seseorang ahli Majlis Eksekutif boleh memegang jawatan atas perkenan Sultan, tetapi mana-mana ahli Majlis boleh pada bila-bila masa meletak jawatan.
Mengikut Klausa (6), seorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan "seharusnya meletak jawatan dari Majlis Eksekutif".
Tetapi bagaimana sekiranya mana-mana ahli Majlis Eksekutif atau kesemua mereka termasuk Menteri Besar – kerana Menteri Besar juga merupakan ahli Majlis Eksekutif – enggan meletak jawatan?
Klausa (7) memperuntukkan jawapan kepada soalan ini. Ia menyebut, "tertakluk kepada Klausa (6), selain daripada Menteri Besar, seorang ahli Majlis Eksekutif boleh memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Tetapi mana-mana ahli Majlis boleh pada bila-bila masa meletak jawatan. Klausa (7) menyebut dengan jelas bahawa ahli-ahli Majlis Eksekutif boleh memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Sultan boleh menyingkir mereka dari pejabat kaunselor eksekutif jika mereka enggan meletak jawatan. Tetapi Mentei Besar, selepas dilantik oleh Sultan, tidak lagi memegang jawatan itu atas perkenan Sultan.
Oleh yang demikian, setelah dilantik sebagai Menteri Besar dengan mengaplikasikan perenggan (a) Klausa 2 Artikel 16, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan dari jawatannya. Ini kerana Klausa (7) menyebut Menteri Besar tidak memegang jawatan berdasarkan perkenan Sultan.
Walaupun sekiranya Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan, Sultan tidak ada kuasa eksekutif untuk menyingkirkan beliau dari jawatan Menteri Besar.
Berdasarkan situasi ini, satu-satunya cara untuk menyingkir seorang Menteri Besar ialah dengan mendapatkan undi tidak percaya terhadapnya dalam DUN.
Alternatif lain, Sultan boleh membubarkan DUN jika dimohon oleh Menteri Besar yang dilantik – iaitu Nizar kerana beliau tidak boleh disingkir oleh Sultan – di bawah Artikel 16(6).
Oleh itu, Menteri Besar Perak yang sah masih lagi Nizar dan bukan Zambry. Jadi, kenapa Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang putar belit dan terpesong ini dengan memihak kepada perampas kuasa iaitu Zambry apabila Perlembagaan Perak tidak memberi sebarang kuasa eksekutif kepada Sultan untuk berbuat demikian?
Lebih-lebih lagi ketika Nizar masih menjadi Menteri Besar – satu jawatan di mana beliau masih memegangnya mengikut undang-undang.
Adakah ini kerana hakim-hakim menjadi singa-singa yang dicucuk hidung oleh pemerintah yang mempunyai obligasi terhadap Sultan?
Dalam "What Next in the Law" muka surat 335, Lord Denning memberitahu kita:
Francis Baconlah yang menyebut dalam karangannya, "Of Judicature" yang menyebut:
"Biar para hakim ingat bahawa takhta Solomon disokong oleh singa-singa di kedua-dua belah pihak. Biar mereka menjadi singa. Tetapi singa-singa yang mengikut telunjuk pihak pemerintah.
Secara umum, mereka tidak memeriksa atau menentang apa jua tindakan pihak berkuasa. Menurut Francis Bacon (Canselor ketika pemerintahan King James I), secara umum (bermaksud berhati-hati, bijak dan halus) hakim-hakim adalah singa di bawah takhta, kerana takut dan jinak, mereka tidak memeriksa atau menentang apa jua perkara yang menyentuh kekuasaan para raja.
Sekarang anda dapat melihat kenapa singa-singa yang taat kepada kekuasaan raja, merasakan adalah lebih baik tidak memeriksa atau menentang sebarang bentuk kekuasaan para raja. "Ya, Ya, Ya". Bisik singa-singa yang pengecut itu.
