Saturday, August 15, 2009
Santai bloggers Pas Perak jalinan ukhuwwah
GOPENG (15.08.09): Perjumpaan santai bloggers Pas Perak berlangsung dengan jayanya di Hannifa Kem (Kebun Pak Kholil), Jahang Gopeng.
Program yang bermula jam 3 petang itu telah berjaya mengumpulkan melebihi 30 orang bloggers di Perak. Perkenalan mesra di antara bloggers yang selama ini hanya mengenali antara satu sama lain melalui nama-nama samaran dilaman maya mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.
Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs Khalil Idham Lim mengalu-alukan bloggers yang hadir.
Mungkin ramai lagi bloggers Pas di luar sana yang tidak dapat hadir hari ini. Yang tersesat mencari tempat ini pun ada juga agaknya.
Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussein sempat meluangkan masa menghadiri seterusnya memberikan sedikit tazkirah dan taklimat kepada bloggers yang hadir.
Perjumpaan santai bloggers Pas ini hanyalah sebagai permulaan untuk mengumpulkan seberapa ramai bloggers untuk diaktifkan semula blog induk Perakini.
Penulis blog sama juga dengan penyair zaman dahulu. Tulisan anda dapat memberikan maklumat terkini kepada orang ramai dan juga membawa dakwah kepada pembaca. Jika ada terdapat komen yang baik daripada orang-orang umno ataupun yang bukan ahli, tak salah untuk siarkan untuk dikongsi bersama.
Setiap penulisan biarlah berhemah sesuai dengan imej Pas. Dapatkan maklumat yang pasti dan jelas sebelum memberikan apa-apa komen tentang sesuatu isu. Selitkan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis Nabi bagi menguatkan hujah tulisan anda.
Ana punya blog diambang 5 juta klik. Dalam hutan pun ana boleh update blog. Bubar dun nanti boleh hit 10 juta agaknya.
Anaksengat antara yang menjayakan santai ini. Tahniah kerana kelahiran anak kelima malam tadi. Tambah lagi seorang blogger pas.
Hello...hello. Ya. Sekarang ni semangatbesi tengah taaruf dirinya. Ya. Ramai kat sini. Penuh. Ya. Ya. PJ pun ada sama. Ok. Nanti call lagi. Ok. Ok. Bye. (jangan tengok yang depan ni, tu..yang tengah cakap telefon tutup mulut tu. tapi dia bukannya sb)
Ummianni ni nak perkenalkan diri ke atau mempertahankan diri? Dengan gaya cekak pinggangnya, memang gerun umno tengok. Ataupun sebab cik abang tu tengah zoom tangkap gambar dia kot?
Menulis blog samalah seperti kita bercakap. Nabi bersabda, berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata yang sia-sia. Jadi, menulis blog hanya bila perlu ataupun bila ada maklumat yang hendak disampaikan. Jika tiada perkara yang perlu, tak perlulah menulis blog hanya sekadar suka-suka dan bagaikan terpaksa. Selarikan tulisan anda dan tumpukan satu-satu isu yang hangat pada satu masa untuk menjawab tuduhan dan fitnah musuh terhadap pimpinan dan parti kita. Jika boleh, selitkan tulisan didalam bahasa Inggeris untuk menarik dan memberi maklumat tentang Pas dan Islam kepada pembaca bangsa lain.
Antara bloggers Pas Perak yang hadir bergambar kenangan bersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Terima kasih para bloggers PAS. Hampir setiap hari i membaca blogs anda sekalian. Teruskan usaha murni ini.
Terima kasih kerana berkunjung ke blog-blog ahli Pas. Walaupun saya tak tahu nama anda dan kenal wajah anda, tetapi kunjungan anda amat bermakna kepada kami. Semoga maklumat yang kami sampaikan memberi manfaat kepada anada.
haiipp ajijoi..tu bukan cekak pinggang la..nak perbetuikan tudung tu...
Post a Comment