Tetapi kenapa mereka boleh kehilangan hujah atau bukti apabila Sultan Azlan Shah sendiri menyatakan para hakim tidak tertakluk kepada kuasa raja, presiden atau perdana menteri?
Lihat "Sultan Azlan Shah’s Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance, Professional Law Books and Sweet & Maxwell Asia, 2004, p 59, yang menyebut:
Hakim-hakim tidak tertakluk secara politik kepada mana-mana Kerajaan. Mereka tidak perlu taat kepada Menteri-Menteri. Mereka adalah "singa-singa di bawah takhta" tetapi takhta ini diduduki oleh mereka sendiri bukan oleh raja, presiden atau perdana menteri.
Mereka perlu taat kepada undang-undang dan tanggapan mereka sendiri mengenai apa itu kepentingan orang ramai.
Kepada undang-undang dan tanggapan mereka tentang kepentingan orang ramai inilah mereka perlu taat. Disinilah terletaknya kekuatan mereka.
Ungkapan ini datangnya dari mulut tuannya, Sultan Perak yang menyebut sendiri kepada undang-undanglah hakim-hakim perlu taat.
Maka disinilah terletaknya kekuatan mereka. Mereka adalah singa-singa di bawah takhta yang mereka sendiri duduki dan bukannya di bawah telunjuk raja, presiden atau perdana menteri. -Terjemahan oleh Zainal Abidin Nor
* N H Chan menyertai badan guaman pada tahun 1961 dan bertugas sebagai peguam hampir dua dekad sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi.
Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat di Mahkamah Rayuan sebelum bersara pada tahun 2000.Beliau mengarang dua buah buku, ‘Judging the Judges’ (2007) dan ‘How to Judge the Judges’.
Isu MB Perak: Kesilapan para hakim Mahkamah Persekutuan
Oleh N H Chan
Pada 9 Februari 2010, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membuat keputusan siapa Menteri Besar Perak; Mohamad Nizar Jamaluddin atau Zambry Abdul Kadir.
Penghakiman itu dibaca oleh Ketua Hakim Malaya, Arifin Zakaria. Empat lagi hakim yang terbabit ialah Alauddin Mohd Sheriff, Zulkefli Makinudin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdul Hamid Embong.
Penghakiman bertulis yang dibacakan oleh Arifin itu setebal 40 muka surat. Sesiapa yang mempunyai masa untuk membaca penghakiman itu sehingga tamat akan sedar bahawa para hakim ini, yang menduduki mahkamah yang tertinggi di negara ini, telah membuat tafsiran mereka sendiri.
Mereka memutuskan bahawa Sultan Perak mempunyai bidang kuasa untuk memecat Nizar, menteri besar Perak pada ketika itu sedangkan Perlembagaan Perak tidak memberi sebarang kuasa eksekutif kepada Sultan Perak untuk berbuat demikian.
Jika Sultan Perak tiada kuasa untuk memecat Nizar, kita perlu bertanya, bagaimana boleh terjadi Mahkamah Persekutuan melakukan kesilapan yang maha dahsyat hingga menyebabkan reputasi mereka sebagai hakim-hakim di negara ini begitu tercemar?
Dalam kes ini atau kes-kes yang lain, kemampuan para hakim mengenalpasti isu yang paling penting dalam sesuatu kes perbicaraan dengan sekilas pandang adalah sangat penting.
Sebab itu juga para peguam bela yang muda belajar bagaimana hendak mengenalpasti sesuatu isu yang terpenting sejak dari awal karier mereka. Jika tidak mereka akan membuat hakim menjadi bosan apabila mereka berhujah di depan hakim.
Itulah sebabnya Sir Patrick Hastings – seorang peguam bela ternama pada zamannya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua – menyebut mengenai kemampuan para peguam untuk mengenalpasti satu fakta terulung yang terdapat dalam mana-mana kes.
Lihat bukunya Kes-kes di Mahkamah, muka surat 333:
“Kemampuan untuk memungut satu fakta yang benar-benar penting dalam sesuatu kes masih tidak mencukupi. Tetapi keberanian untuk memungut fakta itu dan mengasingkannya dari fakta-fakta lain, inilah yang penting.”
Dalam artikelnya bertajuk “Some Thoughts on the Traditions of the English Bar”, mendiang hakim Salmon mengemukakan pandangan yang sama.
Dalam apa jua kes, bagaimana kompleks sekali pun, pada kebiasaannya terdapat lebih dari satu fakta yang penting. Jarang berlaku terdapat lebih dari dua atau tidak pernah berlaku, atau jarang sekali berlaku, lebih dari tiga. Kenalpasti fakta-fakta yang betul-betulmustahak. Tumpu kepada fakta-fakta itu dan buang yang lain.
Adalah sesuatu yang menyakitkan hati apabila ada trbunal dan kemudian para peguam bela yang mengambil kira semua fakta yang mungkin boleh dan tidak mungkin boleh.
Peguam bela yang tidak kompeten sahaja yang melakukan perkara ini kerana fakta-fakta yang baik akan dihanyutkan oleh fakta-fakta yang tidak baik. Tumpu dan berpegang kepada fakta-fakta yang penting dan betul, mengikut lunas-lunas perundangan.
Dalam kes Nizar melawan Zambry, satu-satunya fakta yang penting dalam kes rayuan ini ialah sama ada Sultan Perak mempunyai kuasa eksekutif untuk menyingkir seorang Menteri Besar, yang telah dilantik oleh baginda di bawah Artikel 16(2)(a).
Mana-mana peguam atau hakim yang cekap boleh dengan cepat menangkap fakta itu dalam kes rayuan ini. Fakta itu ialah sama ada Sultan Perak mempunyai sebarang kuasa eksekutif untuk memecat Menteri Besar dan melantik seorang menteri besar yang lain untuk menggantikan tempat menteri besar yang pertama tadi.
Namun begitu, kelima-lima hakim Mahkamah Persekutuan yang singkat pemikirannya tidak dapat melihat perkara ini sebagai satu- satunya fakta yang penting dalam kes rayuan ini sedangkan setiap peguam muda melalui bisikan hatinya dengan serta merta dapatmemahami perkara ini.
Pemikiran kelima-lima hakim menjadi berserabut dan keliru disebabkan oleh ketidakcekapan mereka sendiri. Mereka mendapati diri mereka berada dalam hutan yang tebal dan tidak dapat membezakan di antara kayu dan pokok.
Adakah ini bermakna kita mempunyai sekumpulan hakim yang tidak kompeten, bertugas di mahkamah yang tertinggi di Malaysia?
Artikel IV Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebut, “Menteri Besar” bermaksud pegawai yang dilantik mengikut Artikel XII. Artikel XII menyebut:
(1) Sultan boleh melantik, dengan menggunakan instrumen di bawah cop mohor dan peraturan negeri, seorang Menteri Besar mengikut perenggan Klausa (2) dari Artikel XVI.
Dan perenggan (a) Klausa (2) dari Artikel XVI menyebut:
(1) Sultan boleh melantik Majlis Eksekutif.
(2) Majlis Eksekutif boleh melantik seperti berikut, iaitu boleh disebut:
(a) Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar terlebih dahulu untuk mempengerusikan Majlis Eksekutif, ahli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut pertimbangannya yang boleh mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli DUN; dan Baginda boleh melantik tidak lebih dari 10 atau tidak kurang dari empat ahli lagi daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri atas nasihat Menteri Besar;
Beginilah caranya Nizar dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau dilantik oleh Sultan Perak untuk jawatan Menteri Besar dengan mengaplikasikan peruntukan dalam Artikel 16(2)(a) Perlembagaan Perak sejurus selepas Pilihan Raya Umum tahun 2008.
Peruntukan dalam Artikel 16(2)(a) memberi kuasa eksekutif kepada Sultan Perak untuk melantik seorang Menteri Besar “yang menurut pertimbangan baginda boleh mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan”.
Artikel XVIII (2) merupakan satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan negeri itu di mana Sultan “boleh bertindak mengikut budi bicaranya dalam melaksanakan” fungsi-fungsi seperti mana disebut dalam Klausa 2 Artikel 18. Perenggan (a) dan (b) Klausa 2 menyebut:
(2) Baginda boleh bertindak mengikut budi bicara baginda dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut (di samping melaksanakan fungsi-fungsi mengikut budi bicara baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan) yang menyebut -
(a) pelantikan seorang Menteri Besar,
(b) penangguhan perkenan baginda berhubung permohonan untuk membubarkan DUN
- Terjemahan oleh Zainal Abidin Nor
JKTD: Zambry bohong tuduh PR tak panggil Adun BN
selepas sidang media sebentar tadi. DS Nizar menyatakan
Kerajaan PR Melantik ADUN BN dalam Majlis Tindakan Daerah.
IPOH, 23 Feb: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menafikan dakwaan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional ke mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) sewaktu PR menguasai negeri.
"Saya menafikan, ini pembohongan yang besar. Kami ada bukti yang jelas. Kami tegaskan apa yang dikatakan Zambry adalah satu pengkhianatan dan pembohongan. Sewajarnya kita malu dengan MB yang berbohong," tegasnya dalam satu sidang media di pejabat PR, dekat sini pagi tadi.
Nizar yang juga Adun Pasir Panjang sebaliknya mengesahkan telah memberi surat pangggilan kepada Adun BN untuk hadir ke mesyuarat JKTD, dan ada di antara mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut.
"Kita keluarkan surat kepada Pegawai Daerah, Pegawai Daerah memanggil semua Adun PR dan BN. Ada mereka yang hadir. Ini menunjukkan sifat ketelusan kami. Contohnya di Kerian, mereka tidak hadir, ini masalah mereka. Ini menunjukkan mereka diundang. Sifat PR kita undang dan jemput semua ADUN dan Ahli Parlimen," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu juga berkata, matlamat Pakatan Rakyat adalah memberi khidmat kepada semua rakyat dan berkerjasama dengan Zambry namun apa yang dikesalkan ialah respons negatif daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Zambry yang mengatakan tidak perlu ada kerjasama di antara BN dan PR di negeri itu."
"Semasa kita memerintah, semua rakyat boleh guna kemudahan rakyat seperti dewan, kemudahan awam dan sebagainya. Inilah kerjasama yang kita nak berikan tapi dinafikan. Begitu juga premis rakyat, tapi selepas Jawatankuasa Keselamatan kampung (JKKK) dipecat, mereka halang kita gunakan semua kemudahan itu," katanya.
Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata, keengganan Zambry untuk melantik Adun PR sebagai ahli mesyuarat JKTD membuktikan beliau takut dan tidak sanggup berdepan dengan Adun PR setiap kali bermesyuarat.
"Sebenarnya wakil Zambry dalam JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana tidak mewakili rakyat," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.
AdunTronoh, V. Sivakumar pula berkata, tindakan Adun BN mengadakan mesyuarat JKTD tanpa memanggil Adun Pakatan adalah tidak wajar dan menafikan hak mereka sebagai Adun yang juga bertanggungjawab ke atas kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.
"JKTD penting kerana membincangkan masalah rakyat, dan apakah salahnya kami dijemput dan memberitahu apa saja masalahnya.
"Saya tidak faham kenapa perlu dibuat secara senyap-senyap semasa Adun BN. Inilah peluang semua wakil rakyat bertemu dengan semua pegawai kerajaan," tegasnya.
-harakahdaily
ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh
DS. Nizar dan Adun PR yang lain semasa memberi
kenyataan medianya
Royalti minyak Kelantan RM2 bilion, bukan RM20 juta
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.
“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.
“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.
”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.
Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.
Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.
Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.
Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.
“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.
Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.
Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).
Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.
“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.
Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore).
Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai.
Perlis: 1Umno, 2MB
Umno...Umno....sesama mereka pun tak boleh sepakat.
Kalau betul-betul Shahidan kembali menjadi MB Perlis bulan Mac ini, berkemungkinan besar Umno Perak juga mahukan penggiliran jawatan MB tu.
Mana-mana adun umno di perak dah boleh pasang angan-angan untuk menggantikan Zambry sebagai Menteri Besar Mahkamah.
Cerita penuh di SINI dan di SINI
Royalti minyak: BN diminta henti tipu rakyat
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.
“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.
“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.
Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.
“Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama”.
Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa BN memerintah selama 19 tahun.
“Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah tiga batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?” soal bekas menteri di jabatan perdana menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.
Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.
Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia.
“Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.”
Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.
Tambahnya, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.
“Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat.
Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menentukan hak negeri di Malaysia.
“Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.
“Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?” katanya lagi.
Bagi Zaid, Umno cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.
Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tetapi ia tidak semestinya dibayar terus.
Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menghentikan penipuan mereka menerusi iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.
Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.
Namun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.
Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.
Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri manakala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.
-malaysiakini
Jawatan kosong di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI)
Untuk yang demikian pelbagai perkara perlu diuruskan.
Dikesempatan ini, pihak MATQI ingin memaklumkan bahawa, kami memerlukan pekerja untuk berkhidmat di pusat tahfiz dan premis perniagaan kami.
Dimana, MATQI menawarkan kekosongan jawatan untuk perkara dibawah:
1 - Dua orang (2) tenaga pengajar LELAKI.
Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI). Memaklumkan bahawa terdapat dua kekosongan jawatan sebagai guru tahfiz. Dan kekosongan jawatan diperlukan untuk diisi segera.
Kelulusan: Syahadah Tahfiz atau Diploma Tahfiz atau yang setaraf dengannya.
Bagi yang berminat dan berkelayakan. Sila hubungi Mudir MATQI - Ustaz Sapidin Amran. 012 - 2776404
Pihak MATQI memerlukan seorang pembantu kedai dikilang roti milik MATQI.
1 - Jawatan kosong: 1 (wanita berusia 30 tahun dan keatas).
2 - Keutamaan diberikan kepada individu yang menetap di Shah Alam. Kedai kami beroperasi di Seksyen 23, Shah Alam.
Atau sila layari alamat blog dibawah:
http://matqi3.blogspot.com/
Diharap Tuan - tuan dan Puan - puan dapat menyebarkan mesej ini kepada rakan, sahabat dan sesiapa sahaja.
TERIMA KASIH.
SUMBANGAN. DERMA. INFAK. ZAKAT
Isteri Adun Pelabuhan Kelang tuntut fasakh
(Harakah Daily) - Selepas meninggalkan Pakatan Rakyat, isterinya pula membuat tuntutan fasakh. Itulah nasib Adun Bebas Perlabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Ramizah Mazlan, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini, lapor Selangorkini.com.my
Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujui bersama.
Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman.
Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.
Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.
Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN).
Ganesan tetap Speaker tidak sah - Hafez Sabri
Menurut beliau Ganesan adalah seorang yang tidak mempunyai etika dan jati diri kerana mengaku sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak, ini kerana Ganesan sanggup membohongi rakyat Perak dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.
Menurut beliau lagi unit penyelidikandan strategik Institut Pemikir Muda Malaysia itu telah melihat laporan Majlis Peguam Malaysia pada 24/8/2009 melalui Setiausahanya, George Varughes yang telah mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17/8/2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh 3 bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak.
Sehubungan dengan itu beliau juga menyatakan bahawa Ganesan merupakan seorang yang tidak mematuhi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak memetik kata-kata beliau “ Ganesan perlu faham dan jelas bahawa perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh
memegang jawatan.”
“ Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7/5/2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7/8/2009” ini jelas menunjukkan bahwa Ganesan adalah speaker yang tidak sah, dan lebih buruk lagi Ganesan sanggup menipu rakyat Perak untuk kepentingan peribadi beliau..
Tambah beliau lagi, dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang, perkara ini jelas menunjukkan bahawa ganesan sendiri tidak yakin dirinya adalah spakar yang sah.
Beliau juga turut mencabar Ganesan supaya menjawab hujah yang menyatakan bahawa Ganesan cuba menyembunyikan fakta tersebut dengan menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13/8/2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6/8/2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang
Tubuh Kerajaan Negeri. Persoalannya bagaimana seorang boleh letak jawatan pada 13/8/2009 tetapi berkesan mulai 6/8/2009.
Menurut beliau lagi selain daripada itu, tatacara perlantikan beliau juga tidak sah. Memetik kata-kata beliau “ Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perak supaya sedar bahawa Ganesan bukan seorang Ahli Dewan Negeri, beliau didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7/5/2009. Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan
persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut”, “ Ganesan juga telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Tuan Yang Dipertua Dewan yang sah, YB Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.”
Sehubungan dengan itu beliau mewakili seluruh rangkaian ngo anak muda turut mempersoalkan mengapakah pada hari dan waktu yang sama, YB Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang tidak dikenali, bahkan yang lebih membahayakan lagi sebahagiannya didapati bersenjata pistol.Bukankah Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih
dari satu jam. Ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan, jelas beliau.
Berdasarkan ini, beliau menegaskan bahawa Ganesan tetap bukan Speaker DUN Perak yang sah dan beliau tidak layak memanggil sebarang sidang DUN Perak . Kalau sidang tersebut tetap dijalankan maka ia juga akan menjadikan sidang tersebut sebagai persidangan yang tidak sah tambah beliau.
Sunday, February 21, 2010
Adik Najib Razak kini kuasai Touch N Go
Urus niaga pembelian itu dilakukan melalui CIMN SI 1 Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB dalam kenyataannya di sini berkata, apabila urus niaga itu selesai, Kumpulan CIMB akan menyaksikan pegangannya dalam Touch 'n Go meningkat daripada 20 peratus kepada 52.22 peratus, sekali gus pemegang saham utama dalam syarikat tersebut.
Pada masa yang sama, UEM Group akan mengekalkan pegangan 20 peratus dalam Touch 'n Go manakala MTD Capital Bhd. pula akan menguasai bakinya 27.78 peratus.
Touch 'n Go merupakan syarikat yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembayaran tambang menerusi kad prabayar e-payment.
Sehingga kini Touch 'n Go merupakan pengendali sistem bayaran tol elektronik di lebuh raya di Malaysia dan turut dikenali sebagai sistem tiket biasa untuk sebahagian besar pengangkutan awam di Lembah Klang.
Touch 'n Go mencatat keuntungan bersih RM15.6 juta pada tahun kewangan 31 Disember 2009.
Nazir berkata, keupayaan Touch 'n Go saling melengkapi perniagaan Kumpulan CIMB.
"Touch 'n Go merupakan platform pembayaran berjaya dan merupakan jenama yang kukuh.
" Minat yang ditunjukkan terhadap Touch 'n Go akan mewujudkan sinergi antara Touch 'n Go dan aktiviti-aktiviti perbankan Kumpulan CIMB,'' katanya dalam kenyataan.
Kumpulan CIMB menjangkakan urusan jual beli itu akan selesai dalam suku pertama 2010.
Jawatan PM Najib Lonjak Nazir Antara Individu Terkaya Malaysia
Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR, 20 Feb - Tindakan Umno-BN bersama kroni mengumpul kekayaan melalui penyalahgunaan kuasa bukan sahaja melambangkan 'kerakusan' untuk terus mempertahankan kuasa serta kedudukan tetapi sebaliknya bertujuan menambah beban rakyat.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard menyelar demikian ketika mengulas pendedahan senarai Malaysian Business yang melaporkan adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia.
Nazir yang menguasai CIMB Group muncul dalam senarai itu kurang setahun abangnya Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.
Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham individu di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.
"Ketika zaman Dr Mahathir dahulu berapa banyak kekayaan yang disonglap beliau bersama kroni-kroninya termasuk anak beliau Mokhzani. Begitu juga Pak Lah yang begitu rakus membenarkan kaedah yang sama digunapakai untuk kepentingan anaknya, Kamaruddin sehingga pernah tersenarai antara yang terkaya di Malaysia. Sekarang, Najib pula berjaya memasuki dalam kategori sama mengaut harta secara gelap untuk diberikan kepada adiknya, Nazir, bersama ribuan kroni-kroni mereka," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.
Beliau juga membidas kepimpinan rejim Umno-BN yang mementingkan kekayaan namun tegar mengenepikan kepentingan rakyat termasuk menghancurkan masa depan orang Melayu walaupun memerintah negara selama 50 tahun.
"Kita lihat sendiri bagaimana mereka sanggup meminggirkan bangsa sendiri menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada mulanya diwujudkan untuk membela orang-orang Melayu, tetapi gagal.
"Bukan itu sahaja, kekayaan mereka terus bertambah tetapi rakyat yang miskin semakin dihimpit beban yang tidak mampu lagi ditanggung berikutan kenaikan harga barangan termasuk harga minyak akan turut dinaikkan," jelas Badrul lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa rakyat untuk merubah lanskap kehidupan mereka bersama Pakatan Rakyat supaya jauh lebih baik berbanding di bawah pemerintahan BN.
Sementara itu Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkota “Raja Gula” tahun lepas masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu.
Filem 'Ketika Cinta Bertasbih' dikupas daripada novel Islami
'Ketika Cinta Bertasbih'
'Ketika Cinta Bertasbih 2'
Puisi Ketika Cinta Bertasbih
Saya telah menonton kedua-dua filem ini yang diangkat daripada Novel Islami karangan Habiburrahman El Shirazy dan begitu menyarankan buat tontonan anda yang gemarkan kisah cinta berlandaskan adab-adab Islam.
Sehebat filem 'Ayat-ayat Cinta' yang juga daripada karya agung beliau.
Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah: Filem Islamik dipinggirkan di Malaysia?
1. Adakah benar rungutan dan tohmahan bahawa apa sahaja yang berhubungan dengan Islam seperti seni, sastera, budaya termasuk filem mendapat kesusahan yang teramat sangat untuk mendapat ruang di negara ini lantaran hujah-hujah yang mengaitkan "...apa sahaja yang Islami itu maka ia adalah gerakan tersurat dan tersirat menyokong PAS"?
2. Pandangan dan pertanyaan ini diterbitkan setelah dikhabarkan sekian banyak pertanyaan juga tentang filem Ketika Cinta Bertasbih (Chaerul Umam, 2009) dari teks Habiburrahman er-Shirazi dikatakan tidak beroleh izin tayang atas alasan kandungan Islami sebagai naskahnya.
Jika ya atau benar keadaan ini terjadi, maka ia kemalangan yang amat besar buat umat Islam di negara ini khususnya dalam asa untuk memajukan pemikiran, filsafat, dan pengetahuan Islam secara konstruktif.
Seni, sastera, budaya dan media Islami adalah prakarsa terbaik dalam mengadilulung peradaban bangsa agar segala kepunahan sekarang yang terjadi, dengan segala macam tunasosial dan tunamoral di kalangan ahli masyarakat, setidaknya dapat dipulihkan dengan kemujaraban Islam sebagai ad-deen.
3. Sebab itu ramai yang bertanya, betulkah semua drama di RTM dan TV3, termasuk di media lain sama sekali tidak boleh memakai KUPIAH, SERBAN, atau JUBAH..? yang dibenarkan cuma songkok dan baju Melayu sahaja?
Apakah masyarakat di Malaysia yang memakai kupiah atau serban semuanya PAS?
Sesiapa yang mempunyai data tentang hal ehwal ini sila berikan di sini atau terus ke FB Zentrum kerana rasanya perlu ada satu gerakan untuk menyelesaikan krisis tamadun ini.
4. Saya dikhabarkan sendiri oleh Akhi Habiburrahman er-Shirazi, pengarang Ketika Cinta Bertasbih, selaku pendokong malah turut berlakon dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH yang permohonan untuk tayangan telah dibuat secara serentak dengan jadual di Indonesia, Brunei, Australia, Thailand, termasuk beberapa negara di Eropah, dan satu sahaja yang tidak mendapat izin iaitu Malaysia.
Wah apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Adakah juga nanti semua imej atau visual, atau "shot" masjid juga akan diharamkan secara surat arahan sekira drama atau filem tempatan mahu mendapat izin tayang di TV atau Pawagam?
Rakyat berhak untuk mendapat penjelasan kerana kenapa semua bising bila Pulau Pinang membatalkan perarakan maulud, dan kenapa pula semua tidak bising bila "kupiah", "serban", dan lain-lain imej Islami tidak dibenarkan dalam drama-drama TV dan filem kita?
Tok Guru Nik Aziz melawat ke Projek Padi Sri Organik, Baruh Tunjung
Aktiviti berkenaan adalah acara bulanan bagi mengikuti perkembangan projek berkenaan (Padi Sri Organik) dari masa ke semasa.
Projek Tanaman Padi Sri Organik anjuran bersama antara ADUN Salor, Salor Care dan Sunnah Tani ini telah dimulakan pada awal bulan mei tahun 2009 ditanah seluas 8 hektar dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 22hb. Julai, 2009.
Penanaman Padi Sri Organik merupakan satu pendekatan penanaman yang baru diperkenalkan iaitu secara organik dan kaedah tanaman padi sebatang (bibit muda) yang dinamakan Sistem Memperhebatkan Hasil Padi (SRI).
Kaedah penanaman ini (organik) sebenarnya telah lama dipraktikkan di Madagascar iaitu pada penghujung tahun 80an dan Indonesia juga sedang giat mengembangkan kaedah penanaman ini kerana secara umumnya, padi yang ditanam dengan menggunakan kaedah ini akan memberikan hasil lebih 20-30% dari padi yang ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman biasa.
Kaedah SRI yang digunakan untuk projek ini telah banyak membantu keseimbangan biologi tanah untuk projek ini, dan hasilnya ialah, ia tidak mencemarkan alam, tidak memerlukan air yang banyak dan juga dapat menjimatkan lebih banyak kos, disamping kualiti kesuburan tanaman pula lebih terjamin.
Dalam lawatan tersebut juga, Saudara Aep Saifudin selaku "pilot projek" telah menerangkan secara terperinci segala perkembangan projek tersebut kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga semua yang hadir dalam lawatan tersebut.
Diakhir lawatan tersebut, para tetamu telah dihidangkan dengan juadah dan lauk-pauk yang datang hasil dari projek tersebut.
Dato' Paduka Husam Musa menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Aeb Saifudin sedang menerangkan kegunaan mesin memproses padi kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan meninjau tanaman padi. Aep Saifudin mencuba memancing belut cara tradisional Ini bukan Kambing Jamnapari. "Rumah Merpati". Tuan Guru Menteri Besar meninjau sistem pengairan berhampiran tapak projek tanaman. "Hari ini ialah hari yang paling menggembirakan saya" kata Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Berbagai spesis ikan air tawar dipelihara dikolam kecil ini termasuk belut.